[ 40 ]

2K 286 8
                                    

Aku memerhati sekeliling.

Peluh di dahi dikesat menggunakan tuala kecil.

Padang dipenuhi dengan sorakan para pengunjung yang hadir.

Cuba teka apa aku buat kat padang ni lagi?

Lompat jauh.

Rejam lembing.

Mana la budak-budak ni tahu aku atlet sekolah dulu?

Haih.

Nasib baik tadi aku tak rejam orang.

Kay. Aku gurau. 😂

Aku perhati tempat memanah.

Kelihatan seorang lelaki berkulit pucat baru sahaja selesai memanah.

Min Yoongi.

Aku alihkan pandangan pada khemah.

Aku memerhati tindak-tanduk tiga orang pelajar lelaki yang agak mencurigakan di meja air.

Mereka memasukkan seplastik serbuk ke dalam salah satu botol air mineral di situ.

Apa sahajalah yang mereka masukkan tu.

Tapi hati aku mula tidak sedap apabila menangkap kelibat Yoongi ke meja air.

Apa perlu aku buat?

Kenapa aku rasa tak sedap hati?

[ Completed ] Sick | Jhope |Where stories live. Discover now