nine

5K 205 2
                                    

Hari Sabtu yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pasukan bola sepak Niel dan pasukan bola sepak Syamil akan berlawan.

Qaira: Haraplah..Niel tak menang
Alliesya: Harap Niel menang. Aku nak tengok apa reaksi Qaira nanti 😁

Itulah yang mereka berdua fikirkan. Perlawanan di mulakan. Agak sengit. Qaira yang bukan seorang yang meminati sukan bola sepak berasa mengantuk.

"Sya...kejut aku bila dah habis ni" lalu dia menutup mata dan memasang headphone. "Bisi-- okay dia pakai headphone 😒" lalu memfokus kembali kepada perlawanan.

Njel dan Syamil tiada kurangnya kedua dua mereka sangat handal bermain bola. Memang bersungguh-sungguh team Niel bermain. Team Syamil juga dan disertakan dengan cheer leading team. Rasa macam tengok bola sepak luar negara. Separuh masa kedua telah pun tamat. Niel dan Syamil masing-masing mendapat dua markah seri 2-2.

"Lama lagi ke" tanya Qaira sambil menutup mata. "Second half dah habis. Dorang tengah rehat" kata Alliesya sambil menggangkat sebelah headphone kawan baiknya itu.

"Okay" Qaira sambung tidur semula. Alliesya hanya menggeleng. Perlawanan di teruskan lagi. Kali ini memang Niel telah membuat strategik dan ia berhasil. Team Syamil seperti di tipu dengan muslihat team Niel.

"Harraz!" Keeper sudah pun target Harraz tapi lain pula jadinya bila Syariz yang mendapat hantaran dan terus merembat masuk ke gawang gol.

"Gol!" Bersorak gembira pasukan Niel. "Tahniah" kata Syamil dan menghulurkan tangan ingin bersalam. "Terima kasih. Hebat group kau" puji Niel. "Takdelah sehebat kau. Aku pun tertipu tadi " kata Syamil. "Alah biasa je. Jom" kata Niel.

"Qaira! Qaira!" Alliesya menggoncang badan Qaira kuat. Qaira yang sedang nyenyak siap dengan mimpi entah kemana itu pun terbangun. "Apa kau ni? Goncang- goncang. Pening tau tak" marah Qaira. "Alah...kau nak marah aku nanti nanti je. Sekarang ni...Niel menang. So kau kene keluar date dengan dia" kata-kata Alliesya membuatkan rahang Qaira terjatuh. "Aku ? Date dengan dia? Otak kau tak berfungsi ke apa? Urat dah bersimpul eh. Aku keluar dengan pelese sikit" bebel Qaira. "Alah...takde sapa punya otak pun yang tak berfungsi. Kalau urat kepala aku bersimpul aku dah takde kat sini. Ahh pokok pangkalnya Niel dah menang! Kau kene date dengan dia. Janji dah kan" kata Alliesya sambil membuat muka comel. "Hish...yelah! Yelah" Qaira mengalah dan segera turun dari tempat duduknya.

Qaira berlari ke tandas lelaki. Menunggu Niel yang sedang membersihkan diri.

"Lamanya mamat ni. Macam perempuanlah" bebel Qaira. Dia melihat jam di Iphonenya. "Dah dekat 30 minit aku tunggu. Hitamlah aku macam ni!" Qaira mengeluh. Dengan panas bulan puasa lagi.

Akhirnya Niel keluar bersama Harraz. Qaira menarik nafas dan berlari kearah Niel. Harraz yang menyedari kehadiran Qaira terus meminta diri. "Bro aku chaw dulu" kata Harraz sambil menepuk bahu Niel. Qaira hanya tunduk dan senyum. Niel pula melihat Harraz pergi sehingga Harraz hilang dari pandangannya.

"Emm...apa kau nak" tanya Niel. "Alah kau ni...tak pernah nak cakap lek lok. Asyik nak tinggi suara je dengan aku. Cuba cakap lembut lembut sikit" kata Qaira. "Baiklah...cik adik intan payung. Ada apa nak jumpa aku ni" kata Niel dengan suara pondannya. "Emm...aku nak ajak kau date" kata Qaira. Niel seperti terkejut. "Aku...ehh bukan Alliesya bet. Dia kata kalau kau menang aku kene date dengan kau. Alah..makan makan biasa je. Kau nak tak" tanya Qaira. Niel seperti sedang berfikir. "Kalau aku kata aku tak nak" kata Niel. "Kalau kau kata kau tak nak baguslah! Aku takyah keluar duit aku belanja kau lah ehh. Aku pun takyah memalukan diri keluar dengan lelaki macam kau ni" baru saja Qaira ingin meninggalkan Niel, Niel menarik tangan Qaira. "Okay. Minggu depan hari Sabtu. Waktu berbuka. Buka kat luar" kata Niel. "Eihh..suka hati kau je nak tentukan. Sebelum berbuka?  tu tak tentu lagi aku dah siap tau" kata Qaira jujur. "So jadi eh" kata Qaira. "Ye jadi" jawab Niel sambil tersenyum sedikit. "Kelakarlah budak ni" kata Niel setelah Qaira pergi.

