Satu

429 11 1
                                    

KRINGGG!

'Alif, tunggu lah Rara. Penat dah ni'

Habis sahaja waktu persekolahan, inilah kerja aku dengan Alif. Dengan beg sekolah yang masih tersandang di bahu, walaupun agak berat dengan buku-buku sekolah. Namun itu tidak menghalang Alif mahupun aku untuk membeli ais krim kegemaran kami. Vanila chocolate.

'Apa dia Rara? Cuba lari betul betul ni tak, lari macam kura kura' Alif ketawa sambil menjelirkan lidah.

'Alif ni.' Muka ku masam mencuka.

'Ish dia ni, meh. Nak apa? Cepat Alif belanja. Sebelum berubah hati nanti.'

Alif hanya tersenyum nakal melihat aku.

Ish Alif ni.  Dah tahu, lagi nak tanya-tanya.

Aku hanya mengerutkan muka ku. Alif memandang ku kosong. Lama mata kami berpaut memandang satu sama lain.

Dan pada waktu itu juga, Alif mengukirkan sebuah senyuman.

Kenapa, aku rasa lain sangat, ni?'

Alif tidak  mengendahkan aku. Lalu dia memesan dua ais krim vanila chocolate. Macam biasa, satu untuk dia, satu untuk aku.

'Alif, dekat sana ada bangku. Jom kita duduk sana'

'Jom'.

Dengan secara tiba tiba Alif memegang tanganku, memimpin aku.
Baru pertama kali dalam hidup aku, baru kali ini dia menyentuh aku.

Aku berdiri membatukan diri. Mukaku merah padam. Aku tidak tahu bagaimana harus melalui situasi seperti ini.

Dup dap. Dup dap.

Alif memandangku, hairan. Lalu dia melihat ke arah tangan aku yang sedang dia pegang erat.

'Alif' Aku bersuara.

'Maafkan Alif, Rara. Alif dah biasa. Alif still ingat Rara yang dulu. Masa kita kecil dulu'

Alif melepaskan genggaman itu.

Belum sempat aku membuka mulut untuk menyatakan sesuatu, Alif mencelah 'Bukan mahram. Yes, I know that'

Aku hanya tersenyum.

Bertemankan sinar mentari yang sungguh indah, di bawah pohon yang sungguh nyaman dan ditemani bunyi burung yang berkicauan, aku disini bersama Alif. Dengan ais krim. Kami mula berbual mesra. Memandangkan hari ini hari terakhir kami menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), kami cuma ingin meluangkan masa bersama sama.

'Ish Rara ni, nak kata kecil lagi tak. Umur dah lima belas perangai macam lima tahun'

Aku terpinga.
Dah kenapa Alif nak tiba tiba membebel ni.

Aku melihat Alif tergesa gesa mengeluarkan tisu dari poketnya. Tanpa memberi apa apa tanda laju sahaja Alif mengelap sisa ais krimku yang melekat dipipi.

Mukaku merah menahan malu.

Pandangan mata Alif masih tidak dilarikan daripada melihat aku.

'Rara'

'Ya, Alif?'

Alif mendekatkan mukanya ke arah mukaku.

Dup dap. What is he trying to do? Gosh.

'Rara tahu tak,  Rara seorang je yang rapat macam ni dengan Alif'.

Aku menutup mataku. Itu sahaja yang aku dapat fikirkan sekarang.

'Always ada untuk Alif, ye lah. Kita dah kawan dari kecil lagi kot. Susah senang Alif Rara ada tau.'

Aku masih lagi diam membisu. Aku dapat rasakan kehangatan nafas Alif di mukaku.

'Rara yakin ke lelaki dengan perempuan, boleh jadi bestfriend je. Not more than that?'

Aku menggeleng.

'Kenapa Alif cakap macam tu?'

Alif mengukirkan sebuah senyuman.

'Maybe I guess I already fall in love with you?'

What?

Alif ketawa.

'Memang seronok tengok Rara cuak macam tu. Tahu pun tak tahu nak react apa AHAHAHHAHA'

Bertuah punya bestfriend. Aku sekeh juga kepala tu nanti.

'Tapi kalau betul?'

Aku memandang tepat ke arah matanya. Lalu aku memegang kedua dua bahu nya.

'Ya, Alif. Rara tidak nafikan. Memang lelaki dengan perempuan tak boleh jadi bestfriend. I wait for this moment for ages Alif, and only now you can say that to me?'

Alif memandang ku seolah olah tidak percaya akan kata kata yang baru aku katakan tadi. Lengan aku digenggam erat olehnya.

'I love you. Rara'

'Then, prove it, Alif.'

----------------------------------------------------------- 
'Aki.  Ada nampak Alif tak dekat kelas tadi? '

Aki menoleh ke arahku.  Memandang ku dengan penuh kehairanan.

'Entahlah Rara.  Dah dua hari dia tak datang sekolah.  Aku try call dia,  dia tak angkat pun'
Aki menyambung semula melakukan kerja sekolahnya.  Tidak lagi mengendahkan aku.

'Um,  thanks.' Aku terus beredar meninggalkan Aki keseorangan di kelasnya.

Mana pula lah Alif ni pergi?  Tak pernah pernah hilang macam ni sekali.  Im worried about you, Alif.

Laju sahaja aku menekan butang telefon.  Mendail laju nombor Alif.

Panggilan tidak bersahut.

Aku melangkah laju keluar dari sekolah.  Terus ke rumah Alif.

-----------------------------–-----–-------------------

'Assalamualaikum,  ibu.  Oh ibu. ' Aku berdiri dengan penuh sabar di hadapan rumah Alif. Risau.  Risau sangat ni.

'Waalaikumsalam. Eh,  Rara.  Mari lah masuk. Alif ada dekat bilik dia.  Pergilah dekat atas'

Tanpa membuang masa,  aku terus menuju ke bilik Alif.  Aku mengetuk pintu biliknya.  Tidak bersahut. 

'Alif? '

Aku melihat Alif terbaring di ata katil. Mukanya tampak pucat.  Matanya lesu.  Cengkung. 

Ya Allah.

Aku mendekati Alif.  Sayu.  Aku merasa kasihan melihat dia seperti ini.  Aku meletakkan tapak tanganku di atas dahinya.  Panas.

'Alif demam,  ya? ' Mata Alif masih lagi tertutup.  Cuma nafasnya sahaja yang kedengaran.

Aku bingkas bangun untuk mendapat air tuam untuk kepala Alif.  Belum sempat aku bangun,  tangan Alif yang terasa panas menggenggam kuat lenganku. 

'Rara'

Aku menoleh.  Melihat mata Alif yang nampak seperti menahan sakit.  Satu senyuman hambar aku hadiahkan buatnya. 

'Jangan tinggalkan Alif,  Rara. '

'Kenapa ni Alif?  Tak pernah Alif sakit macam ni sekali tau.  Please don't make me worry about you'
Aku mengusap lembut rambutnya.  Emtah mengapa laju sahaja air mata aku mengalir.

'Alif sakit.  Rara. Alif tak nak Rara tinggalkan Alif'

'Mana ada Rara tinggalkan Alif. Jangan cakap benda pelik pelik boleh tak? '

Tangan Alif terlepas dari lenganku. 

'Alif?  Alif? Ibuuuu!  Alif buuuuu!'

Alif tidak sedarkan diri. 

My Peterpan, forever. Where stories live. Discover now