Qaseh Malika tergelak dengan reaksi masing-masing..

"sayang pun kena juga..jangan nak lari!.." tegaa Luz Amsyar..

Qaseh Malika terlopong mendengarnya..

"haaa..padan muka!.." suara Qairul Mikhail dengan senyuman mengejek..

"abang!mana boleh.."

"boleh..abang tak kira..jadi korang siap sedia lah duit banyak-banyak ya.."

"ala..malas lah ." rungut Ammar Syakir..

"jangan nak malas lah bro..lagi pun duit tak keluar banyak mana pun.."

"serius??" soal Qairul Mikhail dan Akira Hazmie teruja..

Tengku Aleeya dan yang lain sudah tersenyum makna.faham sangat dengan maksud Luz Amsyar tu..

"yup!sebab kita akan pergi kesabah!.."

"apa!!!" jerit mereka berdua serentak sebelum jatuh terduduk..

"Tch!chill..kita makan angin je..kalau tak cukup dua hari..korang ambil empat hari.." ujar Luz Amsyar selamba..

"Habislah kita.." rungut Qairul Mikhail..Akira Hazmie sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal..

Sedang semua berbual kosong..tiba-tiba iphone6 milik Luz Amsyar yang dipegang oleh Tengku Aleeya berbunyi panggilan masuk..semua mata memandang kearah bunyi itu..kelam kabut Tengku Aleeya mengeluarkan iphone6 itu dari handbagnya..setelah dicapai..dia menyerahkan kepada Luz Amsyar..

"sapa Ma??" soal Luz Amsyar..Tengku Aleeya mengangkat bahu tanda tidak tahu..

Luz Amsyar mengeluh sebelum.mengangkat panggilan peribadi itu..

Baru sahaja dia ingin bersuara..tiba-tiba satu suara yang agak dikenalinya kedengaran dicorong telefonnya..

"Nak daddy!nak daddy..nak mummy..uuuaarggggh!!!.." jerit suara itu dengan tangisannya..

Luz Amsyar terkedu saat mendengarnya..

"Abang kenapa??" tegur Qaseh Malika lembut..dia sendiri pelik dengan reaksi suaminya..

"Fir sayang.."

"kenapa dengan Fir??" soal Qaseh Malika .dia mula berasa tak sedap hati..bagai ada sesuatu yang telah berlaku kepada anak angkatnya itu..

Belum sempat Luz Amsyar menceritakan pada isterinya..satu suara kedengaran..

"Hello baby.."suaranya dalam agak lembut dan manja..tapi bagi Luz Amsyar agak menyeramkan..

"Lis??" semua orang terkejut saat Luz Amsyar menyebutkan nama itu..

"yes baby..ahhh..Luz Amsyar Tengku Farrel Imran..I really miss you.." lunak suaranya berkata..

"lepaskan Fir mama..Fir nak mummy Qas dengan Daddy Luz..isk..isk.." satu suara kecil bagai merayu mula kedengaran lagi..

"Diam lah bodoh!siapa mummy kau??aku mummy kau tahu tak!.." Tengking Tengku Allisa Damia..

"Tak!Fir nak mummy Qas!." jerit Tengku Firman..

tiba-tiba Luz Amsyar terkejut saat mendengar sesuatu..bagai bunyi kulit ditampar..

"isk..isk..mama jahat!isk..isk..sa..kit..daddy..Fir nak daddy..isk..isk.." rayu Tengku Firman sambil mengusap pipinya yang ditampar oleh Tengku Allisa Damia..

"Fir??Lis!apa kau buat pada Fir!.." jerkah Luz Amsyar.

Qaseh Malika sudah menekup mulutnya menahan takut dan cemas..

"budak ni memekak..jadi I bagilah makanan yang sedap bagi dia diam.." bicara Tengku Allisa Damia selamba..

"Tak guna kau Lis!!aku dapat kau...ak..-"

"You nak buat apa Luz??You nak bunuh I??sebelum you bunuh I..anak kesayangan you ni dah mati kena bunuh dengan I tahu tak..hahahahaha.." ucap Tengku Allisa Damia bagai orang gila..

"daddy!!tolong Fir!!isk..isk..tolong Fir..Fir nak balik..Isk..isk.." rayu suara kecil itu lagi..

Luz Amsyar menahan sakit didalam dada..hatinya bagai dihiris saat mendengar suara kecil itu meraung menahan kesakitan dan menahan ketakutan..

"Lepaskan dia Lis..aku bagi apa yang kau nak..apa sahaja Lis.." rayu Luz Amsyar..percakapannya mula lembut..

"apa sahaja??"

"ya Lis..apa sahaja.."

"baik..I nak you datang rumah persendirian I..ingat Luz..kalau you panggil polis..Tengku Firman akan tinggal nama sahaja.." ugut Tengku Allisa Damia sebelum menamatkan panggilan itu..

Luz Amsyar merengus kasar..tangannya digenggam menahan amarah..

"Abang..apa dah jadi bang??apa yang dah jadi pada Firman bang??" soal Qaseh Malika cemas..

Luz Amsyar hanya berdiam..rambutnya dicengkam..kalau Tengku Allisa Damia berada dihadapannya memang mati wanita itu dikerjakan..

"Abang!..Qas tanya ni..jawab lah!.." gesa Qaseh Malika..lengan suaminya digoncang..

"diam boleh tak!serabut tahu tak!.." tengking Luz Amsyar..

Qaseh Malika terdiam saat ditengking oleh suaminya..air matanya perlahan-lahan mengalir membasahi pipi..

"Luz..kenapa tengking isteri Luz!dia tu tengah risau tahu tak.." tegur Tengku Aleeya..

"habis Luz tak risau bila perempuan gila tu culik Firman..lepas tu apa-apakan Firman??mama ingat Luz tak risau??!" bentak Luz Amsyar menahan marah..

"Ya ALLAH.." ungkap kalimah ALLAH dibibir Qaseh Malika sebelum dia jatuh tak sedarkan diri tapi sempat disambut oleh Luz Amsyar..

"Qas!.." jerit Luz Amsyar cemas..

semua orang terkejut dengan apa yang berlaku..tak satu..satu ujian muncul..moga tabah hati pasangan suami isteri ini..doa mereka..

A Luz Do Amor (C)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