37

17.3K 977 34
                                    

Bunyi enjin kereta yang masuk ke car porch rumah membuatkan Lili yang sedari tadi leka dengan laptopnya mula menutup peranti itu. Meja kopi yang sedikit bersepah itu dikemas ala kadar sebelum dia membuka pintu rumah.

"Assalamualaikum," sapa Putra.

"Waalaikumussalam,"

Senyuman manis Lili hadiahkan buat Putra sebelum belakang tangan lelaki itu dikucup. Namun Putra hanya tersenyum segaris. Kucupan di dahi Lili seperti biasa pun tiada.

Lili masih tersenyum. Cuba memujuk hati supaya tak overthinking. Come on la, ingat Putra tu 24/7 nak happy ke? Macamlah baru semalam kenal mamat kepala angin ni.

"Abang naik mandi dulu eh. Lili panaskan lauk untuk abang,"

"Tak payah. Kejap lagi nak keluar jumpa budak ni," jawab Putra sambil berjalan ke bilik. 'Budak ni' yang dia maksudkan itu siapa lagi, kawan menyetan lagi lima ekor tu la.

Anak mata Lili masih setia mengekori langkah suaminya sehingga hilang di sebalik pintu. "Oh, okey."

Duduknya kembali dilabuhkan ke sofa. Sikap dingin Putra cuba ditafsir. Putra marah ke dia keluar dengan Aiza siang tadi? Tapi dia dah minta izin.

Atau mungkin sebenarnya Putra terbawa-bawa dengan penatnya. Iyalah, bukan mudah nak menghadap kerenah pelanggan Ubernya. Manusia, rambut pun dah macam-macam warna sekarang, apa lagi hati.

Maaf merosakkan peribahasa tetapi peribahasa 'rambut sama hitam, hati lain-lain' sekarang macam dah tak relevan.

"Dia dah penat menghadap kau tu,"

Lili menjulingkan matanya sambil mengeluh. Malas nak layan! Suara itu betul-betul menambah bebannya.

Dinding di sisi sofa yang digantung cermin itu pula ditenung buat merefleksi diri. Masih memikirkan sejernih-jernihnya jika dia ada kesalahan pada Putra.

Namun tiba-tiba refleksinya pada cermin tidak selari lagi dengannya. Refleksinya malah melambai.

"Lili... ignore aku ke?"

Matanya terus dipejamkan sambil bandannya disandarkan ke sofa. Cuba mengusir imej tadi. Relaks Lili, tu cuma halusinasi je. Suara tu, imej tu, tak wujud.

"Kau tak boleh ignore aku selamanya Lili. I am a part of you. I am your deepest thought, desire, voice that you always try to suppressed. I-"

"Diam!"

"Ssttt... we don't want Putra to know about me, right?"

Terbit air mata dari hujung kelopak yang tertutup itu. Mengalir lesu di pipi Lili. Dia cuma mahu hidupnya yang normal. Itu je!

"Define normal life kau, Li. Waktu aku belum wujud? Waktu aku belum bangkit? Waktu tu kau masih ada mama, papa dengan Adam. Sekarang diorang ada lagi ke?"

Lili membuka semula matanya. Serentak itu air mata semakin lebat mengalir sehingga dia terhenjut-henjut menahan tangis. Mulutnya ditekup, tak mahu sedu-sedannya hinggap di telinga Putra.

"Li, Put keluar kejap," suara Putra menyentak Lili. Semakin kuat tangannya menekup mulut.

"Hmm," jawabnya ringkas dalam gumam namun gagal menutup getar.

"Lili, are you okay?"

Sofa yang membelakanginya itu Putra dekati. Mahu memastikan Lili okey. Walaupun hatinya masih sakit, namun dia tidak mahu Lili terkesan juga.

"Lili okey, sakit kepala sikit. Abang nak keluar, keluar je la,"

Putra terkaku di belakang Lili. Dah la Lili sikit pun tak menoleh memandangnya, malah bunyi macam menghalau. Hati yang baru nak mencair buat isterinya dibekukan semula.

Hanya tapak tangannya dibawa ke dahi Lili, cuba merasa suhu. Tak, Lili tak demam.

