𝚌𝚑𝚊𝚙 12 .

897 80 3
                                    

Jihyo mengesat airmatanya yang mengalir dan berjalan keluar dari bilik.Keluar dari bilik dia memandang kebawah.Kelihatan Baekhyun sedang keluar dari rumah.Kemanalah suaminya itu ingin pergi.Dia berharap suaminya itu tidak melakukan perkara yang diluar batas.

"Omma!!"Jihyo menoleh apabila namanya dipanggil.Daeul melangkah kearah Jihyo.

"Ye sayang"Jihyo merendahkan badannya supaya lebih mudah bercakap anaknya itu.

"Omma dengan Appa kenapa?"tanya Daeul.Jihyo terdiam seketika.Adakah anaknya itu mendengar pengaduhan dia dengan Baekhyun.

"Tak ada apalah sayang.Omma dengan Appa ok"bohong Jihyo.Tidak mahu anaknya itu mengetahui yang dia dan Baekhyun bergaduh.

"Tapi kenapa suara Appa kuat bercakap dengan Omma?"pertanyaan Daeul membuatkan Jihyo termangu.Anaknya ini sangat pandai dalam bab-!! Baekhyun.Dia tahu yang Appanya itu tidak pernah bercakap kasar dengannya.

"Oh,masa tu Omma dalam bilik mandi.Omma tak berapa dengar.Tu yang Appa cakap kuat"jawab Jihyo.Daeul memandang Jihyo.Sepertinya dia tidak percaya.Tetapi akhirnya mengangguk mengerti juga.

...............

Baekhyun memberhentikan kereta dihadapan Sungai Han.Dia keluar dari kereta dan bersandar dipintu kereta.Wajahnya betul-!! beriak marah.Rambutnya diraup kebelakang.Sudah berserabut.Fikirannya betul-!! bercelaru.Sebelum ini dia sudah berjanji tidak akan lagi cemburu kerana Jihyo sudah menjelaskan yang dia dan Xiumin tiada apa-!!.

Tapi hatinya tidak dapat lari dari cemburu apabila matanya melihat gambar mesra Jihyo dan Xiumin.Lebih menyakitkan hatinya apabila melihat gambar Xiumin mendukung Daeul sambil Jihyo berdiri dihadapan.Dah macam keluarga bahagia.Suami mana yang tidak cemburu.

"Arghhh!!!"jerit Baekhyun.Fikirannya betul-!! bercelaru.

"Baekhyun"tegur seseorang mengejutkan Baekhyun.Tatkala menoleh kemarahan Baekhyun semakin membuak buak apabila orang itu ialah Xiumin.Namja yang telah menaikan cemburunya ditahap paling atas.

"Kau kenapa ni?"tanya Xiumin apabila melihat Baekhyun dah macam orang tak terurus.

"Kau tak payahlah nak tanya"marah Baekhyun.Xiumin terkejut apabila Baekhyun tiba-!! memarahinya.

"Yang kau tiba-!! marah aku kenapa?"tanya Xiumin pelik.Tiba-!! Baekhyun memegang leher baju Xiumin.

"Kau kenapa masih nak ganggu hidup aku?"tanya Baekhyun.

"Baekhyun lepas.Kau kenapa ni??bila aku ganggu hidup kau?"Xiumin menolak Baekhyun sehingga Baekhyun terdorong kebelakang.

"Kau dah keluar dengan isteri aku,anak aku.Sekarang kau masih tanya lagi"marah Baekhyun.

"Oh,maksud kau aku keluar dengan Jihyo?"tanya Xiumin.

"Yelah,siapa lagi isteri aku?"ujar Baekhyun keras.

"Kau ni memang cemburu butalah Baekhyun.Kitorang ni kawan jelah.Yang kau nak emosional sangat ni kenapa?"balas Xiumin.Langsung tidak menjangka Baekhyun akan mengatakan begitu.

"Hei.Kalau kau kat tempat aku pun kau cemburulah.Aku tahu kau masih ada hati dengan Jihyo"ujar Baekhyun.

"Ye,memang aku masih ada hati dengan Jihyo.Tapi aku tak adalah sampai nak rampas dia dari kau.Tapi kalau beginilah sikap kau.Aku tak kan teragak agak nak rampas Jihyo dari kau!!"balas Xiumin mengejutkan Baekhyun.

"Kau ingat aku nak biarkan kau rampas Jihyo.Dia milik aku"ujar Baekhyun.

"Tapi aku rasa Jihyo tak akan bahagia dengan orang kuat cemburu macam kau ni"balas Xiumin.Menaikan kemarahan Baekhyun.

"Tak guna!!"Baekhyun meluru ingin menumbuk Xiumin.Tetapi Xiumin pantas mengelak dan menumbuk Baekhyun.

..............

Jihyo tersedar apabila kedengaran enjin kereta dihalaman rumah.Mungkin suaminya itu sudah balik.Jihyo turun dari katil.Jam didinding dikerling.Pukul 12 malam.Lama betul suaminya itu keluar.Jihyo keluar dari bilik.Dari atas dia melihat Baekhyun sedang duduk disofa diruang tamu.Jihyo ambil keputusan untuk turun.

"Oppa"tegur Jihyo.Baekhyun menoleh sekilas dan kembali berpaling kearah lain.Jihyo terkejut apabila melihat wajah suaminya itu ada kesan lebam dan bibirnya berdarah.

"Oppa.Kenapa ni?"tanya Jihyo dan duduk disebelah Baekhyun.Wajah Baekhyun dipandang.

"Tak ada apalah"jawab Baekhyun mendatar.

"Tak kan tak ada apa-!!?Oppa kenapa??siapa yang buat semua ni?"tanya Jihyo lagi.Dia betul-!! risau melihat suaminya itu.

"Kan aku cakap aku tak ada apa-!!"marah Baekhyun.Jihyo terdiam.Jihyo bangun dan berlalu kedapur.

Selepas itu Jihyo kembali ke ruang tamu semula dan duduk disebelah Baekhyun.Ditangannya ada semangkuk ais dan tuala.Ais dibungkus dengan kain tuala.Untuk tuam muka Baekhyun.Baekhyun hanya memandang kelakuan Jihyo.

"Mari Hyo tuam"ujar Jihyo.

"Tak payah"tolak Baekhyun.

"Oppa.Hyo tak kisah Oppa nak marah Hyo.Nak pukul Hyo sekalipun.Tapi tolong benarkan Hyo rawat Oppa"ujar Jihyo.Baekhyun terdiam.Jihyo mula tuam lebam dipipi Baekhyun serta luka dibibir Baekhyun.

"Sakit tak?"tanya Jihyo.Baekhyun sekadar mengangguk.

"Kesian Oppa.Siapalah yang buat Oppa macam ni?"ujar Jihyo membuatkan Baekhyun berubah riak.Serta merta dia teringatkan Xiumin.

Baekhyun bangun dan berlalu meninggalkan Jihyo yang terpinga pinga.

BERSAMBUNG

[ C ] flower boy s3 : a rainbow of love • bbhWhere stories live. Discover now