Part 9

293 20 0
                                    

Pagi itu Suraya dan Mona bangun bersama-sama. Mereka berdua tidur di ruang tamu kerana Suraya takut tidur sendirian. Pagi itu dingin dengan hujan renyai-renyai turun di luar sana.

Suraya bangkit dengan wajah yang lesu. Beliau tidak nyenyak tidur. Mona pula bangun seperti biasa. Beliau bergegas mandi dan bersiap untuk ke sekolah. Takut terlambat.

Sambil Mona bersiap, Suraya duduk di tepi tingkap menghayati hujan yang sungguh syahdu sekali. Beliau memikirkan sesuatu. Sambil berfikir, bayangan Zain terlintas di mindanya.

Beliau teringatkan kenangan-kenangan indah sewaktu Zain masih hidup. Air mata mulai bergenang di matanya. Beliau teringat sewaktu mereka berjalan-jalan makan angin di Cameron Highland. Beliau juga teringatkan candle light dinner di atas Menara Kuala Lumpur. Beliau teringatkan bagaimana Zain akan memandang matanya dan ucapkan kata-kata cinta.

Semuanya kini menjadi satu kenangan yang tak mungkin akan dinikmati kembali.

Tanpa sedar, pipinya sudah basah disirami air mata. Lalu, beliau mengesatnya dengan tangan.

"Hm.. Kau buat kat situ?", soal Mona seraya mengemas begnya.

Suraya lekas-lekas menyembunyikan wajahnya daripada dilihat Mona. Beliau membetulkan duduknya.

"Takde apa-apa Mona. Aku teringatkan Zain.."

Mona menggelengkan kepalanya. Lalu beliau menghampiri rakan serumahnya itu.

"Kau ni.. jangan diingat sangat pada arwah tu. Nanti kau bersedih lagi.."

"Macam mana aku tak ingat pada dia, Mona? Dia pergi begitu sahaja. Dengan kejam sekali.. Dia tak patut menerima semua ini.."

"Apa boleh buat Suraya? Dah ajal dia begitu. Kau kena redha.."

Suraya menoleh ke arah Mona. Matanya tajam sekali. Mukanya semakin kemerahan.

"Redha? Redha kau cakap? Zain tu dizalimi, Mona! Dia dibunuh! Kau nak suruh aku redha? Macam mana aku nak redha?!"

"Sab..sabar Suraya.. Hish kau ni.. Aku ni bukan apa.. Risau tengok kau. Dah tak terurus. Bukan takat kerja kau saje tapi diri kau sendiri tu.. Macam orang gila aku tengok.."

"Memang.. memang aku gila, Mona. Memang aku gila. Aku takkan berpuas hati selagi Ishak tak terima balasannya. Selagi dia tak merana macam mana Zain kena, aku takkan tenang!"

Mona kembali menggelengkan kepalanya. Rakannya itu benar-benar diulit perasaan dendam yang membara. Susah betul untuk menenangkannya.

"Hm.. habis, hari ni kau jadi ke nak berdepan Ishak tu? Kau nampak beria semalam.."

Suraya terdiam sebentar. Pandangannya dilemparkan kembali luar tingkap. Jelas kelihatan dadanya berombak. Satu nafas panjang ditariknya. Lalu dihembusnya perlahan-lahan. Selepas beliau sedikit tenang, Suraya kembali bersuara.

"Semalam Ishak hantar lagi syaitannya untuk kacau aku. Dia semakin berani. Entah kenapa, aku rasa ilmu dia semakin lama semakin kuat. Amat bahaya kalau aku berdepan dengannya sekarang.."

Mona menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya Suraya dapat berfikir secara waras. Selama beberapa hari ini, Suraya tampak tidak betul dalam perhitungannya. Dikaburi dengan perasaan sedih dan dendam.

"Habis tu.. kau nak buat apa sekarang? Kejap lagi aku nak pergi ke sekolah dah. Kau berani ke tinggal dalam rumah ni sendirian?"

Suraya menyandarkan dirinya ke sofa yang didudukinya. Kemudian menyilangkan lengannya.

"Aku rasa aku nak keluar minta pendapat dan pertolongan.. Mungkin aku tak balik hari ni.."

Mona tercengang. Mulutnya terbuka seperti matanya juga. Beg ditangannya diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu itu.

"Pertolongan? Tak balik? Hey.. kau nak pergi mana ni?"

"Aku rasa aku nak pergi jumpa Lukman la.. Aku rasa dia je tau apa yang patut aku buat sekarang.."

"Lukman? Bomoh hari tu? Weh, Suraya.. Dia tu bukan dekat.. jauh kau tau.. Kau sanggup berjalan jauh semata nak jumpa dia?"

Wajah Suraya kelihatan betul-betul fokus. Beliau yakin berjumpa Lukman adalah jalan terbaik buat dirinya sekarang.

"Ye, Mona. Aku harus berjumpa dengannya.."

"Kenapa mesti jumpa? Kau tak boleh ke call dia ke? Bukannya dia takde telefon!"

"Mona... bercakap menerusi telefon dan berdepan sangat berbeza. In case kau terlupa Mona, malam semalam aku kena kacau teruk.. Aku masih lagi takut sebenarnya.. Aku terasa sangat lemah, Mona. Andai hantu setan jembalang dan entah apa lagi makhluk laknat dihantar Ishak kat aku lagi, macam mana? Aku tak mampu handle.. Mungkin berjumpa dengannya, aku boleh berubat. Kuatkan semangat aku balik ke..."

Mona mendengus. Suraya sememangnya seorang yang degil. Ada saja alasan yang boleh dikemukakannya.

"Jauh tu satu hal, Suraya.. Kat sana nanti, kau nak tinggal kat mana? Kau tak sayangkan kerja kau ke? Kau ada tanggungjawab lagi kat sini, Suraya.."

Suraya menaikkan kakinya ke atas sofa dan bersila. Angin yang bertiup dari tingkap menghembus rambut Suraya yang lurus. Lalu, Suraya mengikat rambutnya dengan getah.

"Mona.. Lukman tu tinggal berdekatan dengan rumah mak Zain. Satu kampung. Aku boleh tinggal kat sana semalaman. Lagipun, mak Zain tinggal sendirian sekarang. Apalah salahnya aku menjenguk sekali? Kau jangan risau pasal kerja aku. Aku sekarang pun masih dalam cuti tahunan. Tinggal beberapa hari je lagi sebelum aku kembali ke sekolah. Baik aku gunakan cuti ni sebaiknya.."

"Hish! Kau ni degil la.. Tak guna aku bagi nasihat. Last-last kau ikut kepala kau jugak!", Mona mengherdik dengan nada yang separa tinggi.

Suraya faham benar perangai Mona itu. Mereka sudah berkawan cukup lama. Mona ibarat seorang kakak yang begitu mengambil berat akan halnya. Dan seperti seorang kakak juga, tegur-menegur serta marah adalah biasa.

"Ok.. apa kata macam ni, Mona. Aku janji.. lepas semua ni selesai, aku kembali jalankan kehidupan aku seperti biasa.. Kau tak pening-pening dah fikir pasal aku.. But please.. Biar aku uruskan benda ni dulu.. Aku perlukannya.. Kalau tak aku tak tenang.. Bagilah aku keluar kejap dari rumah ni.. Aku takut kalau terkena lagi, Mona.."

Wajah Mona seakan merajuk. Beliau duduk sambil berpaling dari Suraya. Dirinya diam seribu bahasa. Lantas Suraya mendekatinya dan memeluknya dari belakang.

"Aku tau kau ambil berat pasal aku.. Tu pasal la kau kawan baik aku dunia akhirat, Mona..", Suraya membisik halus di telinga rakannya itu untuk memujuk.

Hati Mona berjaya dilembutkan. Beliau memegang tangan Suraya.

"Baiklah Suraya.. Aku rasa aku tak dapat pujuk kau untuk batalkan hasrat kau tu.. Tapi nak buat macam kalau itu yang kau mahu kan? Aku harap kau jaga diri kau.. Tempat tu jauh.."

"Eh kau ni.. Aku bukan budak kecil lagi la.. Tau la aku jaga diri..."

"Ah.. kau cakap je macam tu.. Tapi last-last, kat aku jugak la kau panggil minta tolong.."

"Tu sebab aku tau, kau sentiasa ada untuk tangkap aku bila aku jatuh.. Kan kan kan.."

"Ha.. ye lah ye lah.. Hm.. Kau nak pergi sana macam ni? Mak Zain tu dah tau ke kau nak ke sana dan bermalam? Lukman tu.. Kau dah set appointment ke?"

"Hmm.. belum lagi. Kejap lagi aku try call diorang berdua.. Dan andai semuanya ok, aku akan ke sana naik bas.."

"Hmm.. ok lah kalau macam tu. Aku dah kena gerak ni. Kang kalau lambat kang, habis pengetua cari pulak.. Aku harap semuanya baik sahaja untuk kau ye, Suraya.."

"Baik.. Terima kasih ye Mona sebab memahami aku.."

"Hmm ye lah.. Ok.. bye Suraya.. Nanti dah sampai sana, jangan lupa inform aku.."

"Baik Mona.. Jumpa esok atau lusa ke ye.."

Mona cuma mengangguk seraya menuju ke pintu depan dan keluar dari rumah itu. Dan kini rumah itu menjadi sunyi sepi tinggal Suraya sendirian sahaja.

Suraya! I Love YouWhere stories live. Discover now