Bab11

6.1K 275 6
                                    

"Baju ni sesuai dengan kau lah Auni!"

Ammar menunjukkan baju yang dipegangnya.



Cik Garang



"Ammar!"

"Okey,okey. Relax jangan jerit sayang . Please. Malu orang tengok nanti. Senyum sikit"

"Herhh,"
Auni berpaling sambil membuat jelingan tajam. Ammar hanya mampu tersenyum.

"Wah,ni cantik."

"Mana?"

Auni menunjukkan baju tshirt hitam yang berada ditangannya.

"Baju apa tu? Takde warna lain ke?"

"Nak yang ni jugak !"
Gertak Auni dengan nada yang ditekan-tekan.

"Okey,okey. Kita beli yang ni. Nak yang mana lagi? Tu yang belakang dia taknak ambil ke? Ada banyak lagi tshirt hitam belakang tu. Ambil lah semua.Gerai sebelah pun banyak lagi baju macam tu,tak nak ambil ke?"
Sindir Ammar.

"Boleh ke?"

"Tak."

Auni membuat muka mengejek. Geram mungkin dengan Ammar.

"Terima kasih. Datang lagi ye?"

"Insyaallah,"
Kata Ammar.

"Awak berdua ni suami isteri ke?"

"Eh tak,kami tak kahwin lagi."
Kata Auni menafikan kata-kata peniaga itu.

"Ouh. Muka korang ni sama. Macam jodoh kuat je. Kahwinlah cepat-cepat ye,"

"Hahahahahaha, ada-ada je awak ni,"
Kata Ammar kepada peniaga itu.

'Eh? Dengan Akak ni boleh pula cakap awak. Kalau dengan aku? Panggil kau je.Ish mamat ni! Aku lagi segak lah dari kakak berkedut ni!'
Auni berbicara dalam hati.

Muka Auni dah macam cacing kepanasan. Hatinya bagai ditikam-tikam.

"Dah la jom jalan. Borak apa lama-lama?!"

"Okey,jom sayang."

'Sayang? Herhh!'

"Kenapa muka merah je ni?"

"Takada apa lah. Panas."

"Eh mana ada sejuk jelah. Kau ni biar betul. Ke kau jealous? Kau jealous kan?"

"Ish,mana ada!"

"Yeke? Yeke? Yeke? Yeke?"

Auni menunjukkan penumbuk. Ammar dah nak terjatuh tadi. Nasib baik sempat mengawal posisi serta kestabilan badan.

"Wuuuu,Auni relax. Tenang okey? Aku tak kata dah. Aku janji."

Auni menghadiahkan pandangan yang tajam kepada Ammar. Baru dia tahu siapa Auni. Cari pasal lagi. Auni berlalu pergi. Ammar hanya mengikut dari belakang.
Diam suasana seketika,hanya kedengaran bunyi bising manusia di pasar malam itu. Malas mahu bergaduh. Nanti lagi teruk pula keadaan.

"Auni,singgah makan dulu kat sini nak?"

"Mana?"

"tu,"

"Hmm jom,"

'Yes,dia dah okey sikit'
Bicara Ammar dalam hati. Berharap agar Auni kembali ceria.Dia juga takut kalau Auni lama-lama begitu.

"Nak makan apa,cik?"

"Ada menu?"
Tanya Auni.

"Hahahahahahaha! "

MrPink VS MrsBlackWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu