35

19.8K 999 39
                                    

"Sayang, nak tau satu benda kelakar tak?"

"Hmm?"

Ringkas je soalan Lili. Tak bunyi satu syllable pun. Iyalah, buat apa tanya panjang-panjang. Lili tengah sibuk berperang depan kuali ni, Putra sedap je bertenggek atas kaunter sambil minum milo ais dan mengunyah biskut Tiger.

Milo tu pun Lili jugak yang bancuhkan. Duh!

"Ala Lili ni... Tak enthusiastic la!"

"Ahh! Takde enthusiast ke hantu-sias ke, abang tu tepi! Orang nak letak mangkuk ni," bebel Lili dengan muka stres.

Stres weh menghadap mangkuk ayun ni hari-hari!

Api dapur dimatikan sebelum pinggul Putra ditepuk kuat. Saja, geram. Pinggan yang tersusun cantik di rak atas cuba dicapai namun gagal. Implikasi tak cukup kalsium.

Lili mengeluh. Malasnya nak ambil kerusi walaupun jarak kerusi dengan dia tak sampai dua meter pun.

"Pendek!"

"Aww!" mengaduh gadis itu dibuatnya apabila punggungnya ditampar. Ala, pukul manja je.

Putra yang sudah mencapai dua biji pinggan itu terus mencedok chicken fettuccine alfredo dari dalam pan. Ketika berpaling mahu membawa pinggan-pinggan tersebut ke meja makan, Lili di sisinya dilihat masih tayang muka masam.

Elelele....

"Ni kenapa muncung-muncung ni?"

"Sakit. Apa cepuk-cepuk macam tu?!"

Lelaki itu tertawa senang sebelum bibir Lili dikucup sekilas. "Abang geram!" bisik Putra sambil tersenyum sinis.

Lili yang mendengar dah tarik muka geli. Eeuuuuwwwww.... dasar cowok mesum!

Selesai sahaja membaca doa makan, dua-dua makan macam tak ingat dunia. Well, food is life.

"Ala, Lili ni... abang baru ingat. Abang tak habis cerita lagi yang kat dapur tadi, yang abang nak cerita tu,"

"Cerita la bang, cerita. Untuk abang, semua boleh!"

Putra buat muka geram. Bukan dia tak dengar kemain Lili emphasize perkataan 'abang' tu. Kuat game menganjeng budak ni!

Pulak tu selalu je telinganya tertangkap Lili yang tersasul memanggilnya dengan nama. Haish, budak ni!

"Eh, diam pulak? Tadi menggelibas nak cerita sangat,"

Sengih tayang gigi dihadiahkan buat Lili sebelum Putra memulakan cerita. "Siang tadi, cuba teka siapa ride abang?"

"Gay couple?"

Putra mengangkat kening. Lili cuba buat lawak ke? Namun gadis itu memulangkan sengih.

"Pewdiepie?" tekanya lagi.

"Lili..."

"Najib?"

"Ala, betul-betul la! Teka la betul-betul!"

Lili rasa nak lempang orang. Putra ni bila dirasuk jembalang gedik, macam mintak kaki lagaknya. "Mana Lili tahu, ingat kat rumah ni ada bola kristal ke boleh tengok abang tengah buat apa?"

"Hish, tak seronok la Lili ni. Tadi Bella Ridzwan naik Uber dengan abang,"

"Founder Black Rose tu? Uish, orang famous naik Uber. Selfie tak?"

Putra dah tarik muka prince charming dah. Sila sediakan plastik untuk dialog Putra ni. Takut muntah.

"Abang kan suami mithali. Mana boleh selfie dengan ajnabi, ada syaitan kat tengah,"

Liliput ✔Where stories live. Discover now