Aku terdengar mereka menyebut perkataan 'sembunyi'. Dan bila mata aku mulai ringan untuk dibuka semula, aku kini berada di rumah banglo usang yang aku tidak pasti mana letaknya. Tapi di sini aku jumpa ramai teman. Dan yang paling aku sayang, Ahmad. Adik angkatku yang hilang disini sebelum aku. Dia juga salah satu sebab kenapa aku datang ke sini.

Mulanya aku aneh kenapa aku berada di banglo besar ini bersama mereka. Yang aku tahu, kami semua ada kebolehan yang sama. Kami boleh lihat benda itu. Tapi benda itu tak masuk dalam rumah. Rumah ini lah tempat selamat. Semua keperluan cukup. Kali pertama aku menjejakkan kaki di sini, aku di sambut mesra oleh penghuninya.

Ahmad, Mariam, Siti, Nukman.

Daripada kami berlima, aku saja yang akan dikawal oleh mereka jika aku keluar daripada banglo ini. Mata aku akan tertutup dan badanku dikawal sesuatu. Tapi aku dalam keadaan sedar. Bila aku tanya temanku, mereka kata aku adalah ancaman si dalang. Kebolehanku sangat istimewa bagi si dalang itu.

Ahmad pula akan berubah menjadi bayang yang aneh dan menyeramkan wajahnya. Dia akan terbang merata untuk memantau keadaan mangsa. Tapi dia sering juga dikacau oleh bayang asli yang lain. Ada satu hari, Ahmad balik dalam keadaan yang agak menyeramkan. Badannya terkoyak sana sini. Katanya diburu oleh bayang kembar 3. Seri, Tari, dan Puteri. Mujur rumah ini sempurna alatannya. Lama Ahmad terbaring di rumah.

Penghuni kedua, Mariam. Dia akan menjadi wanita tidak bermuka. Jalan memantau semua dari jauh kerana mangsa yang lain takut akan dia. Zahirnya yabg menyeramkan menyebabkan dia mudah untuk mengawal mangsa-mangsa itu. Kalau mereka berjalan keluar batasan-si-dalang, Mariam akan menakutkan merrka.

Siti pula akan menjadi wanita yang sangat tua. Dia lah yang tegur aku pada mulanya.. Manakala Nukman. Dia akan berubah menjadi serigala berwajah bengis.

-

"Mama kau?" tanya Zahid meminta kepastian. Munie mengangguk.

"Dulu dia tinggal aku dengan ayah aku sebab nak tolong orang yang sesat kat pulau ni. Tapi..." Munie mengeluh pendek. "Dia tak balik-balik. Sebab tu aku datang je kat sini walaupun aku sebenarnya takut. Lagipun sebelum trip ni dirancang lagi, aku mimpi mak aku panggil aku. Dia suruh tolong semua orang"

Munie ingat lagi macam mana mimpi dia tu. Mak dia dalam keadaan yang sangat mengerikan duduk merayu pada kakinya suruh tolong mangsa-mangsa pulau ni. Lepas dapat mimpi tu, dia ragu-ragu jugak nak layankan mimpi tu ke tidak. Tapi lepas 3 hari dia dapat mimpi yang sama, dia mula rasa pelik.

"Maksudnya kau boleh tolong kitorang semua lah ni?" tanya Zahid lagi. Munie menggeleng.

"Aku nak tolong apa? Aku bawak masalah ada lah. Sekarang Mika dah takde. Tangkal, Ilmi entah kemana" keluh Munie. Dia memandang Aky. "Kau kenal kan mama aku?"

Aky mengangguk. "Mama kau yang ubat mak aku dulu."

"So kau rasa sekarang dia tengah plan apa eh? Aku buntu weh. Taktahu nak fikir apa" kata Munie. Zahid menongkat dagu.

"Aku tak rasa yang mama kau saja saja je bagi hint sebab nak cakap dia ada kat pulau ni lagi. Aku rasa dia bagi hint kat lau suruh bertindak lah Munie" ujar Aky. Munie mengerut dahi.

"Maksud kau?"

"Yela, Mama kau kan hebat dalam ubat ubat Islam ni. Tapi dia tak balik-balik. So pendapat aku, mak kau tak mampu nak lawan benda kat sini sorang diri. Jadi, dia mintak kau tolong dia. Maksudnya, kita kena cari dia dulu sebelum bertindak apa-apa. Kau kan mewarisi kebolehan dia jugak. Tak gitu?" ujar Aky. Zahid mengangguk setuju.

