twenty-one

4.4K 164 5
                                    

"Qaira..." Datin Aina memanggil dari tingkat bawah. Qaira keluar dari biliknya mencari suara yang memanggilnya.

"Yes ma. Kenapa" tanya Qaira dari tingkat atas. "Siap-siap mama nak keluar" kata Datin Aina. Mama dah kenapa? Nak keluar ke mana? Tetiba je, omel Qaira. "Ikut jelah" kata Datin Aina lagi. Macam tau-tau pulak dia ni,omel Qaira lagi.

Dia terus turun kebawah selepas menyembur minyak wangi berjenama Marc Jacob.

"Aikk cepatnya siap" tegur Datin Aina. Baru cakap dah siap. Selalunya maunya sejam tunggu dia bersiap ni.

"Dah siaplah ni" kata Qaira. Qaira mengenakan baju tshirt putih lengan panjang oversize, seluar pendek dan beg pegang kecil. Telinganya dipasang subang berbentuk owl sebelah kiri. Dan jarinya dihiasi dengan cincin simple. Rambut hanya dilepaskan seperti biasa.

"Tukarlah seluar panjang sikit. Mama nak jumpa kawan ni" kata Datin Aina. "Tukar eh? Okaylah tukar" Qaira berlari keatas untuk menukar seluarnya.

Kali ini jumpsuit sleeveless 'A' cutting disarung.

"Ma..dah siap. Jomlah. Iman tak ikut ke" tanya Qaira. "Aku dah siap dah..tunggu kau macam kura-kura" perli Iman. Qaira hanya menjengkilkan mata. Korek kang!

"Dah jom...abah nanti tunggu lama pulak" Datin Aina mencapai kunci kereta Bezza miliknya.

"Ma..Iman bawak" pelawa Iman. Kunci tadi di campak saja pada Iman.

"Jom"
--------------
Eid Korean Halal Food Restoran

Datin Aina dan anak-anaknya masuk kedalam restoran tersebut. Qaira dan Iman nampak Datin Mazni dan Dato' Ramlan. Apakah ini semua, fikir Qaira.

"Qaira duduk sana eh sayang" pinta mamanya dan Datin Mazni. Qaira yang kepelikan tak habis hanya menurut dengan pelbagai soalan didalam otaknya. Dia nak tau sangat apa situasi sekarang ni.

Qaira menelan air liurnya. Meja terakhir. Nilah dia. Takkan aku nak duduk dengan mamat ni. Sapa mamat ni? Aku kenal ke dia?

Qaira mengetuk meja tiga kali. Lelaki itu terus berpaling.

"Niel?!"
"Qaira?!"
Serentak mereka bersuara.
"A...diamlah! Biar aku cakap dulu. Eh--"
Serentak lagi.

"Okay...diam aku penat ni. Biar aku tanya dulu. Kau buat apa kat sini" tanya Qaira. "Kaulah..apa kau buat kat sini" tanya Niel kembali. "Aku nak makanlah..sebab tu aku datang sini. Kalau aku nak main tenis aku main kat court tennis" Qaira berloyar buruk. "Tulah...aku pun sama aku pun datang sini sebab nak makan bukan sebab nak berclub" kata Niel laju. Club? Apakah, ejek Qaira.  

Qaira mengangkat tangan.
"Ye, cik berdua nak makan apa" tanya pelayan itu mesra. "Bagi saya kimbap, patbingsu,cold green tea" order Qaira. Niel hanya menggeleng. Qaira memandang Niel dengan pandangan kau-tak-order?. Niel membalas dengan pandangan tak-nak. Dibalas dengan pandangan jangan-mintak-aku-nanti. Eh! main mata pulak.

Borak punya borak, gaduh punya gaduh, kutuk punya kutuk akhirnya kimbap, patbingsu dan green tea pun tiba.

Qaira memulakan dengan bismillah. Sepotong kimbap besar dimasukkan terus kedalam mulut. Niel hanya memandang sambil menggeleng. Dia ni kalau makan dah tak ingat orang dah, kutuk Niel. Kalau Qaira dengar Niel mungkin akan disumbatkan dengan kimbap agaknya.

Selesai dengan kimbap, patbingsu pula dikerjakan. Qaira menikmati patbingsunya dengan baik sekali. Kan dah kata dia ni good eater.

Niel nampak tertarik pada patbingsu. Niel mengambil sudu ditangan Qaira. Qaira membutangkan matanya. Apakah manusia depan aku ni dah buat. Kacaunya beta makan, Qaira berang.

Married To Mr. SeniorNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