twenty-seven

4.6K 174 8
                                    

KLIA

Qaira meletakkan bagasinya di atas troli. "Niel punya?" tanya Niel. Qaira kebingungan. "Asal dengan Niel punya?" tanya Qaira. Soalan dijawab dengan soalan. "Kenapa tak angkat sekali?" tanya Niel. "Asal tak angkat sendiri?" kata Qaira. "Tak boleh ke sekalikan aje" Qaira menggeleng. Niel menarik muka. "Sabarlah bro, dia memang macam tu. Kalau barang dia, dia punya jee. Jadi kau kena mengalah jelah." tegur Iman. Qaira hanya mengenakan Cotton drop t-shirt, jeans tight dan beg sandang biru lusuh. Cap yang dihadiahkan kepadanya oleh Alliesya juga dipakai. Kasut nike running menjadi pilihan.

Tak kisah apa yang Qaira pakai. Tapi satu jee yang pelik dan geram. Kenapa.... Niel suka tiru apa yang dirinya pakai. Warna sama. Apa kes semua ni?!

FLASHBACK
Qaira ligat memikirkan baju yang ingin dipakainya. Akhirnya jumpa juga. Giliran Niel untuk mencari bajunya. Niel memilih hooded sweatshirt dan seluar jeans lusuh. Topi nike dan kasut adidas superstar. Bajunya sama warna dengan seluar.

"Kenapa pilih colour ni" tanya Qaira sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kenapa? Tak sesuai ke?" tanya Niel pula. "Sesuai. Tapi kenapa kena sama? Tak suka lah" rungut Qaira. Niel hanya memandang isteri ter'chenta'nya.

"Salah ke?"
"Salah"
"Kenapa?"
"Tak suka kalau sama"
"Isteri derhaka jadi nanti"
"Blahlah kau"
"Hah! Tu derhaka tu"

Qaira hanya menjeling suaminya. "Tampar kejap lagi kang". "Alololo... Comelnya" Niel mencium pipi kanan Qaira. Qaira terkejut. Qaira memegang pipi kanannya yang panas. "Hmph!". Qaira menjeling Niel. "Tu denda ya sayangku" kata Niel sambil berlalu untuk mandi.
END FLASHBACK

------------
"Announcement! Plane to Korea will be flight soon. Kapal terbang ke Korea akan berlepas sebentar lagi." suara yang memanggil para penumpang untuk bersedia sebelum berlepas. "Okaylah Mama, Mummy, Abah, Daddy. Qaira dengan Niel pergi dulu okay" kata Qaira. "Yelah. Jaga diri." kata Datin Aina. Dia tahu anaknya boleh menjaga diri di negara orang lain. Yelah sejak di bangku sekolah sudah melancong keluar negara. "Qaira, Mummy nak Qaira tolong jagakan Niel yee. Tolong ye." pinta Datin Hana. "Mummy, Niel dah besarlah. Dah jadi suami orang dah" rengek Niel. Mengada betul anak mak ni! "Okaylah Ma, kitorang pergi dulu" pamit Qaira. Niel sudah bersedia untuk menolak troli bagasinya. Akhirnya, Qaira berkongsi troli selepas bergaduh kecil tadi.

Qaira dan Niel pun berlalu pergi. Jelas terpancar pada wajah Iman yang sedang kesedihan. Sempat juga Qaira menyakat abangnya itu. "Janganlah bersedih wahai manusia."

Niel memeluk pinggang Qaira. Qaira cuba untuk meleraikan pelukan itu. "Asal kau ni" kara Qaira. "Coverlah sikit, family delat belakang tu" kata Niel. Barulah Qaira membiarkannya.

------------
"Incheon-ie! Annyeonghaseyo!" Qaira teruja. Banyak tempat yang dia nak pergi. "Oii, oii tak takyah jakun! Buat malu jee" marah Niel. "You tu jee yang buat dorang nampak pelik" perli Qaira. "Kang aku tak nak tolong kau kat sini kang baru tau. Terkulat-kulatlah kau dengan google translate tu" bebel Qaira dalam hati. "Dah jom ambik beg" Qaira menarik tangan Niel. "Ehh, minah ni gelojoh betul. Jalan pelan-pelan sikit tak boleh ke? Jalan macam apa je" bebel Niel dalam hati. Penat jalan dengan Qaira ni. Laju bebenor dia jalan. Apa je yang dia nak cari?

------------
"Kita duduk hotel mana ni?" tanya Niel. "Ahjusshi, kamsahamnidha" Qaira menghulurkan sejumlah wang kepada pemandu teksi yang bernama Byung Man. "Nae." balas pemandu teksi itu.

"Hah? Ye? Oh hotel, kita duduk dekat SM Resort" kata Qaira sambil mendepakan tangan. "SM tu apa?" tanya Niel. "Banyak tanyalah suami aku ni" omel Qaira. "Tak tau lah. Yang saya tau hotel ni best." tanpa menunggu Niel bersuara, Qaira terus menarik Niel masuk. "Joh-eun halu doesoyo" kata penjaga kaunter yang memakai tag nama Goo Min-Ra. "Ye. Kamsahamnidha" Niel hanya memerhati isterinya yang sedang berurusan di kaunter pendaftaran. Terkumat-kamit dia melihat mulut isterinya bercakap. "Apalah yang dorang cakapkan tu, nak tahu jugak" rengek Niel sendirian.