"Ada betul jugak teori mamat ni" kata Zahid. Munie hanya diam.

"So kita nak kena cari mama aku lah?"

Aky dan Zahid mengangguk. Munie dah bersila di atas lantai.

"Macam mana?" tanya Munie lagi.

"Kau kata mama kau datang dalam mimpi kan? Kau takde mimpi dia lagi ke?" tanya Aky. Munie berfikir sejenak.

"Ada! Aku pernah mimpi mama aku suruh aku sbar dan usaha lagi lebih" kata Munie.

"Bila?" tanya Zahid. Munie mengalihkan pandangannya pada Zahid.

"Hmm. Masatu kitorang terperangkap dalam tempat mana tah tapi semua putih. Sedar-sedar ada bayang hitam tengah pegang kepala Tangkal. Tapi tu patung lilin je" ujar Munie. sambil mengangguk kecil

"Oh! Masatu! Sempat eh kau tertidur?" perli Aky. Munie hanya tersengih.

"Masatu kau dengan Raqy macam ada something tau. Aku dah pelik dah tengok korang. Bila aku tanya Raqy, dia kata nanti dia cerita. Tapi sampai sekarang, entah kemana entah mamat tu" keluh Aky.

Munie tersentak. Ya! Raqy!

-

"Aku bawakan teman teman anak kau" kata Ahmad. Inara hanya senyum mengalu-alukan kedatangan Tangkal dan Ilmi. Mereka masih diam. Terkejut dengan wajah yang dijumpainya. Mereka kenal bendat dengan wanita ini. Ibu Munie yang hilang di pulau ini satu ketika dahulu. Mereka juga masih terkejut dengan perubahan mendadak Ahmad. Wajahnya sudah tidak menggerunkan.

"Awak berdua okay?" tanya Inara. Mana taknya, muka diorang ni pucat sangat. Macam nampak hantu!

"Er.. Puan Inara ni mama Munie ke?" tanya Ilmi. Inara tersenyum seraya mengangguk kecil.

"Panggil aunty je Ilmi. Anggap lah kita berada di dunia biasa. Eh, mari ke dapur " kata Inara. Dia terus melangkah ke dapur. .

"What happen aunty? Maksud saya, how? why?" tanya Tangkal. Dia tahu kisah Munie ditinggalkan oleh mamanya. Tapi dia taktahu kemana dan mengapa. Munie taknak cerita.

"Wallahualam Eykal, Aunty pun taktahu macam mana. Tapi aunty dan Munie akan tamatkan semua ni." jawab Inara lembut. Mulutnya masih dengan senyuman. "Eh, Ahmad. Panggilkan Raqy kejap. Cakap ada suprise kat bawah"

Ahmad mengangguk seraya berlari anak-anak ditangga. Ilmi dan Tangkal berpandangan sesama sendiri. Raqy ada kat sini?

Lama mereka diam. Hanya bunyi hirupan air saja kedengaran.

"Aunty tinggal dengan siapa dalam rumah ni?" Tanya Ilmi memecah sunyi.

"Ada lah beberapa kawan Aunty. Termasuk Ahmad" jawab Inara lembut. Mukanya tenang saja.

"Ada apa?" kata Raqy dingin. Inara hanya menjuihkan mulut ke arah Tangkal dan Ilmi yang sedikit terlindung. Raqy menoleh.

"Weh!!!!!" jerit Raqy riang. Dia terus meluru ke arah mereka berdua. "Bila kau ada kat sini? Macam mana?"

"Aku bawak diorang ke sini tadi" kata Ahmad. Dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Tangkal. "Fuh lega dapat jadi manusia semula"

"Raqy, Kau kena explain kat aku dari A to Z. Aku pening ni." ujar Tangkal. Raqy hanya mengangguk. Wajahnya kembali muram. "Bro, kenapa ni?" tanya Tangkal.

"Mika dah takde" kata Raqy perlahan. Ilmi dan Tangkal hanya tergamam.

"Apa jadi weh?" tanya Ilmi. Raqy membuka mulut, menceritakan semua yang jadi di depan mata dia. Ilmi dan Tangkal hanya mampu mengucapkan takziah. Mereka kusut sekarang ni. Macam mana lah nasib Aky dan Munie.

"Aunty, Munie dan Aky masih kat luar sana, aunty. Kita nak buat apa ni? Saya taknak benda macam ni jadi lagi selepas ni aunty. Kita kena bertindak!" kata Ilmi.

Inara hanya diam.

Truth Or DareWhere stories live. Discover now