𝚌𝚑𝚊𝚙 26 . [ 𝚕𝚊𝚜𝚝 𝚌𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 ]

894 86 14
                                    

Pengerakkan Jihyo terhenti tatkala tangannya dipegang oleh Baekhyun.Mereka saling berpandangan.Jihyo kembali duduk dibirai katil.Tangannya masih lagi dipegang oleh Baekhyun.Erat dan semakin erat.Ada senyuman dibibir Jihyo.Apa yang dimahukan kini terjadi.

Tatkala Jihyo melihat Baekhyun seperti ingin mengatakan sesuatu, Jihyo perlahan lahan membuka alat oksigen yang menjadi bantuan pernafasan kepada Baekhyun.Ada sedikit senyuman terukir dibibir Baekhyun tatkala alat oksigen itu dibuka oleh Jihyo.

"Hyo..oppa.."secara perlahan lahan Baekhyun menuturkan percakapannya.Rasa yang masih lagi membuatkan dia merasakan sakit telah membataskan untuk dia bercakap kuat dan laju.

"Nae..oppa nak cakap apa?"tanya Jihyo.Tangannya kembali dipegang oleh tangan Baekhyun.

"Oppa..rindu Hyo..dan Daeul.."tutur Baekhyun satu persatu sambil mengukir senyuman khas untuk isteri tercintanya itu.Jihyo merasa terharu mendengarnya.Dia turut mengukir senyuman.Airmata terharunya mengalir.

"Oppa..Hyo dengan Daeul pun rindukan Oppa.Rindu sangat"balas Jihyo dengan nada yang sangat sarat dengan kerinduan.Jujur yang dia sangat merindukan suaminya itu.

Baekhyun mengerakkan tangannya.Jari runcingnya mengesat airmata yang mengalir dipipi Jihyo.Tidak sanggup untuk dia melihat airmata yang mengalir membasahi pipi yeoja yang sangat disayanginya ini.Dia tahu yang selama ini, Jihyo terlalu sering mengalirkan airmata.

"Jangan tunjukkan airmata.Oppa nak lihat senyuman Hyo je"ujar Baekhyun.

Jihyo mengukir senyuman.Dia betul² rasa bahagia saat ini."Oppa..oppa jangan tinggalkan Hyo dengan Daeul tau.Kami tak sanggup hidup tanpa Oppa"ujar Jihyo penuh keikhlasan.

"Oppa janji yang Oppa tak akan tinggalkan Hyo dan Daeul.Oppa akan pastikan yang kita hidup bahagia"balas Baekhyun.

................
SEMINGGU KEMUDIAN

Kata orang kebahagiaan tetap akan hadir selepas kita sudah puas bersedih.Tangisan atau airmata akan digantikan dengan senyuman dan ketawa.Cuma cepat atau lambat.Pastikan hati kita kuat untuk menunggu kebahagiaan yang akan pasti menjadi milik kita.Kita tidak akan hidup hanya untuk bersedih dan menderita kerana sinar kebahagiaan hak milik masing².Jadi kita kenalkan pandai mengawal emosi dan perasaan.Jangan bagi orang lain yang mengawal kita.

Kini setelah bertahun tahun penderitaan menghampiri dan singgah didalam kehidupan Song Jihyo, dia akhirnya mendapat sinar kebahagiaan.Kekuatan dia kini terbalas jua.Baekhyun sudah pun keluar hospital.Tetapi tidak boleh banyak bergerak kerana luka masih belum sembuh sepenuhnya.

Langkah diatur berhati hati menuruni tangga untuk kedapur.Sudah penat dia asyik berbaring.Bagaikan badannya sudah lenguh sini sana.

Ketika itu sang isteri sedang asyik menghidangkan sarapan pagi.Anak mereka iaitu Daeul masih lagi terbuai dialam mimpi.Lena betul tidurnya.

"Morning chagi,"Baekhyun melingkarkan tangannya dipinggang Jihyo dari belakang.Jihyo sedikit tersentak tapi mengawalnya kerana ini suaminya bukan pencuri.

"Morning too"Jihyo membalas sambil menepuk perlahan tangan Baekhyun dipinggangnya.

"Hyo..oppa nak cadangkan sesuatu"

"Apa?"

Baekhyun menguraikan tangannya dipinggang Jihyo.Jihyo berpusing kearah Baekhyun.Mereka bertentangan.Rambut Baekhyun yang sedikit kacau dibetulkan oleh Jihyo.Sungguh kacak suaminya ini.

"Oppa nak bawa Hyo dengan Daeul bercuti"

"Yeke..wahh bestnya.Bercuti kat mana?"soal Jihyo.

"Hyo nak pergi mana?"

[ C ] flower boy s3 : a rainbow of love • bbhDonde viven las historias. Descúbrelo ahora