Bab16

5.7K 251 6
                                    

Pen terjatuh.Dian membongkokkan tubuhnya agar dapat mengambil pen. Nasib baik hanya ada seorang sahaja lelaki yang lalu tika itu. Dian membangunkan tubuhnya. Dia memalingkan kepala ke arah pintu masuk cafe. Lelaki itu sudah hilang.

Kenapa,kenapa dia rasa, amat dekat dengan lelaki tadi?Ah hiraukan sajalah. Dian memandang Auni yang sudah lama menunggu mahu membuat pesanan.

"Nak makan apa Fiq?"

"Lambchop dengan Koko panas. Ammar nak apa?"

"Mee goreng,and milo ais."

"Okey,"

Dian berlalu pergi ke arah dapur cafe itu.
Dian, mula bekerja disitu setahun yang lalu. Jadi boleh tahan rapat juga dia dengan Auni. Dian seorang gadis bertudung. Menutup aurat dengan sempurna. Gadis bertubuh kecil. Mukanya licin tiada sebarang jerawat. Sangat cantik. Dian bekerja parttime di cafe itu kerana dia ialah seorang mahasiswi universiti berdekatan. Disebabkan bosan tidak tahu mahu melakukan apa di U,Dian bekerja. Boleh cari duit lebih katanya.Lagipun dia bukan dari keluarga yang berada.

Bob,sepupu Affian dan Auni. Dia juga sama kaya dengan keluarga itu. Dia sudah hampir 4 tahun bekerja di cafe itu. Alasan? Tiada siapa mahu mengambilnya bekerja. Dulu waktu belajar pemalas,tak berapa cerdik. Jadi keputusan SPM hanya cukup-cukup makan. Dia sambung belajar hanya untuk mendapatkan diploma. Bob malas mahu menymbung ijazah. Memang sah pemalas Bob ni. Ayah serta ibunya sudah pening dengan Bob ni,tapi disebabkan mereka ada anak yang lain juga, Bob kadang diabaikan. Kesian Bob...Bob seorang yang kurus,tinggi dan kacak. Sikacak penjaga kaunter. Hahahaha.

"Auni,kenapa cafe ni nama DM ?"

"Singkatan untuk D'Maisarah."

"Ouh,okey fahammm"

"Abang kau mana Auni?"
Ammar berkata-kata lagi.

"Keluar,tadi dia lalu tepi kita. Buat macam tak kenal je,herh sombong!"

"Tak perasan pula dia ada lalu tadi.Tapi dia tinggi kan,"

"Haah. Dia ikut Papa. Papa kan tinggi,tengok muka pun dah tahu iras siapa."

"Betul,mata dia sepet,kau bulat je?"

"Janji comel. Comel kan,"
Auni membuat muka comelnya. Ammar hanya memandang tanpa perasaan. Kosong.

"Tak,"
Sangat simple dan mudah jawapan Ammar. Tapi itu sudah cukup membuat wajah Auni kembali merah. Menahan marah.

"Ish!"

"Hahahahahaaha,"
Ammar ketawa. Suka betul dia mengusik Auni. Takpe nanti kahwin boleh usya
puas-puas muka bidadari ni.

Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan pun sampai. Tanpa banyak bicara,mereka mula makan. Ammar membaca doa makan sebelum memulakan nafsu perutnya. Auni juga melakukan perbuatan yang sama.

Betullah kata Auni. Affian iras papanya,Zulkiefli. Matanya yang sepet diwarisi oleh anaknya sekarang. Tingginya juga. Gaya bercakap juga begitu. Tapi suka menyakat orang tu, dia juga tak pasti dari mana datangnya.*you all know kim woo bin? Dialah Affian. Cause author like him so muchh*

*****

Setelah selesai makan,Ammar mengajak Auni pulang ke pejabat.

"Okey,jom balik Auni!"

"Jom."

Mereka menaiki kereta. Menuju ke pejabat kembali. Waktu kerja belum habis. Ammar ada appointment dengan clien. Akhirnya dia mendapat juga job.Tapi tak pastilah kes apa yang bakal dihadapnya nanti.

MrPink VS MrsBlackWhere stories live. Discover now