;i want;

195 13 0
                                    

Aku pandang wajah si dia. Kemudian dengan tidak semena, bibirku menguntum senyuman. Tanpa sedar dan tanpa dipinta. Senyuman itu membentuk dengan sendirinya.

Hatiku menyatakan syukur kepadaNya kerana menemukan aku dan si dia ini. Yang banyak mengajar aku erti susah dan senang. Makna kehidupan yang sementara dan hakiki. Mendidik aku untuk menjadi seorang srikandi yang berhati besi. Teguh dengan pendirian dan agama.

Hazim kerut kening melihat aku.

"Illa dah kenapa lihat abang cenggitu?"

Aku tepuk dahi perlahan.

Tersengih melihat dia. Malu aku sendiri bila dia sudah perasan.

"Illa mana ada tengok abang tapi..."

Hazim angkat kening.

Aku angkat bahu. Tak mahu menjawab. Biar tiada jawapan.

Sengaja.

"Jangan buat tanda tanya boleh tak?"

"Erkk... mana ada buat. Tak lukis, tak tulis pun. Soalan ada tanda tanya pun tak beri."

Aku balas selamba. Suka tengok Hazim marah.

Hahahha... Dunno why?

"Illa selalu cenggini...."

"Marah ke?"

Hazim tepuk dada kirinya. "Mana ada. Ini Hazim, Illa. Abang tak akan marah dengan semendang macam itu saja. Illa cuma bahan nak buat uji kaji je atas abang."

Bahan uji kaji dia cakap aku?

Berani ekkk...

"Abang, sayang Illa?" soal aku tiba-tiba.

Hazim lihat aku pelik. Wajah dia pun tukar pelik juga.

"Dah kenapa?"

"Yelah. Illa tak sehebat abang pun. Illa banyak kekurangan. Hendak jadi seorang srikandi yang kuat seperti Sumaiyyah pulak tu. Illa berangan aje lebih." Aku gelak kecil. Lebih tepat tuju pada diri sendiri sebenarnya. "Kenapa abang pilih Illa?"

"None of your scars can make me love you less."

"Sebab... abang memang kena pilih Illa(?)" Hazim ukir senyum. "Sebab... Illa comel!" Hazim ketawa. Aku beri muka smirk.

Hazim pandang aku dengan redupan mata milik dia. "Tak suka ke, abang kata Illa comel?"

"Mana ada."

"Tapi, muka tak happy."

"Sebab alasan abang bagi macam tak munasabah. Goo Ha Ra lagi comel kowt."

"Rendah dirinya..." Hazim tongkat dagu. "Illa ada kelebihan Illa. Alaa... abang tak tahu macam mana nak cakap kat Illa. Tapi, Illa dah jodoh abang, kan? Abang tahu, Illa jadi ibu yang baik nanti, kan,kan?"

"Kahwin pun belum..." Aku mencebik.

"Nanti..." 

[Completed] Cerpen || ImunisasiWhere stories live. Discover now