DETIK 7

22 1 1
                                    

Aku sedih. Rasa macam diri ni takguna.Aku seolah okah bukan kebanggaan sebuah keluarga. Aku belajar di IPTS. Semua belanjawan ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa kecuali yuran tuisyen.Cecah hampir beribu tuisyenku.Bila final mula menghampiri uni aku mulai keluarkan arahan untuk langsaikan pembayaran yang belum dilangsaikan. Aku pergi ke bangunan pentadbiran dan menyoal tentang baki yang perlu kubayar.Allahuakbar hampir 2K.Mana aku mahu cari sebelum hujung bulan ini? Aku mulai mengira gira baki wang di akaunku.Aku jarang cucuk.So aku lupa baki aku ada berapa. Alhamdulilah ada tapi tak banyak.Aku perlu tolak dengan yuran MUET aku dan aku ada baki RM500 dalam bank. Waktu tu aku takfikir makan aku.Maggi banyak.Air suam ada.Itu dah memadai.Aku beritahu ibuku agar wang itu untuk bayar tunggakanku. Ibu ku seorang ibu tunggal. Kami bukan keluarga yang senang.Aku jadi tak sampai hati bila ibu tanya tarikh akhir buat pembayaran. Sebak jadinya. Kalau boleh aku mahu bekerja tetapi aku risau pelajaran aku. Tapi aku nekad untuk guna wang RM500 untuk bayar.Nak dijadikan cerita,rezeki menyebelahi aku.Ibu telefon aku petang tu. "Kakak support yuran kamu tu.Belajar rajin rajin ya. Get a good result.Duit baki simpan" Allahuakbar sebaknya aku dengar. Aku ucap terimakasih takterkira banyaknya.Terimakasih ibu dan terimakasih kakak. Aku akan dapat gelaran dekan buat lagi sekali! Insha Allah

DetikWhere stories live. Discover now