CHAPTER | 15

955 68 1
                                    

Angin mula bertiup kencang. Rambut emasnya beralun kuat melihat arus angin lintang yang menerjah secara tiba-tiba. Seekor naga berwarna putih salji mula mendarat dihadapannya lalu bertukar menjadi manusia.

Mata emasnya memandang si gadis itu. Raut wajahnya jelas terpamer kerisauan yang melanda dengan keadaan sebegini gadis itu masih lagi tersenyum manis kearahnya.

Dunia Rynvania kini diambang peperangan. Jika kegelapan tidak dapat dihapuskan seluruh Kerajaan Devils pasti bermaharajalela dengan kemenangan yang berpihak pada mereka.

Peperangan kali ini, pasti kerajaan Devils tidak akan melepaskan peluang untuk menguasai dunia. 

Alabesta menyapa gadis itu lalu mereka menuju ke khemah yang telah disediakan untuknya. Armor besi bewarna perak itu berkilauan dengan megah dipasangkan pada tubuh gadis itu. 

Jelas sekali terpancar kemegahannya setiap kali dirinya melangkah. Akan tetapi apabila melihat pandangan mata gadis itu, seribu satu perasaan hiba bercerita didalam diri gadis itu. Mantel birunya berkibaran apabila angin mula meniup kembali.

Kelihatan Louis tiba bersama si naga api. Tubuh kekar si naga api itu dilihat dengan rasa takjud oleh para-para askar. 

"My Lady. "

Louis menyapa si gadis itu.

"Hey Louis. Come here dear. "

Louis segera menghampiri si gadis tapi wajahnya mula berkerut melihat seeorang lelaki yang tidak dikenali terpampang dihadapannya.

Kelainan auranya turut dirasai. Aura yang terpancar mempunyai persamaan seperti gadisnya.

"Selamat pulang Putera Mahkota Romania. Aku ingin memperkenalkan diri. Nama aku Alabesta. The Third Generation of Light Dragon." ujar Alabesta dengan senyumannya tidak lekang memandang wajah putera mahkota tersebut.

Memorinya mengimbas kembali melihat diri putera mahkota itu ketika kecil. Sangat nakal.

Mata Louis terbuntang apabila mendengar bicara oleh Alabesta lalu dia menunduk hormat pada sang naga itu.

"Kau tidak perlu melakukan perkara itu. Sudah cukup jika kau menyapa aku seperti orang biasa."

Louis menggosok belakang lehernya. Wajahnya yang putih itu sudah kemerah-merahan menahan malu dengan tindakannya sebentar tadi. Aurora yang berdiri disisi Alabesta sudah ketawa kecil melihat perlakuannya.

Wajah Louis sudah mula menunjukkan tanda kegeraman terhadap gadis itu lalu mengejar Aurora mengelilingi khemah tersebut. Aurora pula ketawa mengilai sambil dikejar oleh jejaka itu.

Alabesta sudah tersenyum sambil mengelengkan kepalanya melihat tingkah mereka berdua seperti keanak-anakan .

King Zalvarich termenung sendirian dibalkoni istana. Terasa rambutnya di elus perlahan. Tangannya memegang gerangan yang mengelus rambutnya.

Wangian yang amat dikenali itu menusuk kedalam rongga hidungnya.  Bauan mawar sungguh mengasyikkan.

"Hey,  my beautiful Queen. " ujar King Zalvarich seraya melihat wajah anggun permaisuri hatinya menyapa matanya.

Anak mata berwarna hijau emerald itu sungguh memukau dipadankan lagi rambut blonde platinum nya itu sangat cantik.

King Zalvarich menggeselkan hidungnya pada hidung mancung si permaisuri.

Queen Victoria hanya ketawa kecil dengan gelagat manja si raja itu.

"Hey,  we should eat now my king. I cook something special for you. " si pemaisuri terus sahaja menghentikan perbuatan si raja yang ingin bermanja itu.  Jika tidak dihalang pasti si raja kesayangan tidak merasakan masakannya itu. 

Dari awal pagi lagi dirinya bertungkus lumus mahu membuat makanan kegemaran King Zalvarich walaupun pembantu-pembantu istana mahu membantu akan tetapi dirinya menolak untuk melakukannya sendiri.

Dirinya hanya meminta para pembantu hanya mengemaskan apa yang patut. 

Queen Victoria menarik tangan si raja itu ke ruang makan. Mata King Zalvarich membuntang melihat pelbagai juadah yang tersedia diatas meja makan diraja itu lagi-lagi ianya makanan kegemarannya ada.

Si pemaisuri tersenyum gembira lalu menarik si raja itu duduk lalu mereka berdua menikmati juadah yang telah dihidang itu.

Perasaan gembira jelas terpamer diwajah Queen Victoria apabila King Zalvarich menikmati juadah yang disediakan itu dengan berselera sekali.

Kilat mula sambar menyambar.  Steve yang sudah berdiri dihadapan takhtanya itu merenung kearah ketiga-tiga pahlawan yang membantu melaksanakan perancangan untuk menakluki Rynvania.

Lady Teressa yang berada disisi memeluk lengannya lalu senyuman menggoda dihadiahkan.

Carvon pula muncul dari jendela. 

"Kau sudah membangkitkan Godirah? " tanya Steve dengan riak dinginnya. 

Carvon tersenyum sinis lalu menghampiri si raja itu.

"Gidorah sudah dibangkitkan, hanya tinggal untuk penyeruan askar kegelapan dari bawah sahaja. "

Carvon tersenyum lagi menampakkan siung nya.

Mata merahnya merenung kearah ketiga-tiga pahlawan yang sedang berdiri tegak itu lalu mengarahkan mereka untuk bergerak kesuatu tempat.

Lahar api menggelegak dari lubang-lubang yang ada dikawasan itu.  Drake, Bahamas dan Atlas berjalan menyelusuri laluan yang telah Carvon tunjukkan. 

Percikan larva terkena pada tubuh Drake akan tetapi tiada kesan pada tubuhnya.  Larva itu diserap kedalam tubuhnya. 

Senyuman sini terukir dibibir mereka setelah tiba dikawasan yang cukup dikenali mereka. 

Sebuah dinding yang terdapat ukiran persembahan penyeruan pada kegelapan.

Carvon pula tiba bersama Steve.

"Mari kita mulakan. "

Bacaan mantera telah dimulakan. Mereka berdiri dihadapan dinding tersebut. 

Badan mereka mula bercahaya malap. Mata pula bersinar merah.  Kuasa ditumpukan lalu melepaskan kuasa tersebut sehingga dinding tersebut hancur berkecai.

Sinaran cahaya berwarna hijau malap mula menyimbah. Kelihatan banyak sepasang mata berwarna merah memerhatikan mereka.

Riak teruja pada wajah mereka mula terukir..















Enjoys readers 💞












AURORA: ANGEL & DEVILS(BOOK 1)Where stories live. Discover now