Part 3

276 13 0
                                    

"Ding! Ding!", jam dinding di rumah sewa Suraya dan Mona berbunyi menandakan waktu sudah pun masuk pukul 3 petang. Cuaca luar ketika itu sungguh terik sekali. Ia membuatkan sesiapa sahaja malas untuk keluar di saat ini.

Begitu juga Suraya yang tidak punyai apa-apa rancangan petang itu. Mona sedang mandi di bilik air, meninggalkan Suraya seorang diri di ruang tamu. Dengan memakai T-shirt labuh dan seluar boxer, gadis itu kelihatan sungguh santai sekali.

Televisyen tidak dihidupkan. Kepala Suraya sedang pening.

Kedatangan Ishak di sekolah tadi benar-benar membuatkan beliau tiada mood.

"Haishh.. rosak mood aku! Ishak.. Ishak!", bentak Suraya di dalam hati.

"Klakk", kedengaran pintu dibuka.

"Hah.. Yang kau duk termenung tu, kenapa?", sergah Mona apabila melihat Suraya sekadar tersandar di sofa melihat siling.

Suraya tersentak dan terus melihat Mona yang tercegat di depan pintu bilik air sambil berkemban.

"Hm.. takde apa-apa. Kepala aku pening sikit.."

"Ah.. Kau pening sebab fikir hal tadi kan?"

Suraya mengangguk perlahan. Mona tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Lalu beliau menempatkan dirinya di sebelah Suraya.

"Haish.. Yang kau fikir sangat pasal ni kenapa? Buat sakit kepala je..", ujar Mona sambil mengusap bahu Suraya lembut.

"Macam mana aku tak fikir, Mona? Dah dekat setahun dah.. Dia masih lagi mengacau aku.. Nasib baik Zain tu jenis relax je.. Kalau dibuatnya Zain tu ahli kumpulan gengster ke, tak ke haru dibuatnya?"

"Haha.. Zain tahu yang Ishak masih mencari kau?"

"Tahu.. Aku tak sorok apa-apa daripada dia. Yang bestnya dia tak melatah.. Dia siap cakap kat aku suruh buat tak tahu je.. Dia begitu percaya kat aku.. Mana nak cari lelaki macam dia Mona.."

"Hmm.. untunglah kau Suraya..."

Keadaan terjeda sebentar. Masing-masing melayani fikiran. Kipas di siling berpusing dengan laju. Namun ia tidak dapat mengatasi kehangatan petang itu.

"Suraya...".

Gadis itu memaling dan memandang wajah Mona. Terdapat riak keprihatinan pada wajah itu. Tangan Mona mula mengusap kepala Suraya.

"Kita sudah kenal sejak lama dulu. Sejak kita sama-sama study. Aku kenal kau. Sudah berapa banyak teman lelaki kau pernah ada. Berapa banyak kali kau putus cinta. Dan berapa banyak kali kau bangkit semula daripada dugaan itu.. Aku sentiasa bersama kau.."

Suraya terus memandang Mona. Rakannya itu pula mula tertunduk sebelum kembali membalas renungan itu.

"Aku cuma nak kau berhati-hati. Jangan terlalu mempercayai kekasih kau. Takut nanti kau akan kecewa.."

Mona mula berdiri dan berjalan menuju ke biliknya. Anak mata Suraya mengekori. Sebelum membuka pintu, Mona berhenti dan berpaling kepada Suraya.

"Tapi tidak mengapa. Tatkala kau berasa heart broken, jangan risau.. Aku sentiasa di sisi kau.. Bestfriend forever kan?", ujar Mona sambil tersenyum.

Wajah Suraya berubah tenang. Beliau kini mampu mengukir senyuman.

"Aku tahu Mona. Dan aku berterima kasih untuk itu. Kau memang seorang kawan yang baik. Dunia akhirat".

Mona membalas senyuman itu dan terus memasuki biliknya.

**********

"Ring.. Ring.."

"Hello?"

"Hello Sayang.. Ada kat mana?"

"I ada kat rumah sekarang ni..", Zain menjawab dengan nada yang serak.

