CM8

29.5K 1.5K 34
                                    

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik belajar. Adriana terus memberhentikan langkahnya.

Adriana memandang Firman dan Aryan silih berganti.

Aryan pula memandang Firman. Firman membalasnya dengan mengangkat bahu.

"Kenapa Cik Muda?" Soal Aryan.

"Ni ke bilik belajarnya?" Soal Adriana lalu memandang pintu bilik tersebut.

"Yela. Kenapa Cik Muda tanye?" Soal Firman pelik.

"Asal pintu ni besar sangat? Pastu ukiran corak dia cantik pula tu. Bilik belajar jer pun." Ujar Adriana.

Aryan dan Firman saling berpandangan dan HAHAHAHAHA! Mereka ketawa sambil pegang perut.

Adriana pula sudah mengerutkan dahinya. Lahh tanya camtu pun lawak?

Adriana hanya menjongketkan kening memandang dua orang suruhannya itu.

Aryan yang melihat Adriana berdiam diri. Pantas berdehem.

"Ehem."

Firman pula. Masih dengan gelaknya. Apa lagi Aryan leku le kepala dia!

"Aduh." Firman mengadu kesakitan sambil menggosokkan kepalanya yang sakit itu.

Baru Firman nak bersuara. Jadi terbantut apabila Adriana dan Aryan merenungnya.

Terus Firman berdehem sedikit lalu membetulkan bajunya.

"Apa yang lawak sangat?" Soal Adriana lalu memeluk tubuh.

"Err.."Firman mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Baru Adriana nak bersuara pintu bilik belajar itu terbuka.

Seorang wanita dalam lingkungan 27 memakai cermin mata sedang memandang Adriana, Aryan dan Firman silih berganti.

"Kenapa bising-bising? and kenapa tak masuk? Waktu belajar Cik Muda sekarang da berjalan." Kata wanita tersebut yang bernama Neeta.

"Err..Maafkan saya Cik Neeta..Saya yang bawa Cik Muda lambat." Kata Firman lalu menundukkan sedikit badannya.

Neeta menjongketkan keningnya.

"Okey kali ni saya maafkan. Lain kali tak boleh jadi macam ni. Sebab Cik Muda harus berlajar banyak benda. Jangan disebabkan kecuaian awak. Cik Muda banyak buang masa." Kata Neeta.

"Err..Baiklah." Kata Firman dan Aryan serentak.

"Silakan masuk Cik Muda." Kata Neeta lalu masuk dalam bilik belajar tersebut.

"Maafkan saya. Sebabkan saya awak pula kena berbohong." Kata Adriana lalu menundukkan badannya.

"Eh Cik Muda..Bukan salah Cik Muda. Kita orang yang gelak tak ingat dunia tadi." Kata Aryan lalu menggosok belakang tengkuknya.

"Apa yang korang buat lagi tu? Bawak Cik Muda masuk!" Arah Neeta.

Adriana terus mencapai tangan Aryan dan Firman yang berbalut dengan sarung tangan itu.

Jadi orang suruhan ni pun pakaian kena betul. Baju berkot. Seluar slack. Kena pakai sarung tangan lagi. Reben kat leher lagi. Haih.

"Da jum masuk." Kata Adriana lalu menarik tangan Aryan dan Firman.

Masuk sahaja di dalam bilik belajar tersebut. Adriana terus duduk berhadapan dengan Neeta.

Neeta meletakkan 20 buah buku tebal di hadapan Adriana.

Adriana mengerutkan dahinya. "Nak buat apa dengan buku sebanyak ni? Da lah 20 .Tebal- tebal lak tu!" Gumam Adriana.

"Cik Muda kena baca buku ni semua." Kata Neeta lalu membetulkan cermin matanya.

"What the hell?" Kata Adriana lalu memandang buku di hadapannya itu.

"Okey buku tu nanti Cik Muda kena baca sendiri. Sekarang kita belajar tentang macam mana rumah Agam Farica Landios ini di tubuhkan." Kata Neeta lalu menaikkan sedikit cermin matanya ke atas.

"Orang suruhan pun! kamu dikecualikan so sila beri tumpuan!" Kata Neeta lalu membuka buku yang berada di hadapannya.

Dan mulalah Neeta mengajar.












Chapter 8. Done! Vote and Comments if best!😘✨

Cik Muda✔Where stories live. Discover now