53

8.7K 394 50
                                    

LEPAS discharged dari hospital, Ayen dibawa balik ke rumah Mama Nita. Kononnya sebab hari tu dah ibu sendiri yang jaga, so kali ni giliran Mama Nita pula. Sebenarnya Ayen tak kisah pun rumah mana satu. Nama pun rumah sebelah je, memang sah la dua orang wanita tu akan 'bergabung' tenaga mengawasi Ayen.

Dan Ayen masih tak ada peluang untuk bercakap dengan Shin lagi sejak malam tu. Memanglah Ayen dihantar balik ke rumah mamanya tapi Shin tak ikut sekali. Shin balik ke rumah mereka macam biasa.

Ayen tak tanya dan tak nak fikir yang bukan-bukan. Sebab dia dah belajar daripada kesilapan dia sendiri. It's not good to jump into her own conclusion. Sebab what we see is not exactly what really happen.

Kaki Ayen terjongket tinggi. Tangannya juga dipanjangkan untuk mencapai bungkusan di dalam kabinet itu namun tak berjaya. Terus dia memuncungkan bibir. Dah banyak kali Ayen cuba nak ambil, asyik failed aje.

Haih... sejak bila Mama Nita letak mi segera kat tempat tinggi ni. Ke Ayen tak sedar yang dia semakin pendek?

"Ayen nak ambil apa?"

Suara itu membuatkan Ayen terkejut. Pantas dia berpaling ke belakang sebelum wajahnya terlakar riak lebih terkejut apabila melihat Shin berdiri beberapa langkah di belakangnya.

"Abang! Kenapa abang ada kat sini?"

Shin ketawa kecil dengan soalan Ayen.

"Eh eh, rumah parents abang." Shin balas dengan soalan semula.

"Tapi abang kan..." Ayat Ayen tergantung kerana dia masih terkejut dengan kemunculan Shin di situ.

"Ayen nak ambil apa benda kat atas tu?" Diulang semula soalan awal-awal tadi sambil kepalanya mendongak memandang. Tapi Shin tak nampak apa kecuali bungkusan mi segera.

"Ayen nak ambil Maggi eh?" Shin mula mengecilkan matanya.

Gulp! Ayen menggaru leher sendiri. Jelas-jelas dah caught red-handed.

"Are you trying to eat instant noodles eventhough you just got discharged few days ago?"

Oh tidak! Ayen kenal nada suara itu. Nada suara apabila Shin nak marah.

"Tapi Ayen lapar." Dia pegang perut sendiri, buat muka kesian.

Dalam hati dah berbakul rasa penyesalan. Kenapalah dalam banyak-banyak waktu, waktu ni juga Shin nak balik. Beberapa hari lepas tak nak balik pula. Tak faham betul Ayen. Masa-masa Ayen nak buat jenayah 'curi-curi makan maggi' ni juga Shin nak muncul.

"Ada lagi banyak benda lain boleh makan kan?"

Ayen menarik muncung, lagi sekali. Sedih betul bila niat nak membaham maggi tak kesampaian.

"Tapi..."

"Itu 'tapi' Ayen yang ketiga dah sejak tadi. Apa lagi Ayen nak bantah?" Shin silangkan tangan ke dada. Saja tunjuk serius.

"Ayen betul-betul lapar la, abang. Mama dengan ibu asyik paksa Ayen telan ubat herba yang pahit. Sampaikan mulut Ayen pun dah rasa semacam." Dia mengadu. Shin ni pun. 'Tapi' orang pun dia nak kira. Cis!

"Ayen nak makan tu."

Masa ni bukan Ayen fikir pun masalah dia dan Shin yang masih tak settle lagi. Dia terbayang maggi yang dah siap dimasak tu je. Mengingatkan itu, perutnya seakan berbunyi hantar isyarat lapar.

"It is not good for your health." Full stop. Nada suara Shin bernada sebegitu sambil dia bergerak lalu menutup terus pintu kabinet yang tadinya dibuka oleh Ayen dengan susah payah.

Hikayat Pintu SebelahOù les histoires vivent. Découvrez maintenant