Bab15

5.7K 241 0
                                    

Teksi berhenti di hadapan rumah banglo itu. Keluarlah seorang lelaki yang tampan dari perut teksi. Pemandu teksi itu mengambil kesemua beg yang berada di belakang bonet kenderaan.

Pagar terbuka dengan sendiri. Mungkin bibik yang menekan alat kawalan pintu pagar.
5 orang lelaki muda berpakaian sut hitam lengkap,berlari ke arah pagar rumah.

"Abang, nah RM100 ,"

"Eh,harga RM 54 je Encik,"

"Takpe,abang tolong angkat beg saya tadi,"

Diambil juga wang berwarna purple itu.

"Terima kasih, encik."

Lelaki itu hanya tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi ,cantik dan kemas.Pemandu itu pun berlalu masuk ke dalam teksi dan berlalu pergi.

"Selamat kembali tuan,"
Kata salah seorang pemuda yang berlari ke arah pintu pagar tadi.

"Take all the bags into my room,now."

"Allright Sir!"

3 orang lelaki tersebut mengangkat semua beg yang berada ditepi pagar.

"Naim,Can I get the key of that car?"

Lelaki itu menunjukkan kereta yang berada di garaj kereta rumah itu. Bugatti Veyron,kereta lamanya yang ditinggalkan 3 tahun lalu. Tapi dia juga lupa dimana kuncinya berada. Maklumlah duduk di negara luar sampai makan tahun. Balik Malaysia,rumah sendiri lupa.

"Yes, sir."

Seorang lagi lelaki bersut itu lari masuk ke dalam rumah.

"Bila korang semua start kerja dekat sini?"
Tanya dia kepada seorang lagi lelaki yang berdiri dibelakangnya.

"2 tahun lalu Tuan."

"Berapa orang semua?"

"10 tuan. Termasuk Naim."

Naim sudah bekerja dengan keluarga ini hampir 10 tahun. Sejak kecil sampai ke besar,lelaki ini sudah lama mengenali Naim. Mereka sudah jadi seperti saudara. Abang dan Adik.Beza umur mereka hanya 5 tahun.

"Why Dato' take the security? It that have any secret when I leave this house?"

"arr, yes sir. But I think you just should ask Dato'. Saya takut Dato' pecat saya nanti,"

"Yelah. Nama kau apa?"

"Fallah. Tuan boleh panggil saya Lah je,"

"Okey. Nanti kau kenalkan aku dengan semua pekerja baru, sebab aku tak tahu langsung pasal kewujudan korang ni."

"Baik Tuan."

Naim datang kembali dengan kunci ditangannya.

"Nah, kunci. Tahu ke jalan?"

"Aku ingat lagi jalan kat sini, okeylah aku gerak dulu,"

Lelaki tersebut masuk ke perut kereta miliknya. Kereta itu pantas keluar dari kawasan perumahan terbabit. Kereta dipandu laju. Disebabkan perutnya sudah lama berbunyi.

******

Sampai sahaja di jalan Ampang, lelaki tersebut mencari parking. Apabila kereta mewah itu elok terparking, dia keluar.
Berjalan dengan penuh gayanya. Perempuan-perempuan yang lalu-lalang di kawasan itu, memandang lelaki itu. Siapa yang tidak terpikat dengan dirinya. Sudahlah kaya,segak bergaya pula tu.

Pintu cafe DM dibuka. Sesak dengan orang ramai harini. Tiba-tiba dia terpandang susuk tubuh yang amat dirinduinya

Kakinya lantas berlalu pergi ke arah tubuh kecil itu.Ditegurnya dari belakang.

MrPink VS MrsBlackWhere stories live. Discover now