PERANTAU TIADA NAMA

27 8 5
                                    

Ya
Lagak aku selamba
Aku bukan penggaya
Aku tidak berharta
Keterampilan biasa-biasa
Manis wajah tiada
Namun aku bukan pendosa
Cuma perantau tiada nama
Mengutip sisa kurniaan-Nya
Mencari cebis rahmat-Nya
Syarat dunia sementara

Teruskan manusia
Teruslah berkata-kata
Dusta mahu nista
Aku tidak apa-apa
Biarlah hati luka
Dengan izin Yang Esa
Nikmat-Nya akan tiba

BASA-BASIWhere stories live. Discover now