13

6.3K 347 17
                                    

Aku menolak pintu bilik pengetua tanpa diketuk.Dah reti panggil aku buat apa aku nak ketuk bagai?Bukannya aku pernah ketuk bila masuk bilik dia.

Aku ternampa kelibat seorang lelaki berkot kelabu sedang bercakap dengan mak cik.Aku hanya mendengus dan mencampakkan diri di sofa,dan terus membaringkan tubuh sambil mula mencucuk earphone kedalam phone dan menyumbat benda yang dua ekor tu dalam telinga.

"Khairiena !Ni tetamu Cikgu ,Abang Am.Dia akan ketuai satu kem dekat sekolah kita"Makcik memulakan kata-kata dengan jelas perkataan yang ditekan agar aku beradab dihadapan tetamunya.

But tu tetamu dia kan?So what?

"So?"Satu patah perkataan yang tak pernah dijangka oleh mana-mana guru yang akan muncul dari mullut pelajar meluncur laju dari mulut aku.Weh,pernah pula aku beradab dengan sesiapa?

"So you as a student need to join this camp"Kata Makcik sambil tersenyum simpul.

"Are you kidding me?Apa yang buatkan CIKGU fikir SAYA akan ambil bahagian dalam kem ni?"Soal aku dengan nada suara datar dan mata mula aku redupkan dan memandang tepat ke arah mak cik.

"Am,kamu boleh keluar dullu"Sebaik sahaja abang Am keluar.Pantas kaki aku melangkah ke arah mak cik.

PAP!

Tak bukan PPAP tapi bunyi meja yang aku ketuk untuk menahan marah.Terdapat sedikit kesan retakan di meja.Eh kisah apa aku ?!

"Mak cik fikir apa hah?Makcik tahu Khai takkan pernah pergi kem sejak kejadian tu kan!"Suaraku menjadi kasar.Nada yang aku gunakan juga tinggi.

Tapi makcik kekal berkeadaan tenang.

"Ya makcik tahu tapi kita buat dekat sekolah bukan dekat hutan"

"Bukan masalah dekat hutan makcik tapi kem!Khai benci kem mak cik faham tak?!Mak cik saja nak gunakan kelemahan Khai ke apa?!"Ya,aku ada pengalaman buruk masa kem.Masa kem aku hilang family aku masa umur aku 8tahun.Masa kem jugaak balik rumah tak ada orang.Aku hilang keluarga aku masa pergi kem!

"Ya,kamu bijak koko kamu juga baik tapi kamu perlukan sijil kem untuk sokong keputusan kamu"

"Dan apa yang buat mak cik fikir Khai kisah pasal keputusan exam Khai?Apa yang buat mak cik fikir yang Khai nak masuk universiti?Khai tak pernah belajar pun selama ni mak cik pun tahu benda tu kan?!"Aku mula hilang sabar .Bukan sebab aku tapi mak cik yang dah macam hilang akal cuba cabar kesabaran aku.Aku hampir sahaja mengeluarkan barang yang berada didalam sampul coklat.Hampir sahaja aku bunuh mak cik .Heh,tak kisah pun aku memang akan bunuh juga dia ni,tapi nanti.Lepas aku 18 tahun.

"Mak cik tak kisah mak cik nak kamu masuk kem yang mak cik aturkan untuk kamu .Mak cik tak kisah apa yang terjadi.Kalau kamu taknak mak cik jual share yang makcik ada,kalau kamu taknak mak cik turunkan nama kamu dari jadi pemilik syarikat ayah kamu baik ikut apa yangmak cik cakap"

"Dan apa yang mak cik anggap Khai akan buat?Mak cik ingat Khai kisah ke pasal semua benda tu?Khai boleh hidup tanpa benda tu semualah mak cik!"

"Tapi hanya itu sahaja peninggalan yang ayah kamu beri selain dari rumah.Kamu akan menyesal bila dah besar."

"Khai dah faham apa guna semua tu.Khai bukan budak kecil tapi faham tak khai taknak pergi kem!"

"Kalau macam  tu nyawa Adam dalam bahaya"Aku terkaku.Adam?Adame ?

"Maksud makcik?"Aku menyoalnya teragak-agak .Apa maksud dia?

"Makcik tahu Adam main dadah.Kalau kamu terus berkelakuan macam ni.Mak cik akan hantar Adam ke balai polis.Walaupun dia anak mak cik .Mak cik kena berlaku adil kan?Lagi pun mak cik dengar .. kamu nak graduate dengan Adam dekat sekolah ni?"Takguna!Mak cik takguna!

Hi Abang PengawasWhere stories live. Discover now