Bab19

5.2K 231 5
                                    

Guys,so sorry sebab dah berkurun tak update:( Author tak ada idea. Ni pun dikerahkan juga idea supaya datang. I hope you guys okey dengan Bab19 ni. Btw Gambar yang dekat atas,adalah Wawa. Segak kan? Akak tu same school dengan Author. Memang segak gila ah. Okey itu aje. Sorry ya. Enjoy your reading. Next bab mungkin lambat sikit sebab Author nak exam. Takutt ni~
Okey,doakan Author dapat jawab ya? Thanks for you voted. Love you so much.
Okey bye-bye. *Banyak pulak bebel-_-||

******

"Auni,teman aku.Kejap lagi aku datang ambil."

"Harini kan cuti,"keluh Auni. Maklumlah hari cuti,buat apa mahu keluar.

"Alah,ikut jelah. Ada someone aku nak tunjuk kat kau ni,"

"Iyalah,baru nak tidur apa semua-....."

Panggilan dimatikan. Nampak gayanya Auni nak membebel. Lebih baik matikan.

"Ammar ! Ish Mar ni, benci lah. Bagilah, orang cakap habis dulu. Apa masalah dia?Ajak keluar semua. Baru semalam kut jumpa takkan dah rindu,"

Auni segera ke bilik air. Dia baru sahaja bangun. Ammar ni bukan boleh,tak sampai 15 minit mesti dah sampai. Bawak kereta laju nak mampus. Tapi kalau bawa orang naik kereta lambat macam kura-kura.

"Fiq nak pergi mana ni?"

"Jumpa Ammar."

"Ouh,"

"Abang nak keluar ke harini?"

"Haah. Nak pergi cafe mama. Jumpa Bob."

"Abang dah jumpa Mama ke belum?"

"Dah semalam.Tapi tak sempat borak sangat sebab dah lewat.So,nak pergi jumpa Mama. Mana tahu Mama free boleh borak sikit."

"Ouh,okey. Auni pergi dulu lah."

Auni mencium tangan abangnya. Lalu pergi meninggalkan abangnya yang separuh terpinga-pinga. Kereta Ammar dah 3 kali membunyikan hon.

"Hebat juga Ammar ni boleh buat sampai Fiq gelarkan diri dia 'Auni',"

Bicara Affian keseorangan.Affian kembali meneruskan pendakian ke tingkat atas. Dia baru sahaja habis bersarapan. Mandi pun belum lagi.

*****

"Lambat Auni,"

"Biar lah. Sape suruh ajak keluar?"

"Yelah. Lain kali cepat sikit ye sayang. Nanti tak sempat pergi airport."

"Airport? Buat apa pegi sana?"

"Jemput kekasih aku."

"Serius lah!"

"Serius lah ni."

Auni memandang Ammar tajam.

'Betul ke kekasih dia?'
Auni masih binggung dengan keadaan sebenar.

Dan suasana kembali sunyi. Hanya bunyi-bunyian radio sahaja yang kedengaran. Ammar masih tetap fokus pada jalan.Jalan raya pada ketika ini kurang sesak. Mungkin masih pagi. Selalunya mereka akan keluar pada sebelah tengahhari atau petang. Dan kebanyakkan mereka keluar pada waktu malam.

*******

KLIA 10.40 PAGI.

Kakinya melangkah melepasi garisan sempadan perlepasan.

Tubuh kecil molek itu cantik mengayakan baju kemeja putih berbelang hitam labuh melepasi lutut dan bertudung litup berwarna hitam. Sungguh anggun sekali.

MrPink VS MrsBlackTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang