Aku cuba untuk bangun. Dalam keadaan aku yang masih bertelekung, sedikit sebanyak membataskan pergerakan aku. Malah, kepala aku terasa amat berat. Aku tidak tertahan. Lalu perlahan lahan aku merebahkan diri aku, di atas hamparan sejadah yang masih terlentang kemas di hadapan aku.

Aku mengiringkan badan menghadap ke kanan. Kalam suci Allah itu masih aku peluk erat di dada. Terasa seperti sedikit sebanyak, beban aku itu hilang.

Memang benar kata orang, mengadu dengan Allah. InsyaAllah Dia akan dengar.

Dan InsyaAllah, Dia tidak akan sesekali membiarkan kita terkapai kapai tanpa bantuan.

Mata aku kabur. Kepalaku terasa seperti dihentakkan oleh batu. Aku memejam mata, rapat. Berharap di hati agar sakit apa yang sedang aku lalui ini, tidak akan berlanjutan.

Perlahan lahan aku berasa lemah. Kudrat ku sebagai seorang manusia rasanya direntap begitu sahaja. Namun aku tidak berhenti, membasahi bibir aku dengan memuji nama suciNya.

Perlahan lahan juga, kalam suci itu terjatuh, disisi aku.

-----------------------------------------------------------

'Kenapa pandang abang macam tu? Macam nampak hantu je Maira' Alif tersenyum sambil membetulkan kedudukan topinya yang agak senget dikepala.

Mata Humaira masih tidak lagi berkelip.

'Of course lah terkejut, abang. I.. I am.. missing you like hell much!'

Humaira meluru ke hadapan untuk memeluk Alif yang sedang berdiri betul betul di hadapannya. Dirangkul kemas dada Alif. Pelukan itu semakin erat.

Dan Humaira menangis.

'Hey, whats wrong?' Alif bertanya kepada Humaira.

'No I thought I wont see you again, abang. Eventhough abang dah balik sini lama dah but inilah kali pertama Maira jumpa abang after two years'

Perlahan lahan Alif melepaskan pelukan Humaira. Dia berasa kekok tapi tidak pula dia memberitahu Humaira.

Lalu diberikan sebuah senyuman.

'Abang okay, kan? Tengok pun dah tahu'

'Ya, I know. Im glad that you were here and dah sembuh' Humaira menyeka air mata yang mengalir dipipi. Jelas terpancar riak kegembiraan di mukanya.

'Dah, jom masuk. Lapar dah ni'

Tanpa menunggu pelawaan Humaira Alif laju sahaja masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Humaira yang masih berdiri di hadapan pintu.

'Haih, abang Alif. Bab makanan, nombor satu'

Humaira menggeleng, perlahan. Lalu segera mempercepatkan langkah menuju semula ke dapur.

-----------------------------------------------------------

'Yassin.. Walquranilhakim..'

Sayup sayup kedengaran suara sesorang sedang membaca surah yassin itu. Aku cuba untuk membuka mata aku. Ingin tahu di mana aku berada sekarang.

Perlahan lahan aku mengangkat kelopak mataku. Sinar lampu kalimantang yang menerangi bilik itu sedikit sebanyak membataskan penglihatan aku.

Dan aku lihat Aki sedang tekun membaca ayat suci itu, di sebelah aku.

Aku memegang kepala aku. Sakitnya yang bukan kepalang membuatkan aku tidak boleh bangun.  Aku meraih lengan Aki. Di genggam kuat.

Aki menoleh ke arah aku.

'Ya Allah, Rara. Alhamdulillah. Dah sedar pun' Raut wajah Aki yang aku lihat sentiasa tenang mendamaikan hati aku.

Perlahan lahan dia meletakkan tangan aku semua di atas katil.

Selimut yang menutupi badan aku Aki kemaskan. Ditanggalkan jaket yang sedang dia pakai, lalu meletakkannya di atas dada aku.

'Wait, okay? I will call the doctor.'

Aki hilang dari pandangan aku.

Aku cuba untuk duduk. Memandangkan sakit kepala itu semakin berkurangan. Jaket Aki yang masih di dada aku, aku peluknya dengan erat.

Entah mengapa aku rasa rindu.

Bau minyak wangi yang Aki selalu pakai yang terlekat di jaket itu aku hidu.

Tenggelam seketika dengan perasaan aku saat ini.

Aki muncul semula bersama seorang doktor di sebelahnya. Melihat aku yang dalam keadaan duduk ini cepat cepat Aki menghampiri aku lalu membaringkan aku semula.

'Awak tu sakit. Baring diam diam'

Aku hanya tersenyum hambar.

Aki menunggu aku untuk selesai diperiksa oleh doktor.

'Doktor, kenapa dengan Rara ni?'

Doktor itu sedang ligat menulis sesuatu di buku notanya. Lalu memandang Aki.

'Tak ada apa pun. Rara dalam keadaan normal. Cuma dia terlalu penat. So awak kena make sure that she get enough rest'

Aki menggangukkan kepala.

'Thanks, doctor'

Doktor pun melangkah keluar dari wad aku. Kini, hanya tinggal aku dengan Aki sahaja.

Aki melabuhkan punggungnya kembali di sebelah aku. Tangannya membelai lembut rambut aku.

'What happen to you? Sampai macam ni sekali' Aki bertanya. Nada suaranya kedengaran bertukar serius.

Aku hanya menggeleng.

Aki mengeluh. 'Aki tak suka okay Rara think too much until you harm yourself like this'

Aku mengalihkan pandangan aku daripada terus melihat Aki. Dan secara tiba tiba air mata aku jatuh.

'Aki'  Aku bersuara.

'Ya, Rara?'

'Im so sorry. Sebab buat Aki macam ni. I know that you love me, I can see that. But I cant love you, back. It hurts isnt? I know. Its all my fault, Aki'

Air mata aku makin laju mengalir.

Aki diam. Lama. Dia memusingkan kepala aku supaya dapat melihat wajah aku. Dilapnya air mata aku yang sedang hangat mengalir dipipi.

'Its not your fault, Rara. Aki faham. Falling in love with you is beyond my control. Rara faham kan'

Aku mengangguk. Lemah.

Aki terlalu baik untuk aku. Dan aku masih sayangkan Alif. Dia, dia deserve someone even better than me.

'Its okay, Rara. Its okay'

Tangan Aki meraih tangan aku. Aki menggengam nya kuat.

'No matter how hard I try to not love you, I just, cant. Biarlah masa tentukan semuanya, Rara'

Aku terdiam. Air hangat itu sekali lagi mengalir dipipi.

'And I wont stop loving you. Remember that'

My Peterpan, forever. Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt