Manakala enam lagi namja yang berada di wad itu menunjukkan wajah risau.

Jaebum mendekati Mark dengan langkah perlahan. Mark mengalihkan wajahnya memandang Jaebum yang berdiri di sisi kiri katil.

" Kau okay tak ni? Kau stress ke apa? Malam tadi pun kau tak tido.. Aku masuk bilik kau baru kau lelap. Tu pun aku bangun je kecoh satu rumah kau yang kau takde. " luah Jaebum panjang lebar. Mark membuat muka.

" Elehh aku kejut kau nak cakap aku nak keluar kejap tapi kau tak gerak langsung. Sampai aku sendiri confuse manusia ke patung yang tido kat sebelah aku " balas Mark sarkastik. Jaebum menggaru kepala sambil tersengih malu. Mereka yang lain mengelakkan Jaebum.

Mark ternampak Jinyoung yang membuka mulut dan memandang Jaebum seperti mahu berkata sesuatu, namun Youngjae dan Yugyeom lebih pantas menarik lelaki itu dengan paksaan supaya duduk di sofa lalu mengikat mulutnya dengan bandana.

Okay. Terima kasih kerana mendiamkan lelaki itu yang memang sah sah dalam mode nak membebel.

Pintu ditolak. mereka berpaling ke arah pintu dan kelihatan seorang jururawat tersenyum mesra sedang berjalan memasuki ruang.

" Annyeonghaseyo. Mark Tuan, awak dah rasa okay? Takde sakit apa-apa? " tanyanya mesra. Mark mengangguk.

" Doktor Jun ingatkan supaya awak buat pemeriksaan terakhir dulu. Kalau semuanya okay petang ni awak dah boleh discharge " terangnya dengan intonasi mesra.

" Doktor Jun? Bukan ke doktor lain yang bertugas hari ni? " tanya Raymond pelik. Jururawat itu memandang Raymond yang juga ketua doktor bahagian psikiatri hospital.

" Ya tapi dalam mesyuarat lepas pengarah hospital tetapkan untuk ada dua doktor bertugas minggu ni sebab sorang aje tak sempat nak mengurus pesakit. Ramai pulak yang sakit kebelakangan ni " ujarnya. Raymond mengangguk.

" Kalau takde apa-apa saya minta diri dulu. Ada pesakit lain nak diperiksa. Pukul 2 nanti Doktor Jun akan datang. Rest well " katanya buat kali terakhir sebelum melangkah keluar.

" Ni apa kes aku boleh pengsan ni? " tanya Mark. Siap buat muka innocent lagi padahal semua yang berada dalam bilik tu dah pandang dia dengan aura hitam mengelilingi.

" BADAN KAU TU LEMAH!! "

Mark terhenjut dan matanya membesar kerana terperanjat.

" Kau buat apa ha sampai masa rehat kau pun tak cukup? Aku rasa kat rumah pun kau sibuk geledah kotak itu kotak ini. Hancur stor kau buat. Tu belum campur ngan buat homework yang cikgu bagi. Aku tengok dalam kelas kau siap kerja memanjang, tak pernah kena denda. Tapi aku tak pernah pulak tengok kau buat kerja. Nak kata kau buat dalam bilik, malam-malam kau ghaib ntah ke mana. Tup tup esok paginya awal-awal lagi kau dah bersiap nak gi sekolah. Okay yang satu tu memanglah menyenangkan hati sebab kau bukan spesies tido mumia macam diorang ni hah. Tapi kalau bolehlah kau buatlah kerja sekolah dulu. Jangan buat awal-awal pagi. Kau ingat aku tak tau ke huh? Perkara lain yang menyebabkan kau selalu ghaib waktu malam tu tangguhlah dulu wei, hujung minggu boleh buat. Janganlah sampai tak cukup tidur , rehat semua. Aku rasa cermin banyak kat rumah untuk kau tengok muka kau yang dah macam panda aku tengok. Hitam gitu bawah mata. " syarah Jinyoung panjang lebar.

Raymond ternganga melihat dan mendengar kecekapan Jinyoung menasihat, membebel dan berceramah dengan satu nafas.

Tiada sesiapa perlu menambah kerana bebelan dia dah cukup lengkap segala isi. Ni mesti selalu dapat A dalam karangan. Debat mesti selalu menang ni kan.

Bambam menepuk belakang badan Raymond lalu mereka berpandangan. Dan Bambam membuat muka dia-memang-macam-tu-ahjushhi.

" Kalau aku macam panda means aku comellah kan? Panda kan comel? " Mark felip hair. Langsung tak ambik pusing isi kandungan nasihat Jinyoung menyebabkan lengannya ditampar. Mark tergelak.

Wad itu penuh dengan gelak ketawa dari pagi sampai tengah hari. Raymond yang turut menyertai keceriaan itu memandang Mark dalam diam. Diam juga hatinya dipenuhi bunga harapan.

' Maaf sebab harap macam ni, Yi-En. Tapi appa taknak kamu terkurung dalam kesedihan. Appa harap kamu boleh move on dan teruskan hidup. It's okay if you still want remember them. Beacuse a true friendship cant be replaced even with a mountain of gold "

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now