Bab 17

5.8K 169 0
                                    

"Terima kasih kerana datang. Apa² kami akan maklumkan. Jika dalam masa 3 minggu kamu tidak menerima apa² dari pihak kami , kami minta maaf." Itulah ucapan yang diucapkan oleh Iman untuk 4 peserta yang baru selesai di interview

"Ini maklumat orang yang kelima , Cik Raisya." Wani menyerahkan sekeping kertas A4 kepada bosnya

Iman yang melihat maklumat itu , tersenyum. Lamunan Iman terhenti oleh suara PA nya

"No.5 sila masuk." Wani mempersilakan seorang lelaki yang tinggi daripada Wani

"Terima kasih." Lelaki itu tunduk sedikit kepada Wani

"Encik Fahin sila duduk." Kata En. Haq yang turut serta menginterview

Pelbagai yang ditanya oleh pekerja² IR Holding kepada Fahin. Manakala Iman hanya diam membisu.

"Cik Raisya ada apa² yang hendak ditanya?" En. Haq menanya Iman yang sedang mengelamun

"Hah?! Uhuk huk. Hrmm... Jika betul awak mahu kerja disini sebutkan nama penuh CEO disini." Dalam hati Iman sudah sumpah seranah sebab tanya soalan yang entah apa²

"Jika saya lihat dekat luar tadi. Nama Cik Raisya , Cik Iman Raisya bin tu saya tak tahu sebab tiada ditulis." Selepas menjawab soalan Iman , Fahin tersenyum

"Hrmm baiklah. Terima kasih kerana datang. Apa² kami akan maklumkan. Jika dalam masa 3 minggu kamu tidak menerima apa² dari pihak kami , kami minta maaf." Mendengar jawapan Fahin membuatkan Iman kerutkan dahi

' Takkan la dia tak ingat aku?! Eh kut² dia buat² tak kenal sebab aku CEO kat sini kut. Kenapa hati aku tak tenang ni?!' Iman hanya mampu meluahkan kata² itu dalam hati

***

' Mengapa nama dia macam familiar jer dengan aku? Macam aku dah pernah jumpa dia. Suara dia tu menyenangkan aku jer. Tapi mengapa?' Fahin mengelamun diatas pondok usang dihadapan rumahnya

" Bu!"

"Arghhh!" Fahin menjerit sekuat hati

"Hahahah! Adududu sakit nya perut aku." Faris memegang perutnya

"Ish kau ni! Memanglah!" Fahin kembali fokus kepada ingatannya

"Kuat mengelamun. Dah ada yang sangkut ke kat pejabat tadi?" Faris mengusutkan rambut Fahin

"Ish kau ni! Tiada eh yang sangkut. Aku hanya fikirkan mengapa nama seorang perempuan ni amat familiar dengan aku." Fahin memperbetulkan rambutnya

"Nama? Perempuan? Nama apa? Mana tahu aku kenal."

"Iman Raisya."

"Hah?! Appp...pa kau cca...cakap?" Faris mengaru² kepalanya

"Sejak bila kau pekak ni?! Dah la pekak , gagap pulak tu. Aku cakap nama perempuan tu Iman Raisya." Fahin mengetuk kuat kepala abangnya itu

"Hah! Ermm... Hahahah. Eh aku lupa nak beritahu mama yang aku nak makan udang masak tempoyak. Aku masuk beritahu dulu eh." Dengan pantas Faris lari dari Fahin

"Macam²." Fahin perhati jalan yang diambil oleh Faris

Yer jalan itu. Jalan yang diambil Faris dari pondok nak masuk rumah. Seperti ada sesuatu yang berlaku pada jalan itu. Jalan yang seperti ada sebuah kenangan. Kenangan pahit atau manis itu dia tak pasti. Tanpa disedari Fahin mengeluh buat seketika




Pendek dan membosankan sikit bab ni sebab Fa stress dengan homework yng berlambak -_-
Kalau ada yang vote and comment MSJB maybe Fa akan happy ^_^

Mungkin Sudah Jodoh Bersama [COMPLETED]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon