CM56

17.6K 884 69
                                    

Firqin menghempaskan diri di atas katilnya.

Lenggan kanannya di letakkan di atas dahi.

Apa yang dikatakan oleh Arif tadi membuatkan dia tak senang hati.

"Wasiat seterusnya Adriana akan dikahwinkan dengan orang kanan Farica Landios pada umurnya genap 20 tahun." Ujar Arif.

"Di kahwinkan? Dengan orang kanan Farica Landios?" Soal Firqin semula.

Arif menganggukkan kepalanya.

"Siapa orang kanan Farica Landios?" Soal Firqin ingin tahu.

"Irfan Harith. Lelaki yang luahkan cintanya kepada Adriana di atas pentas tadi." Kata Arif membuatkan Firqin terdiam seribu bahasa.

"Argh!" Firqin bangun dari pembaringan dan menyerabaikan rambutnya.

Kusut!

Klak!

Tiba-tiba pintu di buka oleh seseorang.

Firqin mengangkat wajahnya. Rambutnya sudah serabai akibatnya tadi.

"Eh bila kau balik?" Soal Aryan terkejut dengan Firqin yang tiba-tiba ada di dalam bilik.

Padahal semua ada kat sekolah Adriana.

"Aku sakit perutlah. Tu balik awal." Bohong Firqin.

"Ohh patutlah. Sampai serabut da rambut kau tu." Kata Aryan lalu menggeleng kecil.

Tahu sangat yang Firqin tipu. Bukan dia tak tahu. Firqin jeles tengok Cik Mudanya itu di lamar oleh orang lain.

Padahnya cinta bertepuk sebelah tangan.

Firqin sekadar terseyum.

"Eh aku nak tanya ni." Kata Firqin membuatkan niat Aryan terbantut untuk keluar dari bilik itu.

"Haa apa dia?" Soal Aryan lalu duduk di sebelah katil Firqin iaitu katil Afiq.

"Ka...kau tahu tak pasal wasiat Cik Muda?" Soal Firqin sedikit tergagap.

"Pasal Cik Muda akan di kahwinkan bila umurnya genap 20 tu je?" Soal Aryan.

Firqin mengangguk sambil menggosok belakang tengkuknya.

"Ohh tahu. Eh ni mana kau tahu ni?" Soal Aryan seperti terkejut.

"Arif bagi tahu." Kata Firqin membuatkan Aryan menghela nafas panjang.

"Sebenarnya...Kita orang semua tahu..Kecuali kau. Bu..bukan kita orang tak nak bagi tahu. Tak. Ta..tapi..kau kan ada hati dengan Cik Muda. Jadi kita orang tak naklah kau kecewa pasal ni." Kata Aryan membuatkan Firqin tertunduk.

Firqin baring semula di atas katilnya.

"Aku minta maaf tak bagitahu kau." Kata Aryan.

"Haha tak adalah aku okey je. Da lah aku nak mandi." Kata Firqin lalu berlalu masuk kedalam bilik air yang tersedia di dalam bilik mereka itu.

Di luar bilik mereka pula.

Afiq, Adam, Firman dan Taufiq sudah mengeluh.

Mereka semua tahu yang Firqin menyimpan perasaan terhadap Adriana. Cara layanan pun da boleh tahu.

"Mungkin ada yang lebih baik untuk Firqin." Kata Afiq lalu menepuk bahu Adam.

"Yela. Mungkin tak ada jodoh." Kata Firman  membuatkan mereka mengangguk.

"Dah jomlah masuk. Sampai bila nak tercegat depan pintu ni?" Soal Adam.

"Tu lah. Da lah mengantuk ni." Kata Taufiq pula.

"Da..da. Jum masuk." Kata Firman lalu memulas tombol pintu tersebut.

___________________________________

Chapter 57 Done🙌

Bila nak end pun sis tak tahu. 😹😹

Cik Muda✔Where stories live. Discover now