Detik 5

26 2 0
                                    

DUIT. Banyak duit semua benda kau boleh beli. Barang yang harganya tinggi kau mampu miliki,inikan pula ego yang melangit. Dulu aku tak percaya orang banyak duit ni bongkak dan ego. Tapi lepas aku alaminya sendiri baru aku sedar. Peritnya satu penghinaan. Beza aku dengan dia hanyalah wang ringgit. Aku percaya rezeki dia datang lebih awal daripada aku. Tapi perlu sikap riak itu hadir dalam diri? Dimana nilai kemanusiaan kau sebelum ni? Kau dianggap malaikat oleh para pemiskin tapi rupanya kebaikanmu mahukan nama semata. Adakah matimu akan dikapankan dengan hartamu? Kuburmu disiram dengan wang ringgit yang kau usahakan semasa kau hidup? Tuhan memberikan kau pangkat dan nama. Mengapa harus menghina orang bawahanmu? Kau dengan dia hamba. Even Tuhan tak pernah melayan hambanya secara pilih kasih. Sedarlah. Wang itu hanyalah not kertas yang takmampu menolongmu saat kau dipersoal. Mata wang jatuh mampu ditingkatkan,tapi nilai budi yang jatuh apa caranya?

DetikWhere stories live. Discover now