"Eh.. Kenapa dengan suara you ni? You ok?"

"Urmm.. I rasa tak sihat la Sayang.. dari tempat kerja tadi. I terpaksa balik awal.."

"Isk.. You dah pergi klinik?"

Terdapat sedikit batuk di hujung talian. Kemudian bunyi air botol diteguk. Sesudah itu, Zain kembali menjawab.

"Tak.. I tak pergi. I rasa I nak start demam ni.. Lepas telan panadol kang I ok la..."

"Isk you ni... Mana cukup ubat tu.. You perlukan antibiotik.. Jom.. I bawa you jumpa doktor?"

"Uhuk.. uhuk.. Takpe.. Takpe.. I masih ok ni Sayang. Tak perlu susah-susah.."

Suraya mendengus. Beliau begitu tidak senangi sikap Zain yang tidak gemar bertemu doktor. Teman lelakinya lemah dari segi itu. Anggap setiap penyakit akan berlalu sendirinya. Dan dengan sikap Suraya yang begitu mengambil berat perihal Zain, ia bercanggah.

"You ni degil la.. Apa yang susahnya untuk jumpa doktor? Takkan nak tunggu melarat baru nak pergi jumpa?"

"Uhuk.. uhuk.. Sayang.. I ok.. Jangan risau ok.. I demam sikit je.. Esok I baik lah.."

"Itu you cakap.. Kalau you tak baik macam mana?"

Di hujung talian itu terjeda seketika. Zain semahunya tidak mahu berbalah bersama Suraya. Beliau tahu andai Suraya sudah merajuk, memang payah untuk dipujuk. Lalu beliau berfikir sejenak mencari jalan.

"Zain? You ada tak ni?"

"Ada Sayang.. I dengar.."

"You senyap je..."

"Hm.. Camni Sayang.. I janji... Andai esok I masih tak sihat jugak, kita sama-sama pergi klinik ok.."

Suraya menjadi sedikit tenang. Kemarahannya cepat-cepat dipadamkan oleh Zain. Jejaka itu memang seorang yang bijak dari segi itu. Salah satu ciri yang membuatkan Suraya terpikat padanya.

"Betul ni you?"

"Ye Sayang.. I janji. You drive ok?"

"Hm.. Ok la kalau macam tu.. You dah makan?

"Sudah Sayang.. I makan bubur je tadi. Takde selera la.. tekak rasa sakit".

"Ok.. Dah.. You makan panadol sekarang dan terus berehat tidur ye.. Jangan mengada nak buat kerja ke apa ok.."

"Ye Sayang.. Terima kasih sebab ambil berat tentang I.."

"Hm.. Ok.. I miss you.. Ingat tau janji you.."

"Baik Sayang.. I miss you too.. Goodnight.."

"Goodnight.."

"Klik!"

Talian itu ditamatkan. Hati Suraya masih lagi gelisah. Beliau tidak suka apabila orang yang dicintainya sakit. Boleh dibuatnya tidak tidur malam memikirkannya. Namun, apabila mengetahui Zain sudan berjanji akan berjumpa doktor jika masih tidak kebah esok, ia membuatkan Suraya berasa sedikit lega. Beliau tahu, Zain seorang yang menepati janjinya.

Suraya mula baring di atas katilnya. Jam ketika itu sudah pun pukul 11 malam. Pada kebiasaannya, itulah waktu beliau akan tidur. Suraya cuba memejamkan matanya tetapi tidak mampu terlelap. Entah kenapa, beliau tidak boleh tidur walaupun sudah menguap beberapa kali. Dadanya terasa berdebar. Beliau tidak tahu mengapa.

Puas beliau memusingkan badannya ke kiri dan kanan namun masih tidak dapat tidur.

Suraya merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena tetapi beliau tidak ketahuinya. Beliau cuba menenteramkan dirinya sendiri. Radio dipasang dengan perlahan mengalunkan lagu-lagu jazz bagi membantunya tidur.

Setelah sejam beliau terlentang, akhirnya beliau tidur jua.

Suraya! I Love YouWhere stories live. Discover now