PROLOG

446 29 0
                                    

Bilik itu sunyi sekali. Saiznya sederhana besar dilengkapi dengan perabot-perabot yang cantik. Tiada cahaya yang memasuki bilik itu. Cuma beberapa batang lilin merah menerangi di penjuru.

Di penjuru itu jugalah terdapatnya sehelai kain merah yang dihamparkan di lantai. Diduduki oleh seseorang yang berjubah hitam. Di tangannya terdapat sekeping gambar seorang gadis yang manis wajahnya.

Orang itu mula membelek-belek gambar tersebut. Sekali-sekala beliau cium gambat itu dengan begitu ghairah sekali.

"Suraya.. Aku menyintai kau...", ujarnya sambil membelai-belai gambar itu. Seolah-olah Suraya betul-betul di depannya.

Sejurus selepas itu, beliau menoleh ke kiri sudut sana. Di situ berdirinya seekor lembaga yang besar berambut panjang setia menerima arahan.

"Suraya adalah milikku.. Aku mahu beliau menjadi pasanganku..", ujar orang itu.

Makhluk itu menunduk tanda faham. Hidupnya kerana diseru. Hidupnya adalah untuk memastikan tuannya dapat apa yang dihajati.

"Aku tak pernah gagal beri kau makan.. Pastikan kau berjaya.."

Makhluk itu menyeringai. Ia sememangnya ingin memastikan tuannya berpuas hati.

Jika tuannya gembira, pasti lumayan habuannya.

Suraya! I Love YouWhere stories live. Discover now