NOBODY ©cytypat
PROLOG
"Apa maksud omma dengan cari lagi dua anak omma ?" tanya lelaki muda yang berpakaian kemeja kerja berwarna peach dan duduk berhadapan seorang perempuan berumur 40-an yang dibatasi penghadang besi.
"Kau ni tak faham bahasa kan! Nama ja doktor tapi-"wanita itu mula bangun dan menggegarkan penghadang besi sekuat yang boleh,seperti melakukan kerja yang sia-sia.Sudah tentu besi penghadang itu menang tanpa menaruh tenaga dengan wanita itu
"Chan Hee faham apa yang omma cakap,tak payah omma nak naikkan darah sendiri." Chan Hee dengan tenang memotong percakapan wanita yang merengus kasar. Chan Hee tidak takut mahupun gentar dengan perlakuan wanita itu.
"Cari dua orang lagi adik kamu dan suruh diorang cop pengesahan ini."wanita yang bertindak seperti orang gila tadi duduk semula seraya mengeluarkan beberapa helaian kertas yang digulung dan kelihatan remuk.
"Tch.Buang mas-" Chan Hee senyum sinis dan menolak kembali huluran kertas yang diberikan oleh wanita itu.
"Kau nak duit ke tak ?"Wanita itu kembali menghulurkan gulungan beberapa helaian kertas seraya senyum sinis di hadapan Chan Hee. Chan Hee yang pada mulanya senyum sinis mula menunjjkkan mimik muka menyampahnya.
"Nak ke tak ?!"tempelak wanita itu pada Chan Hee. Chan Hee hanya merengus dan menyambut huluran kertas daripada wanita itu.
"Bagus,macam tulah anak omma.Kalau kamu dapat tebus wang yang ditinggalkan oleh appa kepada omma ni, kamu akan dapat sebahagian daripada wang sebagai upah."
"Tch.Orang tua dasar kedeku-"
"KAMU NAK KE TAK DUIT TU ?!"wanita itu menempelak kembali pada Chan Hee yang telah memberi gelaran buruk kepadanya. Chan Hee masih dengan muka menyampah ,seraya menempelak dalam amarah kembali,"ARRASEOO !"
"Masa melawat sudah tamat,puan sila ikut saya kembali ke bilik tahanan."arah wanita yang berpakaian seragam polis-mungkin dalam sesi bertugas menggarap lengan wanita atau omma kepada Chan Hee untuk dipimpin semula.
Wanita tua itu menolak kasar pegangan kuat pegawai polis wanita itu tetapi malangnya,kudrat pegawai polis itu lebih kuat untuk mengangkat wanita tua itu untuk berdiri.
Chan Hee yang menyedari arahan pegawai polis itu mula bangun dari kerusi pelawat dan memasukkan helaian kertas yang diberikan oleh wanita tua itu ke dalam poket seluar hitamnya. Chan Hee menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat dan berlalu pergi daripada bilik pelawat dalam markas penjara di mana ibunya ditempatkan.
"Orang tua gila tu memang tak betul!"
Mana mungkin tawaran yang dipulangi oleh jumlah wang yang banyak akan ditolak oleh semua orang yang ditawarkan.
Demi wang , Chan Hee turut pada perintah ibunya dengan rela hati , walaupun dia tidak pernah terdetik untuk mengetahui siapakah yang berkongsi darah daging kedua-dua ibu bapanya.
Chan Hee menapak di hadapan markas penjara di mana wanita tua,atau pada panggilan yang lebih sopan untuk seorang anak-omma ditempatkan. Chan Hee melilaukan matanya dan menangkap tulisan 'KAUNTER BERURUSAN' dari pintu masuk tempat tersebut. Chan Hee berjalan perlahan meluru ke arah kaunter tersebut.
"Saya ingin melawat Kim Eun Mi.S-a-ya anak kepada wanita itu."
Chan Hee mengenggam helaian kertas daripada ibunya dan merengus perlahan.
⏩⏪
OC sebagai Jung Seo Hye
Jeon Jeongguk/Jungkook (BTS) sebagai Jeon Jungkook
Chani (SF9) sebagai Chan Hee
Minju (THE ARK) sebagai Minju
Kim Seok Jin/Jin (BTS) sebagai Seok Jin
...
Idea dan penceritaan fiksi peminat ini adalah berdasarkan buah fikiran penulis sendiri.Sebarang persamaan plot penceritaan mahupun idea dengan fiksi lain adalah kebetulan semata-mata.Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk meniru jalan cerita atau mengeluarkan cerita ini ke sumber internet yang lain tanpa keizinan penulis.Jelasnya,PLAGIAT ADALAH HARAM.
Watak-watak yang diletakkan dalam fiksi ini adalah tidak berkaitan dengan kehidupan sebenar mereka-fiksi semata-mata.
Fiksi peminat Nobody (nama asal;Hold Me Tight/Eternity) diterbitkan pada November tahun 2014 di @snfatihah_ dan diterbitkan semula pada 18 November 2016.
◀◀
nota si lobak xD
pernah tak pembaca jumpa fanfic dengan tajuk Hold Me Tight,wataknya ialah Seo Hye dan Jungkook?
kalau pernah,sebenarnya saya sudah unpublish fanfic tu TT tapi ! fanfic ini adalah pengganti fanfic tu ~ watak utama akan tetap sama ^^
fanfic ini dedicated kan kepada toykookie saeng saya yang comel dan saya dah janji untuk publish semula fanfic ni,sebab fanfic ini favourite dia kuikui xD
dan allysacici ..nah xD sudah publish balik ,puas ? xD
kenapa korang baca fanfic ni ? fanfic ni pelik,percaya cakap author yang telah bingungkan pembaca dia dulu xD
ANDA SEDANG MEMBACA
Nobody
Historical FictionJungkook ibarat seorang budak kecil yang sesat dan naif. Raut wajahnya kelihatan suci seperti kanak-kanak tidak berdosa. Apabila matanya celik , dia tidak berkata apa-apa melainkan ' tidak tahu' apabila diajukan soalan berkenaan asal usulnya. Menjad...
