Bab 25

4.2K 182 16
                                    

"Mama macam mana semalam? Kak Dian setuju tak?"
Tanya Auni sejurus berada di meja makan menunggu yang lain turun bersama untuk sarapan pagi itu.

"Belum bagi jawapan lagi,ingatnya Sabtu ni nak keluar dengan diorang tu. Auni nak ikut Mama tak?"

"Sabtu ni,hmmm rasanya tak boleh kut Mama. Ammar ajak Auni pergi rumah Ummi."
Kata Auni menolak lembut perlawaan Mamanya.

"Okey. Jaga tingkah laku nanti. Jangan nak mengada-ngada sangat."

"Mama ni,Auni tahulah benda tu."

Beberapa ketika selepas makanan dihidang oleh para pembantu,Dato' Zulkiefli pun turun dengan beg kerja ditangannya.

" Jocheun achim-ieyo semua. Mana Hariz?"
Dato' Zulkiefli mengambil tempat duduk bersebelahan isteri tercinta.

"Pagi jugak Papa!"

"Hariz pergi tengok restoran dia. Katanya ada masalah sikit kat sana."
Datin Maisarah menjawab persoalan suaminya sebentar tadi.

"Dia tak tanya pasal pinangan semalam ke?"

"Tak. Sibuk sangat la tu pasal kerja dia. Tak habis-habis dengan hidup dia."

"Abang tu kan,lepas spm dia terus travel kat negara orang. Sambung belajar pun kat negara orang jugak. Habis belajar tak sampai seminggu dekat rumah ni,dia dah pergi Australia. Auni tak sempat nak spend time dengan dia,ingatkan masa dia balik ni,boleh lah Auni cerita semua benda yang jadi dekat Auni. Tapi dia dah nak kahwin,hmm."

Datin Maisarah memandang sayu anak perempuannya itu.

"Sayang,tak semestinya bila abang dah kahwin,dia akan hiraukan Auni. Auni tetap adik dia,dan dia tetap abang Auni. Jangan lah sedih-sedih anak Mama ni,"

"Betul tu, Auni. Lagipun Papa yakin abang kamu tu,akan selalu ada untuk kamu. Janganlah risau sangat."
Dato' Zulkiefli pula bersuara menenangkan hati anak perempuan tunggalnya itu sambil roti cheese memasuki mulutnya.

"Auni harap macam tu jugak Mama,Papa."
Senyuman manis terukir dibibir Auni.

"Kejap lagi Ammar datang ambil ke?"
Datin Maisarah menyoal.

"Ya Ma,"

"Bik tolong bungkuskan sarapan ye"

"Baik puan."

"Buat apa ma?"

"Ya Allah,bagi dekat bakal menantu Mama lah. Takkan bagi kucing makan?"

"Ma,kucing-kucing jangan sebut k,Auni geli laa."

"Ikut suka kamu lah. Makanlah cepat nanti Ammar sampai,tertunggu pula dia."

"Yelah Mama."

Auni segera menghabiskan makanannya apabila menerima chat ringkas dari Ammar. Bekas yang sudah siap dibungkus dibawa bersama.

"Ma,Pa Auni pergi dulu tau."

"Ye,jaga diri. Kirim salam dekat Ammar sama."
Kata Dato' Zulkiefli lembut.

"Okey Papa."

Tangan Dato Zulkiefli dan Datin Maisarah segera disalaminya. Dengan langkah yang laju,Auni menghampiri Audi milik Ammar.

"Sorry lambat bie!"

"Dah biasa sangat tunggu sayang! Cepat naik."

"Allright!"

Segera ditutup pintu kereta. Kereta tersebut pun berlalu dengan laju menghampiri lebuhraya.

"Ammar,ni Mama ada bagi sarapan kat awak. Roti cheese,dia kata untuk bakal menantu dia,"
kata Auni sambil membuat gaya tangan kanan diangkat dan mata keatas.

"Emm,"

"Emm ja? Awak ni kan,kalau bawa kereta tak pernah nak bercakap dengan saya."

Auni membuka siaran radio. Dan lagu 'Ada apa dengan cinta' sedang bermain.

"Ada apa dengan cinta~"

"Sedap suara kau. Bila berlatih vokal?"
Ammar mula cari pasal.

"La traffic light rupanya. Patut la buka mulut. Diamlah Mar,saya tak cakap dengan awak!"

"Yelah kau cakap la dengan radio tu,"
Perli Auni sedas.

"Memang nak cakap dengan dia pun!"

"Kahwin dengan dia hujung bulan ni."

"Kalau dia manusia apa salahnya!"
Gila nak kalah? Ni pakar kaunseling seantaro dunia tau!

"Eh dia ni menjawab!"

"Biarlahh! Bukan ganggu hal awak pun!"

Pin Pin Pin!

"Eh,kau tengok dah hijau la,kau punya pasal aku kena hon!"

"Whatever. Dah jalan kan? Boleh diam sekarang?"

Ammar hanya diam dan fokus memandang depan.

"Fuhh,aman dunia! Ho ho hoo. Now what the next song?!"

'Ya Allah, memekak aja dia ni!"
Ammar hanya mampu berkata dalam hati.

****

"Nah milk coklat kau! Nampak penat je. Dari mana?"
Bob mengambil tempat dihadapan Affian. Sementara kerjanya tengah tiada sekarang.

"Dari restoran tadi. Ada masalah sikit."

"Ouh. Ha yelah."

"Weh,cenna semalam?"
Affian bertanya selepas menghirup air minumannya.

"Aiiiii,ingat dah lupa! Hahahaha!"

"Aku serius la Bob!"
Muka Affian serius.

"Yelah aku serius. Menurut Mama kaulah,Dian minta masa nak fikirkan. Aku rasa better kau batalkan jelah niat kau nak nikah dengan dia minggu depan."

"Yelah dia bukan kenal who the guy yang nak sangat dekat dia tu,mestila kena ada masa kan. Lagipun,aku ada banyak benda nak kena settle dalam dua tiga bulan ni,so aku tangguhkan dulu rasanya."
Kata Affian jujur selepas berfikir panjang.

"Aku setuju. Lagipun khursus kahwin pun makan masa kan. Kau dah bagitahu Benji ke? Nanti kerja keras pulak dia tu."

"Dah. Dia pun inform yang dia banyak nak kena handle wedding orang bulan ni. So aku taknak susahkan dia,and aku rasa keputusan aku ni terbaik kot."
air dihirup hingga habis.

"Memang terbaik bro."

"Dan dalam masa terdekat ni jugalah aku nak ganggu Dian. Sebab kalau aku ganggu dia,sahlah dia rimas kan? So dia akan terima lamaran Si Hariz tu dan sebagai alasan dia untuk jauh dari aku. Acenna?"

"Eh bro,kau punya plan tu memang terbaik lah! Tapi kan aku rasa better kau mula sekarang. Mama kau kata sabtu ni dorang nak keluar,aku rasa mesti dia nak putuskan benda ni."

"Thanks for the info bro! Okey ah aku gerak dulu. Nak pergi hotel Papa aku pulak. Jangan curi tulang Bad!!"

"Yelah. Take care bro!"

****

Hmm guys,author tak ada idea😭 Kita bagi Auni dengan Ammar ni kahwin terus la. Acenna?😂 okey,takat nilah yang author boleh usahakan,hope semua suka.😍

MrPink VS MrsBlackWhere stories live. Discover now