Part1

347 18 7
                                        

"Selamat pagi!" Sapaku dengan mesra apabila pintu kelasku telah ku buka. Aku menghadiahi senyuman senget kepada rakan-rakan sekelasku.

"You are late." Ujar presiden kelasku dengan wajahnya yang agak nerd serta tidak tercalit satupun senyuman, Chin Nurain. Yep, dia kacukan cina dan melayu. Ayahnya berasal daripada Hong Kong, China manakala ibunya seorang wanita mempunyai darah asli bangsa Melayu.

Tiba-tiba aku disergah dan diketuk kepalaku yang diselaputi oleh rambut macho ku oleh beberapa makhluk yang tidak bertamadun, "Pagi sayang." Yang ni kitorang panggil Uwan sebab nama panjang dia ialah Syazuwan Yahya Bin Yahjanud.

Lantas aku menunjukkan wajahnya yang meluat kepadanya. Telingaku kemudian menangkap hilaian tawa dua lagi sahabat baikku. Aku meneliti beberapa saat lalu menendang kedua belah kaki dua jejaka tersebut.

"Ish, sial!" Carut seorang daripada mereka. Nama mamat ni Muhammad Azhamarul bin Azhan ataupun nama gelaran dia Azha, merangkap kawan baik aku sejak daripada tadika lagi.

Dan sorang lagi ni nama dia Qasy Hanif Bin Isman ataupun dikenali sebagai Qasy. Yep, aku tahu nama diorang panjang-panjang belaka. "Awal gila kau datang!" Perli Qasy.

"Terima kasih ye, Qasy. Tak payah puji banyak-banyak. Aku tahu aku adalah pelajar yang datang paling awal dalam sekolah ni!"

Nama aku?

Tak payah tahulah.

"Izmeer Lee Raihan Bin Isyam Lee, kamu buat apa duduk tercegat depan pintu tu?" Aku tersentak lalu memandang ke hadapan kelas. Mataku dihiasi dengan figura manusia yang kurang disukai di dalam kelasku.

Aku menghampirinya dan memegang dagunya perlahan, "Apa masalah kau, Siti Nor Damsyura Binti Damla?" Ha ambil kau full name kau juga kot aku sebut, apa barang tak balas dendam en? Eh alamak kantoi pula nama aku.

"Hey you you yang gila.." Kata-kata Azha terhenti dan disambung oleh Uwan.

"Kuasa.."

Qasy terbatuk-batuk dengan sengaja, "Gila.. Uhuk.. Kuasa!"

Aku mengherot senyuman manis dan beredar ke mejaku yang berada di belakang dan hujung kelas, bersebelahan dengan tingkap kelasku. Sekolah ini mengamalkan konsep kedudukan meja yang bersendirian bukan berkumpulan. Ini adalah abad ke-29. Eh tak, abad ke-21.

Nak membantah? Silakan jumpa pengetua kesayangan pelajar sekolah ini. Aku? Taknak lah, aku malas nak cari masalah. Ye ke? Heh,

Bahuku disentuh dan aku lantas berpaling. Muka tiga rakan baikku menyapa pandanganku, "Meer, aku dengar ada murid baru masuk kelas kita." Meer? Ha! Tu nama panggilan aku.

"Dan aku pula dengar dia berjantinakan perempuan." Tambah Azha. Apak skema ayat kau Azha! Uwan membuka tingkap kaca 'sliding' tersebut. Angin yang kuat menerpah masuk ke arah kami berempat.

Syuhh.

Sejuk!

"Macam nak hujan je ni." Kata Qasy sambil melihat langit yang berada di luar sekolah. Dia mengeluarkan kepalanya sedikit untuk melihat ke bawah.

"Qasy! Aku yang ngeri tengok kau macam tu! Kau tak rasa gayat ke?" Uwan mempamerkan wajahnya yang ketakutan. Ye, mamat sorang ni takut kepada ketinggian. Almaklum sekolah kitorang ni tiga tingkat setiap bangunan selain kantin.

"Weh, weh, weh!" Panggil Qasy secara tiba-tiba. Aku bingkas bangun daripada dudukku.

"Apa hal sia?" Tanyaku lalu turut serta memandang ke luar kelas. Penglihatanku tertangkap satu bentuk yang pelik di atas langit. Awan-awan yang gelap itu kelihatan bagaikan satu pusaran besar yang bergerak perlahan-lahan.

"Apa benda tu?" Soal Azha.

Aku membalas dengan selamba, "Awan."

Azha mengekeh bahuku kasar, "Aku tahulah, bodoh!"

Uwan tersengeh nipis, "Kesian kau Meer dapat pangkat." Ejeknya.

"Firasat aku mengatakan bahawa ada benda yang buruk bakal berlaku."

Grrr.

Seusai Qasy menghabiskan ayat terakhirnya, pintu kelasku terbuka. Kami berempat tersentak dengan perkara tersebut lalu saling berpandangan.

Kau tak rasa macam pelik ke? Bila habis je Qasy cakap akan ada benda buruk berlaku tetiba pintu kelas dibuka oleh seseorang yang berada di luar kelas ditambah dengan volume pembukaan pintu kelas itu kuat. Setahu aku tadi bising tapi masa Qasy cakap pasal firasat dia, kelas aku sunyi sepi.

Kuat sangat ke Qasy cakap?

"Pagi." Suara Cikgu Lim mematikan lamunanku. Cikgu Lim memandang kesemua anak muridnya pelik, "Kenapa? Cikgu ada buat benda yang pelik ke? Kenapa kamu semua senyap?" Soal Cikgu Lim dengan pelatnya.

"Takde lah, cikgu." Balasku bagi pihak ahli kelasku.

Cikgu Lim menggeleng dan melangkah ke arah meja guru, "Okey, semua boleh duduk di tempat masing-masing." Kami akur dan munurut. Aku menutup tingkap tersebut dengan berhati-hati dan seterusnya kembali duduk di tempatku.

"Hari ini, kita akan mendapat pelajar baharu."

Gedentum!

Bunyi guruh tersebut membuatkan kami terkejut lalu memandang ke luar kelas tanpa membuka satupun tingkap kelas. Di langit terdapat kilat sambung menyambung. Dengan pergerakan yang agak serentak kami berpaling semula ke hadapan kelas dimana Cikgu Lim berada.

"Ahh!" Jerit beberapa pelajar perempuan kelasku.

"Oh mak nenek moyang 'gong shi pa chai'!" Latah Cikgu Lim. Ketawaku tersangkut di kerongkong kerana mataku fokus melihat seorang gadis berkulit sedikit pucat, berambut warna hitam yang panjangnya paras pertengahan antara bahu dan pinggang, ketinggian yang kira-kira 158cm dan mata kanannya yang ditutup dengan penutup mata. Mata kirinya pula berwarna hitam pekat.

"Eh kamu ni, buat cikgu terkejut saja

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

"Eh kamu ni, buat cikgu terkejut saja." Bebel Cikgu Lim sambil mengusap dadanya perlahan. "Okey perkenalkan diri kamu." Arahnya.

Aku meneliti gadis tersebut. Tiada segaris senyuman langsung pada wajahnya yang agak sedikit pucat itu. Pelik, bila dia masuk? Adakah masa kami sedang fokus tengok kilat tersebut?

"Aku Nur Haniey Anne Binti Nicholas Fa'e."

Gedentum!

Bunyi guruh kali ini lebih kuat. Hujan turun dengan lebatnya. Aku merasakan satu aura yang tidak pernah ku rasakan. Kelasku kelihatan seperti suram dan aku memandang gadis tersebut yang sedang memandang ke arahku dengan,

senyuman pelik.

Dia.. sedang pandang aku ke? Belakang aku mana ada orang pun. Tepi kiri aku ada tingkap sahaja manakala tepi kanan aku merupakan satu meja kosong. Aku mengalihkan pandanganku seketika lalu memandangnya semula.

Masih pandang aku dengan wajahnya yang... aku susah nak describe!

"Hujan.. Okey Anne! Sila duduk di meja kosong pada sebelah Izmeer yang dekat tingkap di belakang tu." Arah Cikgu Lim selaku guru kelasku. Ayat cikgu ni berterabur oo.

Anne mengangguk dan akur. Aku dengan gelabahnya menyeluk buku di dalam begku.

"Okey keluarkan buku Addmath."

Vote & Comment

Mystery Of New Student [MALAY]Những tác phẩm khiến độc giả say mê. Hãy khám phá bây giờ