Bab 25

5.7K 172 0
                                    

"Ya Allah Fahin macam mana boleh pengsan ni?" Farah terus mengajukan soalan

"Ma Fahin baru jer sedar." Faris yang datang memeluk bahu Farah

"Ma , Fahin nak tanya boleh tak?"

"Tanya jer la."

"Fahin pernah ada adik perempuan ke sebelum ni?" Pertanyaan Fahin membuat Farah dengan Faris terkejut

"Mengapa kau tanya macam tu?" Faris mengambil alih untuk bertanya

"Tak aku cuma pelik. Sebab 2 3 hari ni dalam mimpi mahupun minda aku selalu muncul seorang budak perempuan lingkungan 12 , 13 atau 14 tahun." Terang Fahin akan rasa hairannya kepada semua orang

Selepas Farah mendengar keterangan anak terunanya itu , dia memalingkan mukanya ke luar bilik untuk melihat Iman. Dia pasti Iman sedang mendengarnya kerana reaksi Iman sudah berubah

***

"Hari ni bukan ke hari kedua dah Fahin kena tahan ward? Kau tak pergi melawat ke?" Wani bertanya Iman

"Pergi." Jawab Iman senada

"Kau ni. Kalau pergi just tengok dari jauh buat apa. Aku maksudkan pergi jumpa dia face to face."

"Malas!"

"Ikut kau la. Tapi petang ni aku nak pergi jap sambil² jumpa kak Wana. Kau jangan menyesal kalau tiba² dia suka aku." Melihat Iman yang senyap Wani terus keluar dari pejabat Iman

***

"Assalamualaikum." Dengan ceria Wani memberi salam lalu masuk kedalam wad Fahin

"Waalaikummussalam." Jawab semua yang ada disitu serentak

"Nah barang yang akak pesan." Wani menghulurkan plastic bag kepada kakaknya itu

"Iman mengapa senyap dari tadi jer tu?" Farah menegur Iman yang ralit memandang lantai

"Tiada apa² la mam... eh aunty." Kata² Iman yang tersilap menarik perhatian Fahin

"Panggil jer mama." Sekali lagi Farah betulkan ayat Iman

Banyak perkara yang mereka bualkan sehinggalah semua meminta diri untuk pulang.

"Malam ni biar aku pula temankan kau." Faris menepuk kuat bahu adiknya

"Kau teman ke tak teman je sama jer." Fahin menjeling abangnya itu

"Boleh saya bercakap dengan Raisya sekejap." Fahin memegang pergelangan Iman

"Privacy please." Fahin memandang semua yang berada disitu

"Aku tahu la kau nak temankan aku tapi keluar la dulu." Fahin memaksudkan Faris

Akhirnya semua keluar dan tinggal la Iman dan Fahin didalam wad itu. 1 saat 2 saat 4 saat masa berlalu. Mata saling merenung.

"Hrmm sorry tak dapat bagitahu awal tak masuk office." Fahin yang merasakan ayatnya tunggang langgang membuatkan dia mengosok belakang tengkuknya

"It's okey. Lagipun awak kan sakit." Iman hanya mampu tersenyum

"Awak okey hari ni?" Iman melabuhkan punggungnya atas kerusi tepi katil

"Alhamdulillah semakin sihat. Boleh tak saya nak minta sesuatu?" Fahin berasa serba salah untuk minta kepada Iman

"Just tell me what you want , I will do it." Mendengar kata² Iman membuatkan Fahin tersenyum

"Saya tahu Raisya kenal siapa saya masa silam. Saya harap Raisya dapat ceritakan segalanya kepada saya." Permintaan Fahin membuatkan Iman terkejut

"Okey tengokkan reaksi Raisya , saya tahu Raisya takkan cerita. Okeylah apa kata for the next request , we will be a friends?" Fahin harap yang Iman akan setuju

"Of course can!" Ayat Iman memberi impak untuk Fahin tersenyum

Fahin menghulurkan tangan untuk berjabat tangan namun Iman hanya tersenyum. Fahin dengan segera melarikan tangannya selepas mengingati Iman bertudung so , no touching between her and not ' mahram '


Ni update untuk hari ini dan esok... Tapi kalau Fa sempat update esok ,  Fa update... Bye salam sayang buat readers MSJB •3•

Mungkin Sudah Jodoh Bersama [COMPLETED]Where stories live. Discover now