;to say;

162 13 0
                                    

Omar pandang aku. "Betul ke Suha nak tunang dengan lelaki yang datang hari tu."

Aku angkat bahu.

"Kau kena tolong aku!" Omar tenung tajam mata aku. Aku telan air liur.

Seram siot! Muka macam pembunuh bersiri dah gayanya.

"Tolong apa?"

"Jangan bagi Suha kahwin dengan lelaki tu."

"Hah?!"

"Dengar tak?"

"Gila ke apa?"

"Apa yang gilanya. Dengar tak?"

"Dengar... tapi parent dia, parent dia yang suruh. Aku tak boleh nak buat apa. Kau lah pergi lamar dia ke apa."

Omar mengeluh. "Dia tak suka aku."

"Dia suka kaulah dowh!"

Omar tak berkelip pandang aku.

Aku tepuk dahi. 'Budak ni ingat one-sided love rupanya.'

"Painful love is also a love."

Aku pandang Suha. Suha menunduk kepala, memandang kasut tumit tinggi merah miliknya.

"Macam mana? Dah tanya parents kau yang kau tak suka lelaki tu?"

Suha lihat aku. "Dah."

"Kemudian, mereka kata apa?"

"No objection."

Aku picit dahi. Ni dah kes, parent jual anak ni.

"Aku nak tanya kau, boleh?"

"Apa dia?" balas Suha tak ada semangat.

"Kau suka Omar?"

"Hah?"

"Kau suka Omar ke tidak?" Ulang aku lagi.

Suha pandang muka aku tak berkelip. Kening dia terangkat ke atas sebab aku tiba-tiba tanya soalan sengal kat dia.

"Apa kau ni, Illa..." Dia ketawa.

"Aku tak buat lawak kowt."

"But i think kau tengah buat lawak."

Aku tarik bahu dia. Minta dia hadap aku.

"Aku nak kau jawab, sebab aku boleh tolong kau."

Suha tersenyum.

"Macam mana kau nak tolong aku?"

"Adalah."

Suha menggengam tangannya. "Aku suka dia. Lama dah... sejak first aku masuk belajar. Dia first crush aku lah kiranya. Aku dulu nak cakap kat dia yang aku suka dia, tapi aku takut dia tak suka aku dan family aku marah aku."

Aku senyum herot. "Good... thanks for the answer."

Suha kerut dahi. "Sebab?"

"Saya akan jumpa parent awak. Minta izin nak nikah dengan awak." kata Omar tiba-tiba mencelah. Berdiri di tegak di belakang kami.

Suha terkejut. Aku sengih.

Ni semua plan aku dengan Omar.

Nak bagi semangat sikit kat budak-budak ni, sebab cinta diorang bukannya one sided love.

Masing-masing jatuh cinta pandang pertama sejak masuk belajar satu universiti.

"Omar?"

Suha bangun dari bangku. Muka tak hilang dari terkejutnya.

Omar garu belakang kepala. Tersengih tak bertempat.

"Awak betul-betul sukakan saya ke?"

Suha tunduk. Omar melangkah dekat pada Suha.

"Suha?"

"Kalau saya sukakan awak sekali pun, apa yang saya dapat? Saya tetap tak dapat awak."

kata Suha tegas.

Aku tahu Suha tahan tangisan dari kedengaran.

Dia tahan airmatanya mengalir.

Omar tenung Suha. "Saya cuba..."

"Cuba kalau tak berhasil. Saya sekali pun tak pernah lawan family. Mesti diorang tak izin, lagi-lagi ini soal siapa suami saya nanti."

"It worth if we try, Suha." kata Omar lembut.

Suha angkat wajah lihat Omar.

Mata sudah merah.

"I wait for you..." 

[Completed] Cerpen || ImunisasiWhere stories live. Discover now