MukaSurat 1

593 22 3
                                        

"Gol!! Yeahh!!"

Aku melompat kegembiraan selepas dapat menjaringkan gol pada minit yang kritikal. Aku harap itulah gol kemenangan pasukan aku kerana masa perlawanan hanya berbaki beberapa saat saja. Bola dikembalikan ke tengah gelanggang dan permainan diteruskan. Pengadil perlawanan sudah mula melihat jam, kemudian wisel penamat ditiupkan.

"Prittt!! Pritt!! Pritt!! Pritt!!!"

Permainan tamat. Semua pemain, penyokong serta pihak pengurusan pasukan aku bersorak gembira. Kami berpelukan sesama sendiri. Sekilas aku memandang pasukan lawan melangkah lemah keluar dari gelanggang. Cepat-cepat aku berlari mendapatkan kapten pasukan itu yang berjersi nombor 26. Aku tepuk bahu dia dan berkata.

"Hei, nice game. Thanks!"

"Yeah. Congrates!"

Kami berpelukan tanda semangat kesukanan sebelum dia melangkah keluar. Aku terus berjalan mendapatkan Zet, Shae, Nicole, Leez dan Iky, teammate aku sebelum terpandang seseorang kat luar gelanggang.

Aku perasan ada seorang lelaki tengah memandang ke arah aku. Aku tak pasti memang dia pandang aku atau aku cuma perasan dia tengah pandang aku. Bila dia perasan aku pandang dia, dia terus tersenyum sambil menunjukkan isyarat 'Good!' dengan ibu jarinya. Aku membalas senyuman itu dan mengangguk sedikit tanda terima kasih sebelum mengalihkan pandangan daripadanya. Aku perasan lelaki itu tak ada gaya pemain futsal. Dia galas satu backpack tapi takde nampak gaya student pun.

'Ah! Lantak la. Buat apa aku nak kisahkan lelaki tu. Baik aku pergi celebrate dengan budak-budak ni. Women Futsal Sheffield College Cup, you are ours!'

Bisik hati aku. Kemudian, Leez bersuara, memberi idea.

"Weyh! Malam ni celebrate jom!"

"Yeay! Kat mana? Kat mana?"

Shae bertanya.

"Kat port biasa lah. Makan-makan kat Gasoline.."

"Weyh! Asyik makan kat situ je. Apa kata kali ni kita celebrate kat club nak? Yang kat Jalan Abdul Rahman tu."

Nick cuba membantah dan menyatakan ideanya pula. Nampak sangat kegembiraan kat muka masing-masing. Aku senyum je mendengar plan diorang nak meraikan kemenangan ini.

"Eh, korang ni over tau. Kapten kita tak cakap apa-apa pun. So, kapten. Apa pendapat kau merangkap top scorer team ni? Celebrate kat Gasoline ke kat club?"

Zet meminta keputusan daripada aku.

"Oh, ingatkan korang tak nak tanya tadi. Haha... Kita pergi Gasoline la. Makan-makan. Lapar ni. Nick, club tu kita pergi next time la. Hari ni lapar plus penat. So, kita makan-makan je la."

"Orait! No hal."

"Aaa.. Iky, kau call abang macho kau kat Gasoline tu, kita booking satu meja."

"Ok!!"

Semua bersorak gembira. Tak lama itu, majlis penyampaian hadiah berlangsung. Pasukan aku, StarStruck, tempat pertama, RedDragon FC kedua dan TheAdrenaline tempat ketiga. Selesai semua acara penyampaian hadiah, kami mengemas apa yang patut sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Sebelum melangkah keluar dari dewan, aku terperasan lelaki tadi masih duduk kat tempat yang sama sambil memegang kamera DSLR. Dia mengambil beberapa gambar gelanggang yang digunakan untuk pertandingan tadi. Aku rasa macam nak tegur dia tapi,

'Ah! Biarlah. Bukan aku kenal dia pun.'

Hati aku bersuara membantah kaki aku untuk berjalan menuju ke lelaki itu. Aku terus keluar menuju ke kereta dan pulang ke rumah. Sampai kat rumah, aku terus masuk ke bilik selepas melihat housemates yang lain takde dan menghempaskan badan ke atas katil. Badan aku terasa sangat letih dan tanpa aku sedar, aku terlelap.

Tiba-tiba...


*****

KAU + AKU = KITAHistorias para obsesionarse. Descúbrelo ahora