20

19.3K 1.1K 70
                                    

Jemarinya ligat berlari di atas skrin telefon bimbit. Takut sangat ada terlanggar mana-mana kereta api atau palang dalam permainannya. Subway Surfers je pun padahal.

"Kau ni dari tadi tak bercakap. Mogok ke dengan aku?"

"Maunya tak mogok? Kau main hon depan rumah aku tadi, bangang," jawab Lili mendatar. Matanya masih melekat pada skrin telefon namun dalam kepalanya penat menyumpah Putra.

Dah la buat benda bodoh. Tanya pun soalan bodoh.

"Ala, sorry la. Dah kau, aku dah cakap kan nak kau temankan aku? Kau tak siap-siap, aku hon la banyak-banyak,"

"Masalahnya aku dah cakap aku tak nak ikut kan? Urghh! Nak dating tak payah ajak aku kut!"

Oh shit, tak sempat elak train! Home button ditekan sebelum skrin telefon itu bertukar gelap. Lili mengeluh sambil membuang pandang ke luar tingkap. Sedaya upaya ditahan sabar menghadap member yang sorang ni.

Alyssa tu nak jumpa Putra. Yang pergi heret Lili sekali ni apahal?

"Kau tahu tak kau ni safety bunker aku? Bila dengan kau, aku rasa selamat je, sebab tu kau kena temankan aku. Mana tahu tiba-tiba perempuan meroyan tu nak rogol aku, sia-sia je aku teraniaya,"

"Cerita jijik apa yang kau sedang karang ni?" pandangan penuh skeptik dilontarkan pada Putra.

Hanya sengih ditayang pada Lili sebelum fokusnya kembali kepada pemanduan. Perjalanan mereka lancar sahaja hingga sampai ke kafe yang Alyssa tetapkan.

Sebaik sahaja menarik handbrake dan melepaskan tali pinggang keselamatan, Lili di sisinya dipandang. "Nak tahu tak sebab apa aku ajak kau teman?"

"Hmm?"

"Sebab..." Putra menyelukkan tangannya ke poket di belakang seat Lili. Sepasang knitted gloves berwarna hitam dan merah jambu dihulurkan pada gadis itu. "...aku nak ajak kau dating lepas ni. Aku jumpa Lyssa kejap je,"

Lili mencapai sarung tangan yang dihulurkan Putra dan dibawa ke pipi. Hihihi~ hangat! "Nak main ice-skating ke?" 

Tak dapat ditahan langsung senyum dari terukir di bibir Putra. Comel betul melihat mata Lili yang bersinar-sinar penuh keterujaan itu.

"Nahh... what if, Snow Walk?"

"i-City?"

Melihatkan anggukan Putra hampir sahaja membuatkan Lili mahu menjerit sambil memeluknya. Haipp, jangan risau! Lili mungkin teruja, tapi belum cukup gila nak memeluk anak teruna orang.

"So sementara aku menghadap manusia yang siram kau dengan air hari tu, kau tunggu sini diam-diam like a very good girl, okey?"

"Kau jangan nak ungkit kes aku mandi air oren tu eh? Aku tumbuk kau kang!"

Lelaki itu hanya ketawa melihat Lili dan menumbuknya sambil keluar dari kereta. Tangan halus macam tu ada hati nak tumbuk orang!

Lili pula hanya mampu mencebik geram sahaja apabila melihat Putra yang sudah meninggalkannya sendirian di dalam kereta. Tangannya laju sahaja menekan butan 'on' pada radio dan mengurangkan kuasa pendingin hawa. Putra ni kereta dia pun dah sejuk macam Artik.

Setelah beberapa lagu habis diputarkan di radio disertai bebelan deejay, barulah Lili nampak batang hidung Putra keluar dari kafe tersebut. Itu pun sambil dipapah... Alyssa?

Ah, sudah! Dah kenapa ni? Mahu tak mahu, Lili keluar juga dari perut kereta. 

"Put, are you okay?"

Teguran Lili ternyata membuatkan Alyssa yang sedang memapah Putra itu terkejut. Wajahnya pucat, sungguh tak menyangka kehadiran Emiliya di sini pada waktu ini. "Err... dia tiba-tiba pening. I nak hantar dia balik ni,"

"No," pautannya pada Alyssa dilepaskan sebelum dia berpaut pada Lili pula. "Li, take me home. I don't feel well,"

"Weh, apa ni pegang-pegang?!" soal Lili panik. Gila kau tak panik tiba-tiba mamat ni peluk dia, apahal?

"Amry, I rasa biar I je la hantar you balik," ujar Alyssa masih cuba menarik lengan Putra namun lelaki itu pantas menepis. Segera lengan Lili ditarik menuju ke kereta, meninggalkan Alyssa yang masih kelihatan pucat.

Baru sahaja Putra ingin membuka pintu sebelah pemandu, Lili sudah menghalangnya dan menolak tubuh lelaki itu ke bahagian penumpang. Tak rela nak biar Putra yang nampak macam orang mabuk ni memandu. Ada sia-sia masuk gaung je karang.

Sebaik sahaja duduk di seat pemandu, Putra di sisinya sudah membaringkan seatnya. Lengannya dibawa ke muka, menutup mata. Jelas di mata Lili, lelaki itu nampak berpeluh dan kulitnya berona merah. segera suhu pendingin hawa diturunkan. 

Panas sangat ke mamat ni?

"Kau ni, apa-apa dulu boleh tak pakai seatbelt? Kalau accident kang siapa yang susah?" 

Sempat lagi Lili membebel sambil tangannya menarik tali pinggang keselamatan Putra dan direntang pada tubuh lelaki itu. Dalam pada itu telinga jelas dapat menangkap nafas Putra yang agak berat dan termengah-mengah. Lili tak habis fikir. Macam mana dalam tak sampai 15 minit Putra masuk ke kafe berjumpa Alyssa boleh demam macam ni?

"Weh, kau okey tak? Nak pergi klinik?"

Putra mengalihkan lengannya dari muka lalu wajah Lili dipandang dengan matanya yang kuyu. Nafasnya naik turun tidak sekata, hanya wajahnya kekal bingung memandang gadis itu.

"Your smell is so sweet," bisiknya dengan sura yang serak.

Liliput ✔Where stories live. Discover now