Tangan yang masih ditekup ke mulut menahan tangis itu sudah digigit kuat. Lili rindu sentuhan lembut Putra. Dia nak peluk Putra. Tapi dia taknak Putra tahu dia menangis. Dia tak mampu memberi alasan. Dan pada masa yang sama, dia terasa dengan kedinginan Putra

Dalam hati Lili berdoa Putra segera melepaskan pegangannya dan tidak menyentuh bahagian wajahnya yang lain. Sebab wajah Lili hampir seluruhnya sudah basah dengan air mata.

And her wish was granted.

Putra melepaskan sentuhannya dari dahi Lili dan terus berpaling. Namun baru setapak dia melangkah, Lili yang masih membelakanginya dipandang semula.

"Siang tadi keluar dengan siapa?" soal Putra lurus. Dia mahu kejujuran Lili.

Tangan yang digigit Lili bawa pula ke hidung, mahu menghalang suara yang terkesan dengan tangis keluar. Nafasnya ditarik dalam dengan mulut.

"A... Aiza,"

"Dengan dia je?"

"Hmm," gumam Lili sambil mengangguk.

"Betul?" soal Putra lagi, memastikan. Dalam hatinya merayu agar isterinya jujur dan memberi penjelasan.

Namun harapannya hancur apabila Lili hanya mengangguk. Masih menghadap skrin tv yang tidak dihidupkan dihadapannya.

"Ok,"

Lalu Putra keluar dari rumah dengan hati yang tercalar. Rasa tertipu.

Dia sendiri nampak Lili keluar tadi bukan berdua. Ada seorang lelaki ikut sekali dalam perbualannya dengan Aiza ketika mereka makan tengah hari tadi. Putra ternampak ketika dia ke 7Eleven sebelah kafe tempat Lili 'bermadu asmara' tu.

Siapa lelaki tu? Siapa lagi kalau bukan Firdaus Azy?

"It's okay. Aku pun nak minta maaf. I was just kidding,"

"Ahh, bullshit! Kidding apa jumpa kat belakang aku! Nak blah tu, blah je la!" jerit Putra geram sambil memandu.

"Lili pun satu! Penipu! Kata takde apa-apa tapi apasal tipu aku?"

Honnya ditekan bertalu-talu buat driver musibat di depannya yang tak reti bagi signal. Memang mencurah minyak tanah dalam api kemarahan Putra. Tetapi dalam amarahnya, Putra tak perasan yang lampu isyarat di hadapannya sudah bertukar merah.

Pin! Pin!

"Arghhh!!" Srreeetttttt.... bumm!

Dan api kemarahan itu membakar dirinya sendiri.




Lili di rumah pula sudah berpeluk lutut di atas sofa itu. Tangis yang ditahan tadi semakin menjadi-jadi dihamburkan.

Dia sendiri tak tahu dia menangis untuk apa sebenarnya. Antara rindu, keliru dan sedih, semuanya bercampur baur.

Dengan tangan yang terketar Lili mencapai buku nota di sisi laptopnya dia atas meja itu. Sekeping filem ultrasound dikeluarkan dari celah buku itu. Dalam tangisnya, Lili tersenyum.

Tadi Lili keluar dengan Aiza untuk ke klinik. Dia disahkan hamil, baru sahaja masuk minggu ketujuh. Aiza yang teruja pantas sahaja meminta pada doktor supaya ultrasound scanning dijalankan. Siap belanja makan tengah hari, katanya untuk bakal anak buah.

Masuk sahaja ke kafe yang dituju, Firdaus dilihat sedang makan seorang diri. Terus sahaja mereka sapa dan akhirnya makan semeja. Apa salahnya kan, lagi pun esok pagi Fir dah nak fly ke Australia.

"Hahh..." spontan Lili menekup mulut. Baru dia teringat. Fir! Soalan Putra tadi, sikap dinginnya, everything now make sense.

"Put ternampak ke? Mesti dia misunderstood. Yang aku pun bengong boleh tak ingat mamat tu," bebel Lili sendiri. Kepalanya diketuk perlahan.






Setelah seminggu hahahaha... Jibai ahh asal aku rasa chapter ni kelakar dowh? Dia macam... aku ada semua elemen yg aku nak dalam chapter ni, tapi flow dia tak smooth.

Ah, mampus ahh!

Liliput ✔Where stories live. Discover now