Bab 18

5.8K 175 0
                                    

"Ma!" Faris memegang bahu mamanya itu

"Ya Allah apa dia?" Farah yang sedang melihat cerita rasa terganggu

"Ma tak rasa ke yang jodoh Iman dengan Fahin kuat?" Sambil bertanya tangan Faris mengambil kek yang berada dipeha Farah

"Hey!" Kuat Farah menampar tangan anak terunanya itu

Faris hanya buat peace dan senyum sumbing

"Tapi kan mengapa Faris tanya mama macam tu?" Farah sudah tidak mempedulikan ceritanya malah fokus akan pertanyaan anaknya

"IR Holding... I for Iman , R for Raisya tak begitu ma?"

"Tapi... Tak semestinya IR Holding tu yang Iman." Farah masih cuba mengelak

"Tapi Fahin cakap CEO kat situ namanya Iman Raisya."

Farah yang mendengar jawapan itu tidak terkata. Dia tidak tahu apa harus reaksi yang dia pamerkan. Kalau ikutkan hati , dia gembira. Tapi kalau ikut kan kerisauan didalam otak , dia takut. Takut Fahin marahkannya kerana sembunyikan sesuatu

Tanpa disedari  , ada seorang yang bersembunyi disebalik dinding. Dari awal hingga akhir didengar oleh orang itu. Membuatkan orang itu curious tentang apa yang berlaku

' Aku perlu cari jawapan tentang apa yang berlaku pada masa lalu. Mungkin ada sesuatu yang menglibatkan orang yang bernama Iman. Yer Fahin kau kena cari.' Itu lah semangat yang dicakapkan kepada diri sendiri

***

"Kau rasa dia ke yang aku cari selama ni?" Iman bertanya kepada Wani PA merangkap BFF nya sendiri

Dalam office memang Wani hormat kepada Iman tetapi apabila luar pada office kau-aku sebati dimulut

"Entah la Raisya. Aku pun curious sebab perwatakan dia tu macam dia tak kenal kau. Aku pun tak berani komen lebih² sebab aku tak kenal sangat Fahin tu."

"Hrmm thanks Wani sebab kau sudi mendengar masalah aku." Iman mengosok bahu rakan karibnya itu

"Setakat benda kecil ni tak payah berterima kasih la. Pengorbanan kau kat aku dengan kakak aku lagi besar. Kalau daddy kau dengan kau tak tolong kami pasti aku dengan kakak aku tak dapatnya kerja bagus seperti sekarang." Dua rakan karib itu berpelukan beberapa saat lalu tersenyum sesama sendiri

***

Fahin membuka laptopnya. Gmail ditekan.

Tahniah Anda Diterima Disyarikat Kami.

To: FahinAshraf@gmail.com

Tahniah kami ucapkan kepada tuan. Tuan diminta lapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan.
Tarikh:**/**/****
Masa: **:**
...Sekian terima kasih...

Fahin yang membaca isi kandungan Email sudah tersenyum lebar. Dia tidak berhenti bersyukur kepada yang maha esa.

Namun senyuman nya mati apabila teringatkan sesuatu. Dia rasa ini la peluang untuk membongkarkan sesuatu rahsia yang telah abang dan mamanya berbincang


Thanks yang mana sudi baca (•3•)

Mungkin Sudah Jodoh Bersama [COMPLETED]Where stories live. Discover now