------------
Malam ni, Niel dan Qaira sependapat untuk malas keluar. Nak berehat je.

"Qaira, nak makan" kata Niel. Mungkin Qaira tak dengar, dia buat bodoh je. "Sayang, I nak makan" rengek Niel. "Hah?! Oh, makan. Kita makan maggi jelah harini. Nanti pagi baru kita makan korean food." Qaira berlalu pergi ke beg pakaiannya, lalu mengambil dua cawan maggi cup.

"I tolong masakkan." Qaira mempelawa dirinya. "Tq babe" Niel menunggu sambil menonton televisyen. "Apa benda yang dorang cakapkan ni?" Bingung bila tengok tv Korea. Satu patah pun tak faham. "Here you go" Niel menyambut huluran Qaira. "You faham ke apa yang dia kata?" tanya Niel. "Faham" jawab Qaira ringkas.

------------
Hujan turun tanpa henti, tidak ada tanda nak berhenti. Ditambah dengan guruh yang berdentum kuat dan petir yang sambung menyambung. Itu membuatkan Qaira takut.

Qaira sedang bermain IPhone7 yang diberi sebagai hadiah hantaran. Tersenyum-senyum dia depan phone. Tengah layan family yang tak sudah menyakat. Abang saudaranya, Iman, Alliesya dan Alya. Oh ye! Mimi sekarang form 5 dan Kak Meera yang dah ada boyfriend, Bad and Zharif yang sambung PhD.

Tiba-tiba guruh berdentum kuat! Tercampak IPhone7 dan Qaira yang menyorok di dalam selimut sudah pun menangis. Niel baru keluar bilik air terkejut apabila IPhone7 itu mendarat atas tapak kakinya. "Apahal minah ni? Dah tak nak ke IPhone ni?" terkejut di buatnya. Niel terdengar bunyi esakan yang halus. Bunyi guruh berdentum lagi. Bunyi esakan itu lebih kuat. Niel meletakkan IPhone itu diatas meja. Dia terus menyarungkan tank top dan seluar pendek. Selimut ditarik untuk mendapatkan Qaira yang ketakutan.

Qaira dengan pantas, menarik Niel dan terus memeluknya. Dia takut. Betul-betul takut.

"Niel... Qaira takut" nangis Qaira. Niel menarik Qaira lebih rapat. Niel meletakkan kepala Qaira didadanya. "Shhh, jangan nangis" pujuk Niel. "Aikk, tak tau pulak minah yang keras hati ni takut guruh" gelak Niel didalam hati. "Okay... Okay! I ada. You tak perlu takut okay" pujuk Niel. Qaira mula berhenti menangis. Tetapi guruh yang berdentum membuat dia menangis semula. "Dahlah tu. Tidur okay. Kita tidur"ajak Niel. Qaira baring diatas lengan Niel dengan muka yang disembam di dada lelaki itu.

-------------
-Malaysia-
Qaira Dan Niel tiba di Malaysia tepat pukul 00:00 (MYT). sampai saja di rumah, Niel dan Qaira, terus tidur dibilik bawah. Batmrang jangan kata lah, ada dekat tepi pintu masuk.

11:30 a.m
Niel bangun sebelum Qaira. Biasa dah. Qaira masih nyenyak tidur disebelahnya. Siap terkangkang lagi. "Teruk perangai minah ni" Niel menggeleng. Dia mengerling jam loceng diatas meja katil sebelahnya. "11:30? Eh dah lewat! Qaira, bangun" kejut Niel. Gelabah betul mamat ni. Qaira bangun sambil menggosok mata. "Pahal ni" tanya Qaira. "Dah pukul 11:30 pagi ni. Dah lambat! Bangun siap-siap." kata Niel. Niel ready dah nak mandi. "What the heck are you doing" tanya Qaira. Mata sepet Qaira memang kelakar. "Baru pukul 11:30 kot? So what's the point" tanya Qaira lagi. "Kerjalah. Tak nak ke kerja" tanya Niel. Boleh pulak tanya anak Dato' Syed ni. Qaira memandang suaminya dengan pandangan ( -_- ) apa-kau-merepek-ni-dohh-. "Sudahlah" Niel terus berlari keatas. "Whatever" Qaira menyambung tidurnya semula. 1,2,3. Lena~.

Niel mencapai kot putihnya. Nasib haritu sebelum honeymoon terlebih yakin dah gosok baju nak pergi kerja. "Sayang, I pergi dulu. Love you." Qaira hanya memberikan sign OK dari tempat dia tidur. Ye, dari atas katil saja. Niel terus menyarungkan kasut yang bernilai sehingga RM300.00 sepasang begitu saja. "Kasut tu Qaira bagi waktu pertunangan haritu. Tak kisahlah janji aku kerja, dah lambat oii" bebel Niel.

Ok first sekali, sorry lambat update. Second, congratulations to EXO for won Best Asian Style, Best Male Group, Best Collaboration (Baekhyun x Suzy) and Hotels Combined Album Of The Year in MAMA 2016.

Married To Mr. SeniorWhere stories live. Discover now