41

20.6K 1.1K 173
                                    

Sorry la kalau chapter sebelum ni fast forward sangat. I ni pemalas gaiss.

"Sorry lambat. Photoshoot pagi tadi tak ikut schedule, habis drag semua schedule I hari ni. Ranap!"

Bebelan Bella sebaik sahaja menarik kerusi untuk duduk di hadapannya disambut tawa oleh Amry Putra. Perempuan, ada je benda nak dibebelnya.

"It's okay la. Biarkan I jadi penunggu,"

"Eii... tajuk novel! Choii!" sahut Bella sambil ketawa. Sakai betul bila masuk mod jiwangnya.

Ye la, selalunya Amry jiwang bila menyanyi je.

"You lambat sangat, I dah orderkan untuk you. Tapi tak tahulah you suka ke tak. Sorry,"

"Nahh... okey la ni," jawab gadis itu sambil mencapai sudu dan garpu.

Untuk beberapa minit pertama, mereka berdua fokus pada makanan. Mestilah fokus, lapar kut! Tapi ini Melayu! Mana boleh makan senyap-senyap, kita kena berborak.

Bak kata omputih, bonding over food.

"So, how's your week?" soal Bella sebelum meneguk minumannya.

Amry yang masih mengunyah hanya membuat mimik muka berfikir. Setelah itu mengangkat bahu pula.

"Biasa je. Tak busy sangat, alhamdulillah, so I spend more time on our bistro. How about you?"

"Damn hectic!"

"Oii, mencarut!" tegur Amry sambil membulatkan matanya. Haishh!

Gadis itu menayang sengih sahaja pada Amry. Sedar keterlanjurannya. "Sorry. It's just, penat..."

"Takpe la, itu kan rezeki," pujuk Amry lembut. Jus epalnya disedut dengan straw. Lega dapat air sejuk tengah-tengah panas macam ni.

"Ermm... Ry, can we take this relationship one step further?"

"Maksud you?"

Bella mengeluh lemah. Sudu dan garpunya dilepaskan dari tangan. Amry ni tak faham ke, saja buat-buat tak faham? Kadang-kadang sampai Bella rasa nak menyerah dengan sikapnya.

Tapi give up sekejap je la sebelum telad dikumpul kembali. Duduknya ditegakkan semula menghadap Amry.

"I'm not young anymore, Ry. I'm 27, I want to get married, have a family. You know what I mean, right? Don't play dumb la,"

"Yeah, I know," ujar Amry. Dia pula yang lemah kali ini.

Ini bukan kali pertama Bella membangkitkan soal perkahwinan dengannya. Sepanjang lima tahun ini dah tak terhitung berapa kali isu ini berbangkit. Dan setiap kali itu jugalah jawapan Amry sama.

"Tapi you tahu kan I dah kahwin? Dah ada isteri, dah ada anak,"

Dan selalunya ayat ini mematikan terus hujah Bella. Namun sayang, hari ini tidak seperti selalu.

"Isteri nusyuz yang tinggalkan you for years? Anak yang you tak pernah jumpa? Amry, it has been five years! For all these years, I yang ada dengan you, I yang tengok jatuh bangun you. Please, Ry,"

Amry Putra menggeleng lemah. Lemah dirinya terasa apabila kenyataan itu dicampak ke mukanya.

"No. I'm sorry, Bell, but no. You cantik, you pandai, you dah berjaya. You deserve some one better. Banyak lagi lelaki dekat luar sana nak dekat you,"

"Tapi I nak you! Please, Ry. I janji I tak paksa, but give me a chance. You dah banyak kali jumpa parents I, so let me meet yours. And from that, we'll see where the flow will take us to. Alright?"

Liliput ✔Where stories live. Discover now