CHAPTER | 18

761 25 5
                                    

Lord Atlas tewas ditangan Arthur setelah dia melancarkan serangan terkuat keduanya itu.  Blue Flame, Vanished. Arthur menyerang Lord Atlas dengan kuasa itu sehingga menjadi debu.

Manakala, Lord Bahamas cedera ketika berlawan bersama Raven. Black juga turut sama membantu melawan labah-labah milik Lord Bahamas itu sehingga mati.

Lord Bahamas tergaman melihat labah-labahnya mati. Badan labah-labah itu hancur berkecai akibat dibaham oleh Black.  Raven pula sudah membuat muka ngerinya disitu.

"Kau memang pengotor, naga tua. Euwwwww.."

Black menjeling tajam melihat Raven yang seperti ingin muntah itu.

"Kau diam la orang tua. "

"Apa kau cakap? "

Mereka berdua mula bertentang mata. Bahamas yang berada disitu sudah bengang dengan pergaduhan itu.

"Kalian tidak akan aku maafkan!!!" jerit Bahamas.

Raven dan Black hanya memandang Bahamas dengan muka toya lalu berbisik sesama sendiri.

"Aku lupa makhluk dekat depan kita ni tak mati lagi. " Raven berbisik perlahan, manakala Black mengangguk sahaja.

"Aku fikir kau dah hapuskan dia tadi. "

"Nyawa dia liat sangat." Raven hanya tersengih.

"Cakap sahaja la kau malas nak gunakan kuasa. " Black memicingkan matanya.

"Teheee.. " tanpa sedar, Black sudah menjalarkan ekornya untuk membelit Raven.

"DIAMMMMM, KALIAN BERDUA. HIARGHHHH" Bahamas melepaskan auranya lalu menyerang mereka berdua.

Black pula sudah membelit Raven lalu melemparkan jejaka tersebut tepat kearah sasarannya.

"KYAAAAAAAAAAAAA!!  BLACK!!! AKU BUNUH KAU NANTIII!!!! "

"Apa??!!!!!  Aku tak dengar?!! " si naga hitam itu sudah mengekek ketawa melihat adegan itu.

Raven terhempas kearah Bahamas lalu berguling-guling diatas tanah sehingga merempuh The Fallen Army.

Bahamas bangun dari perbaringan tersebut.  Kepala digeleng berkali-kali bagi menstabilkan kesedarannya yang hampir hilang. Darah hitam mengalir dari mulutnya.

Dia melutut dan mula membaca sesuatu yang sukar difahami oleh Raven yang asyik menahan serangan The Fallen Army.

"Apa pula kali ni orang tua tu nak buat? Woi Black, kau buat apa, hah? "

Pada masa itu juga,  Black sedang menyembur api hitam kearah semua The Fallen Army yang menyerang para tentera Rynvania lalu menjeling kearah Raven yang menjerit memanggilnya. 

"Kau buta ke?  Aku tengah masak-masak dekat sini? "

Urat timbul didahi Raven. Gigi diketap kuat.

Suatu aura yang cukup kuat membuatkan Raven memasang perisai untuk melindungi dirinya.

Raven menolak aura tersebut lalu melakukan sesuatu.  Black yang masih berlawan menghalang makhluk seruan itu mula menyalurkan kuasanya pada Raven.

Bentuk tubuh Raven mula berubah sedikit. Rambut hitamnya mula bertukar warna menjadi keunguan.

Bahamas mula tersenyum sinis melihat perubahan pahlawan naga bayang.

Shadow Dragon Warrior.

Mantel ungu berkibaran. Pedang yang terhunus itu mula diputarkan lalu digenggam kemas.

Angin bertiup kencang. Bahamas dan Raven mula hilang lalu muncul ditengah-tengah dengan lagaan pedang.  Impak lagaan pedang mereka berdua tersebut menyebabkan tanah sedikit merekah.

AURORA: ANGEL & DEVILS(BOOK 1)Where stories live. Discover now