B.2

14 5 1
                                    

Aku tak percaya.yang tadi tu ilusi je kan?

"Arghhh kenapa dengan aku ni!"keluh aku dengan kasar.ramai orang yang memerhatikan aku.ah aku kisah apa.mereka tak faham apa yang dah jadi dekat aku tadi.

Aku ternampak satu pondok kecil yang usang di tepi jalan besar.aku terus pergi ke situ dan melepaskan tekanan aku dengan membaling batu kecil ke arah jalan besar tu.Tiba tiba dia muncul.sekali lagi.

bullshit.

Kali ni dia muncul di atas jalan besar tu dan dia bersama seseorang.seseorang yang aku benci sangat.si setan tu.

Dia mencengkam leher si setan tu sampai leher si setan itu berdarah.si setan tu ketakutan lalu Dia mencampakkan si setan tu di atas jalan besar itu dan yeah kebetulan ada lori kayu balak sedang menuju ke arah si setan itu.

Si setan tak mampu bangun dan mengelak dari bertembung dengan lori kayu balak tu.nasib malang menyebelahi si setan tu.si setan tu mati digilis dengan hancur oleh lori kayu balak itu.hanya sedikit anggota badan dia yang masih elok itupun bahagia kaki dan tangan kirinya.

Semuanya hancur.aku pasti yang mak bapak dia tak akan mengenali rupa anak mereka yang telah mati digilis sampai hancur itu.aku tersenyum puas.

Balasan untuk setan macam kau.

Ramai orang memberhenti kereta mereka di tengah tengah jalan sehingga kereta dibelakang sesak.

Pemandu lori tu keluar lalu melihat apa yang dah jadi.Tiba tiba ada seseorang menuju ke arah aku lalu menanyakan samaada aku melihat kejadian yang baru sahaja berlaku.

Aku hanya mengeleng.buat apa aku nak jujur pada mereka yang aku adalah saksi untuk kejadian itu.heh tiada siapa yang akan percaya cerita aku bahawa si setan tu digilis disebabkan Dia.

Aku bingkas bangun lalu beredar dari situ.aku rasa seronok pula.yeah seronok sangat sebab Dia dah hapuskan si setan tu.

Terima kasih farsya...

DelusiWhere stories live. Discover now