Tujuh

256 13 3
                                    

'Rara, kau pergi mana ha?'

Humaira bertanya kepada aku sewaktu aku baru menjejakkan kaki masuk ke dalam kelas. Aku mengangkat sebelah keningku.

'Tadi aku ada hal jap pasal krs. Handle apa benda entah untuk budak junior punya uniform'

Aku menjawab. Disebabkan terlalu letih aku terus sahaja mendapatkan kerusi aku untuk aku duduk walaupun sebenarnya pada waktu yang sama Humaira sedang membebel bebel kerana aku tidak berada dalam kelas hinggalah tiba waktu rehat.

Ish. Caring terlebih. Aku tahulah apa aku buat.

Aku terus meletakkan kepala aku di atas meja. Rasa letih itu masih tidak dapat aku kawal. Yang aku fikirkan sekarang cuma,

Aku nak tidur.

'Woi, kau dengar tak apa aku cakap ni?'

Aku tidak tahu pula yang Humaira masih membebel. Aku pun cuma pekakkan telinga seolah olah tiada apa yang aku dengar.

'Iya, dengar. Dahlah, pergilah rehat Humaira oi. Kang habis pula waktu rehat tak boleh nak makan dah'

Aku jawab. Acuh tak acuh.

'Habis tu kau tak makan? Aku penat tunggu kau kau tak nak makan? Eyy'

Humaira berdiri sambil bercekak pinggang. Aku pula hanya memandang dia dengan muka simpati meminta untuk difahami.

Humaira akhirnya mengalah. Dia mencebik.

'Fine Rara. Aku tahu kau penat. Aku pergi makan dulu. Kau duduk diam diam dalam kelas ni'

'Iya, takecare'

Aku hanya menghantar Humaira melalui lirik mata aku yang memandang dia berlalu keluar dari kelas menuju ke kantin hinggalah bayang bayang dia tidak lagi kelihatan.

Finally.

Baru sahaja aku ingin melelap kan mata, aku dengar seperti ada sesuatu yang diletakkan di atas meja aku.

Aku mendongakkan kepala dengan mata yang seolah olah tidak mahu terbuka. Dan aku lihat ada sebuah bekal berwarna hijau dengan aroma nasi goreng yang dapat aku hidu. Aku juga melihat seseorang sedang membuka bekal tersebut.

Aku menggosok mata. Masih lagi tidak nampak dengan jelas siapa yang berada di hadapanku sekarang ini.

Aki.

Aki menarik kerusi terus duduk di hadapan meja aku. Bekal yang telah dibukanya sebentar tadi digaul gaul dengan sudu. Sambil tersengih melihat ke arah aku.

'Rara, sini makan sikit. Penat aki goreng pagi tadi'

Cili potong dengan kicap yang ada di dalam bekas yang berlainan Aki tuang ke dalam nasi goreng itu. Lalu digaul gaul lagi.

'Aki, masak ke ni?'

Aki merenung ke arah aku. Lalu mengeyitkan mata.

'Iya. Special for Rara. Jenuh juga lah Aki cari resepi dalam google. Maklum lah, first try'

Aku menahan diri aku daripada ketawa.

Buang tebiat ke apa tetiba nak masakkan untuk aku.

Aku pun mula membetulkan posisi kedudukan aku. Sekarang terpampanglah raut wajah Aki yang nampaknya kelihatan agak gembira dan aku tidak tahu mengapa.

Actually, aku pun tak tahu kenapa dengan hati aku,ni.

Hati? Ya. Aku mula berasa pelik terhadap diri aku sendiri. Aku ini bukanlah jenis perempuan yang mudah jatuh hati. Tidak kiralah apa sekalipun yang lelaki itu cuba buat untuk dapatkan aku. Ini semua sebab Alif. Alif kata

My Peterpan, forever. Where stories live. Discover now