Bab 26

5.7K 155 0
                                    

Hari ini hari terakhir Fahin berada di wad. Alhamdulillah akhirnya dia boleh keluar. Fahin mengambil fonnya lalu dail seseorang

"Assalamualaikum ma." Fahin memberi salam saat terdengar panggilannya dijawab

"Waalaikummussalam. Ada apa Hin?"

"Tolong bagitahu abang tak payah ambil Fahin." Fahin yang memandang kearah seseorang yang baru masuk dalam wadnya itu

"Lepastu siapa ambil Hin?" Farah yang fikirkan anaknya yang tiada rakan mana , pelik

"Nanti mama tengok sendiri la. Dia dah datang ni. Fahin letak dulu. Assalamualaikum." Selepas salam dijawab oleh Farah talian dimatikan

"Dah siap?" Tanya seseorang kepada Fahin

"Dah. Tapi boleh tunggu jap. Saya nak settle kan bil." Selepas mendapat anggukan dari ' dia ' , Fahin keluar dari wad dan menuju ke kaunter

"Okey terima kasih." Fahin memberi senyuman kepada jururawat yang menghulur bil kepadanya

"Amboi senyum tu lebar bangat dong." Kata² itu membuatkan Fahin gelak

"Salah ke?" Pertanyaan hanya menjadi halwa telinga ' dia '

' Tak salah cuma saya cemburu. Tapi mengenangkan awak ni peramah. Lupakan jer la Iman memang sikap semula jadi dia.' Monolog Iman dalam hati

"Kita nak kemana ni Raisya?" Fahin yang berada ditepi pemandu bertanya

"Awak rasa awak cukup sihat tak?"

"Hrmm boleh la."

"Okey good." Iman membawa keretanya menuju ke Pavilion

***

"Kita buat apa kat sini?" Fahin bertanya saat kakinya menjejak Pavilion

"Teman saya tengok wayang boleh?" Iman berkata saat mereka menuju ke GSC CINEMA

"Boleh. Saya belanja." Fahin berkata

"Nope . Saya yang bawa awak , saya yang belanja."  Fahin hanya mampu tersenyum

Fahin tertawa saat melihat cerita yang dipilih oleh Iman.

"Awak ni perempuan tapi tengok cerita macam tu." Fahin berkata saat mereka berdua membeli popcorn dan air

"Kali ni biar saya bayar." Fahin membayarkan harga makanan dan minuman mereka

"Anyway dia tiada tulis pun perempuan tidak dibenarkan. Kan?" Iman mengangkat² keningnya

Fahin hanya mampu mengangkat bahu dan ketawa dan ketawa lagi. Iman yang melihat telatah Fahin hanya mampu tersenyum.

***

"Tak sangka awak suka tengok cerita macam tu. Fokus benarnya awak melihat." Fahin berkata sambil menghabiskan sisa popcorn

"Biasa ah. Tapi kalau Jackie Chan yang berlakon la." Mereka tak habis² lagi bercerita tentang cerita Kungfu Yoga

"Suka lakonan dia tak mengapa tapi jangan suka dia. Kesian nanti kalau dapat bakal suami yang cemburu tak tentu arah." Kata² Fahin mengundang gelak tawa Iman

"Kalau awak cemburu tak?"

"Buat apa nak cemburu benda remeh temeh macam tu."

"Kalau macam tu awak la jadi suami saya." Jawapan selamba Iman membuat Fahin tersedak

"Minum air cepat." Iman memberi air yang lebih kepada Fahin

"Tu la lain kali makan baca bismillah dulu." Iman meninggalkan Fahin dibelakang semata² dia nak tersenyum dan ketawa

Fahin yang orangnya tinggi cuba berjalan laju lalu berada betul² disamping Iman. Mereka berdua menuju ke kedai makan untuk menjamu selera.


Ni update yng smlm... Fa edit semula ada word yng hilang... Sorry •<

Mungkin Sudah Jodoh Bersama [COMPLETED]Where stories live. Discover now