[SABTU,MALAM]

Qaira bersiap sedia untuk 'date' nya hari ini. "Nak pakai apa eh" Qaira masuk kedalam bilik pakaiannya. "Crop top? Tshirt? Dress. Aniya, niya, aniya, niya" menyanyi pulak Qaira ni. "Kemeja labuh, tshirt hitam seluar jeans biru. Simple!" Qaira berkata sendiri. Selepas itu dia terus mandi.

"Harini Qai buka kat luar ye. Bye Ma, Pa, Iman. Qai tak balik lambat. Janji" janji Qaira. "Pak Din! Jom Qaira nak amik kawan Qaira" kata Qaira sambil kakinya laju menuruni anak tangga. "Baiklah. Mari" Pak Din membuka pintu rumah untuk Qaira sekali. Qaira hanya senyum pada Pak Din yang baik hati itu.

Dirumah Niel...

Pak Din memberhentikan kereta majikannya dihadapan sebuah rumah. Mengikut Qaira inilah rumah Niel. Qaira memesej Niel untuk kepastian.

[WhatsApp]

Qaira: Weyh...rumah kau ke ni
_
Niel: Haah. Tunggu kejap aku turun
_

"Ni ke rumahnya Qaira? Besar jugak" puji Pak Din. "Anak orang kaya...biasalah" kata Qaira sambil melihat kearah smart phonenya.

Tuk tuk tuk! Ketukan di tingkap kereta mengejutkan Qaira. "Ohh..ni dia. Pak Din, Qaira duduk belakang eh" pamit Qaira. Pak Din hanya mengganguk. Sebelum keluar, Qaira memberi isyarat supaya Niel duduk dibelakang. Niel hanya mengganguk dan menurut.

[Sushi King]

"Wah! Oishi" kata Niel teruja. "Seronoklah tu aku belanja. Hmmph" kata Qaira mencebik. "Mestilah dah fans belanja. Nampak tak aku ni menghargai fans" kata Niel bangga. "Kalau bukan sebab aku bet dengan Alliesya, eh bukan Alliesya bet dengan aku..eh yeke? Ehh lantaklah! Kau takkan ku belanja ye. Terima kasih" kata Qaira panjang lebar.

"Eleh" jawab Niel. Qaira menjeling Niel sambil memasukkan sushi kedalam mulutnya. "Macam mana kau tahu yang aku nak makan sushi?" tanya Niel. "Aku dengar masa kau dengan Harraz nak keluar toilet. Masa aku tunggu kau haritu" kata Qaira jujur. "Ohhh...thanks again ehh" kata Niel.

"Pandai pulak nak berterima kasih" bisik hati Qaira. Jahat jugak Qaira ni.
----
"Lepas ni nak pergi mana" tanya Qaira. "Asal? Nak belanja lagi ke" usik Niel. "Tak benda sekarang dah lambat kang mak bapak kau marah aku cana? Aku yang kene" kata Qaira. "Alah..dorang tak perasan pun  aku" kata Niel sambil menghirup boost juice miliknya. "Apa maksud kau" kata Qaira yang mulai ragu-ragu.

"Dorang sibuk kerja. Mana nak nampak aku kat rumah" kata Niel sambil membelek baju di H & M. Rasa kesian Qaira mula meningkat. Qaira mengumpul keberaniannya untuk membelai belakang Niel tanda meminta Niel bersabar. "Aku faham perasaan kau. Aku pun pernah kene" kata Qaira jujur sekali lagi. "Kau pun? Ingat aku sorang je" kata Niel tergelak. "Pernah, lepas aku bagitahu nenek, parents aku terus berubah. And sekarang aku rasa kasih sayang dari keluarga" kata Qaira gembira.
-----

"Qaira" panggil Niel. Qaira menoleh. "Nah untuk kau" kata Niel sambil menghulur sebuah beg plastik Forever 21 kepada Qaira. "Apa ni" kata Qaira sambil menyambut huluran Niel. "Hadiah sebab kau dah belanja aku" kata Niel ikhlas. "Kau tau apa? Sekarang baru aku tahu yang kau ada perasaan" gurau Qaira. "Selama ni aku takde perasaan? Kau nak cakap benda tu" kata Niel. "Takdelah..kat sekolah muka kau aku tengok memang takde expresi muka lain je...dengan kengkawan kau pun aku tengok takde beza sangat" kata Qaira. "Kurang ajar! Dahlah jom balik. Dah lewat ni. Anak dara tak elok duk luar lelama nanti lain jadi" kata Niel. "Kau ni lain macam je aku tengok" kata Qaira. "Mana ada" mereka berdua gelak ketawa.

Married To Mr. SeniorWhere stories live. Discover now