13

4.9K 371 24
                                    

"AYEN!"

Laju Ayen menoleh. Encik suami yang panggil, wajiblah jawab cepat. Cuba kalau orang lain yang panggil, haram jadah nak menyahut.

"Ye abang?" Wajah Shin dipandang pelik.

Shin sarung selipar lalu berlari anak mendekati Ayen yang sedang main phone kat tepi kolam buatan mama Nita kat halaman. Kat luar tu memang ada meja dan kerusi untuk duduk.

"Abang dah kenapa teruja ni?" Ayen bertanya pelik.  Sungguhlah pelik. Shin nampak excited pula tiba-tiba. Ditangannya sedang memegang sesuatu yang Ayen tak pasti apa.

"Meh buat eksperimen."

Dahi Ayen berkerut halus. Tak beralih pandangannya daripada Shin yang dah duduk disebelahnya. Lupa sudah pasal status yang baru nak di-update kat Facebook tadi.

"Eksperimen apa pula ni?" Kalau tengah dalam lab, logik kut nak buat eksperimen. Ni kat halaman rumah yang aman damai ni tetiba nak buat eksperimen, dah kenapanya? Mengigau ke apa Inche Somii Ayen ni?

"Eksperimen cara-cara memakai shawl sekaligus tutorial mengajar seorang Ayen melilit shawl."

Ayen tayang muka toya. Dah kenapa pula la Shin ni. Tetiba jadi tenaga pengajar cara-cara memakai shawl pula ke?

"Tadaa!" Shin bersuara teruja sambil mengeluarkan dua tiga helai shawl pelbagai warna daripada bakul yang dia bawa keluar tadi. Dihamburkan di atas meja yang sememangnya kosong itu.

"Ya ampun... Mana abang dapat semua ni?" Ayen kerut dahi lagi untuk kesekian kali.

"Mama beli untuk Ayen."

Terkejut. Ewah, reaction queen sangat Ayen ni. "Serius?"

"Yalah. Dah tu, takkan mama beli untuk Aril atau abang pula?" Shin balas dengan mata dijegilkan, geram.

"Kenapa mama beli?"

Shin sikit lagi nak tepuk dahi dengan jawapan itu. "Takkanlah nak buat lapis meja kut, Yen. Ni untuk menantu dia pakailah."

Okey... kembang setaman dalam hati dengar abang Shin cakap macam tu. Entah apa je la Ayen ni. Itupun nak terharu. Nampak sangat mudah tersentuh. Ececeh...

"Ewah... baiknya mama mertua kite," getus Ayen.

Shin mencebik. Macamlah dia tak tau yang mama memang sayang lebih kat dia sejak azali. Kalau tak sayang,  takkanlah mama ambil jadi menantu.

"Dahlah... meh cepat sini abang nak ajar." Shin menggerakkan kerusinya supaya dekat dengan Ayen. Dan kemudian, kerusi Ayen pula dipusingkan supaya menghadapnya.

Hah... tengok. Dia tunjuk dingin dengan Ayen, konon Ayen ni adik, tapi dia juga yang duk tunjuk sweet gestures. Macam mana tu? Ceh... Tak lain, pengaruh drama Korea la ni. Tak sangka abang Shin pun kena pengaruh K-wave.

"Ayen pakai anak tudung kan?" Bagaikan meminta kepastian, Shin bertanya. Tapi sambil itu tangan dah membuka pin tudung Ayen untuk membuka tudung bawal yang dipakai Ayen.

Hanya angguk tanpa bersuara bagi menjawab soalan itu. Mata Ayen lebih fokus pada skrin telefon pintarnya.

"Eh, Puan Ayen. Tengok sinilah... Kite nak ajar dia, dia sibuk dengan phone. Mesej pakwe ke tu?"

Erk? Terhenti gerakan jari yang sedang menaip mesej pada Fara. Pantas telefon diletakkan atas riba. Wajah Shin dipandang tepat.

"Abang nak Ayen pandang abang je la ni?" Ayen tersengih nakal.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now