Bab 1

18.6K 326 7
                                        

Jam di meja sisi bersebelahan dengan katil berdering dengan sangat kuat yang membingitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Tanpa berlengah. Maka bangunlah gadis itu dengan rambutnya yang terurai ke paras kakinya itu. Berjalan lemah longlai akibat terlalu mengantuk.

Arah anak matanya di tala ke arah jam yang tersergam cantik terlekap di dindingnya itu. Kelihatan jam pukul enam dua puluh lima minit pagi.

Maka berkumandanglah azan di sekitar kawasan itu kedengaran nyaman dan senang. Setelah dia memilih pakaian daripada almari pakaiannya di gantung pakaian tersebut di tingkap supaya tidak komot nanti.

Tudung yang di pilih juga sudah di bentangkan elok-elok di atas katil agar tidak kemek awning tudungnya nanti apabila sudah di sarung ke kepalanya.

Mujur katilnya sudah di kemas setelah bangun pagi. Itu memang sudah menjadi kebiasaan atau rutin harian gadis ini apabila sentiasa di ajar dari usianya setahun jagung lagi.

Langkah kakinya di ayun malas menuju ke kamar mandi. Pintu di kuak dan kakinya melangkah masuk. Matanya terbuka luas apabila air sejuk di lantai terkena pada telapak kakinya.

Setelah selesai bermalas-malasan di dalam kamar mandi dan menggigil. Dia keluar dengan jubah mandinya membaluti tubuh kecilnya itu.

Siap sudah disarung pakaiannya. Dia hanya mengenakan sehelai blouse biru lembut dan seluar slack warma hitam panjang. Kemudian, beralih ke tudungnya. Di sarung shawl biru lbut berjenama Satin itu dan digayakan dengan caranya sendiri.

Tiada alat solek terlukis di wajah mulus gadis itu. Hanya sedikit bedak biasa dan pelembap bibir menghiasi wajahnya yang polos itu. Setelah wajahnya di belek di hadapan cermin soleknya. Dia menggapai beg tangannya dan keluar dari kamar tidurnya menuju ke dapur.

"Mama. Assalamualaikum. Good morning." Riang ria sungguh dia menyapa mamanya lantas di peluk si mamanya dengan kuat setelah pipi mamanya di kucup bertalu-talu.

"Haish. Waalaikumsalam sayangku seorang ni. Nur Nareesha Aireen. Good morning too." Kata mamanya sambil memeluk anak gadisnya itu.

"Amboi. Nama Sha dimention dengan nama panjang ya? Okay tak apa. Baiklah mama ku Puan Aileen Maria." Kini giliran Sha pula untuk menyebut nama penuh mama tercintanya.

"Okaylah sayang. Hari ni nak ambik result SPM kan? So kenalah doa banyak-banyak. Mama doakan sayang mama ni tau. Supaya lulus cemerlang semua subjek dia. Amiin." Doa Puan Aileen buat anak gadisnya yang seorang itu sahaja.

"Amiin. Thank you mama. Mama ikut Sha ya hari ni. Sha takutlah." Ujar Sha dengan ikhlas kerana dia benar-benar khuatir dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang dia duduki tahun lepas itu.

"Ya. Mesti mama kena ikut." Ujar Puan Aileen sambil mengucup dahi anaknya itu.

"Baru lah Best macam ni. Ngee... Yeah." Teruja benar Sha lalu dia makan sarapan pagi yang sudah disediakan oleh Puan Aileen dengan penuh bersemangat sekali.

"Makan elok-elok Sha. Nanti tercekik. Tak pasal-pasal kita ambik result dekat hospital bukan result SPM dekat sekolah. Hahaha." Kata Puan Aileen sambil tergelak kecil melihat telatah anak gadisnya itu.

"Apa ni Mama. Janganlah doakan macam tu. Sedih Sha dengar." Sha berkata sambil memuncungkan bibirnya ke depan.

"Okay lah. Jom. Mama ambik beg kejap. Sha pergi pakai kasut dulu." Puan Aileen memberitahu Sha lalu segera dia mengapai beg tangannya dan terus mengunci pintu rumahnya.

Dia Mr Handsome EvilWhere stories live. Discover now