[ 17 ]

2.4K 371 4
                                    

Aku mengetuk pintu bilik doktor Song.

Setelah diberi keizinan untuk masuk, aku memulas tombol pintu sambil memandang Hoseok yang sedang duduk di kerusi menunggu.

Hoseok memberi senyuman manis.

" Awak masuklah...saya tunggu kay. "

Aku mengangguk lalu menolak pintu dan memboloskan diri.

Doktor Song tersenyum memandangku di meja kerjanya.

" Duduk la Hae Rin. " jemput doktor Song.

Aku duduk di sofa lalu bersandar selesa seperti biasa.

" How was your day? Ada rasa tertekan lagi? "

Aku menggeleng.

" Adakah Hae Rin masih rasa pemergian Hae Jin, eomma dan appa disebabkan Hae Rin? "

" Adakah Hae Rin masih menyalahkan diri lagi? "

Aku menggeleng lagi.

" Okay. Let's see. Kalau orang cemuh Hae Rin sebab kematian Hae Jin. Hae Rin ada nampak pisau depan mata. Hae Rin buat apa? "

" Saya tak buat apa-apa. " balasku tenang.

" Kenapa? "

Setelah pelbagai pertanyaan dan ujian dijalani, akhirnya doktor Song tersenyum lebar menyatakan bahawa aku sudah sembuh dari penyakit mental ini.

Ya. Aku menghidap penyakit mental iaitu self harm.

Penyakit suka melukai diri sendiri untuk melempiaskan emosi.

Namun penyakitku masih tidak terlampau serius.

Tidak mengapa.

Kita sembang belakang kay? Hahahaha.

" Tahniah Hae Rin. " ucap doktor Song bersama senyuman mematikan lamunanku.

Aku membalas dengan senyuman.

" Doktor...boleh saya tanya? " kataku sopan.

[ Completed ] Sick | Jhope |Where stories live. Discover now