one

18.4K 413 22
                                    

Negara ku, tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup, bersatu dan maju
Rahmat bahagia, tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Air Dalam menyanyikan lagu Negaraku. Hari Isninkan.

"Baiklah...kamu semua boleh duduk..." panjang lebar Cikgu Timah mengucap. Naik bosan murid-murid. Lagi-lagi Qaira.
~~~~~~~~~
Hai! Nama aku Qaira Arissa bt. Dato' Syed. Emm...aku seorang pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Aku mempunyai seorang abang. Nama abang aku Qayyum Iman. Aku panggil dia Iman. Dia pun tingkatan 5. Kiranya kami kembarlah. Cuma aku lambat 1jam 😁. Aku ni anak bapak. Semua benda aku cakap kat bapak aku. Dah tu je kot pasal aku. So, selamat datang ke dunia aku!
~~~~~~~
"Baiklah murid-murid boleh bergerak masuk kelas sekarang" arah Cikgu Timah selaku guru bertugas pada minggu itu.

"Bangun..." aku mengarahkan murid Kelas 5M untuk berdiri bersedia untuk masuk ke dalam bilik darjah.

-------------
"Selamat sejahtera Pn. Emi" ucap Bad si ketua kelas dan diikuti oleh pelajar lain. "Baiklah sila duduk" arah Cikgu Emi.
------------
"Weyh..rehat kau nk makan apa" tanya Alliesya sambil aku merangkul kemas lengannya. "Entah..setiap hari benda yang sama...bosann aku" keluhku.
---------
"Oii..adik mana duit belanja abang? lupa nak mintak kat kau"

Hah, nilah kembar aku yang aku cakap tu. Qayyum Iman. Dia kelas sama dengan aku. Dia ni budak hot lah jugak sebab dia hensem pandai pulak tu. Tu bebudak perempuan katalah. Bagi aku memang dia pandai tapi muka dia aku tengok biasa je. Dia ni otak math dan sastera terutamnya BM. Dia suka kacau aku.

Back to the story!

"Hah...ingat pun. Aku fikir kau nak belanja aku tadi. Nah...lain kali kau tertinggal poket money kau...jangan mimpi duit tu ada kat aku lagi faham?! Arrachi" kataku sambil menghulurkan sekeping wang bernilai 5ringgit. Kemudian, Iman pun berlalu pergi.

"Hensem abang kau" puji Alliesya. "Tolonglah..muka macam selipar jamban pun kau kata hensem" kutuk ku. Alliesya dan aku segera melangkah ke kantin.

"Arghhh...ramainya" rungut ku. "Mari mulakan" Alliesya dan aku pun terus ke kaunter makanan. Selepas mengambil makanan yang ingin di makan aku dan Alliesya mengambil tempat di kawasan bawah. Kawasan bawah perlu duduk bersila. Bagiku, apa salahnya kalau makan duduk bersila. Sekali sekala kat rumah aku makan atas meja yang besar.
Waktu rehatku hanya 10 minit. Akukan pengawas...memang pengawas keluar rehat sama dengan pelajar lain kecuali waktu exam. Tu lewat sikit.

"Ehh..aku kene jaga station kau tunggu aku dalam kelas nanti okay bye" aku segera beredar nanti tak pasal-pasal kene marah seniorku yang garang bagaikan singa itu.

"Uiihh, sempat sampai" kataku seorang diri. "Lambat" baru saja nafasku ingin betul, satu suara telah menyapa. Aku kenal sangat dengan suara tu. Itulah senior ku.

Senior ku bernama Muhammad Fareez Daniel Hakim b. Dato' Ramlan. Ketua pengawas dia ni. Nama dia ni panjang sangat. Nama bapak pendek je. Lantaklah...aku panggil dia senior Niel. Aku panggil dia Niel sebab teringatkan bias aku dalam teen top tu. Dia pulak bangga aku panggil Niel sebab dia kata ikut nama inggeris. Banyaklah nama inggeris dia. Dia tahu yang aku ni kpopers dan sedaya upaya dia nak halang aku dari minat kpop. Dia ni dikira haterslah jugak.

Back to story!

"Senior mana ada lambat" kataku sambil membuat muka comel. "Lambat! Kau lewat 120 saat" katanya. Amboii, guna saat pasal tak guna jam, hari terus. "Alah..baru 2 minit" kataku. "Baiklah...nanti ikut aku pergi..."
"Yelah...yelah...mianhae" pintaku.
"Kpop je minah ni" kutuk Niel lalu meninggalkan ku.

Selang beberapa minit

"Off duty!" jeritku. Ketua stationkan. Dah jadi penolong ketua pengawas jadi pulak ketua station..haih tak taulah.

Aku berjalan masuk kedalam kelas. Aku melentokkan kepalaku diatas meja dan memalaukan Alliesya yang sedang membelek buku scholastic yang baru dapat tadi.

"Aku punya mana weyh" tanyaku dengan mata yang hampir layu. "Dalam beg..aku dh letakkan..dah tidolah sementara cikgu tak datang lagi" kata Alliesya. Dia faham keadaanku tidak seperti pelajar lain. Aku selalu tertinggal kelas dan terpaksa berlajar sendiri.

"Selamat sejahtera Pn. Azmilla" ucap Bad. Pn. Azmilla ni dia ajar sejarah ganti En. Yarha yang cuti sebab patah kaki. Cikgu Taekwando tu. Haritu ye ye sangat nak tunjuk teknik sekali sepak patah kaki..dah tua dah. Aihhh...

"Baiklah harini kita akan belajar....bukak buku teks dan buku nota salin apa yang saya type kat depan ni" suara kecilnya itu bukan saja membuatkan aku yang memegang tittle penolong pengawas bahkan ketua pengawas sendiri berasa ngantuk. Matanya dari tadi tk berhenti berkelip.

"Baiklah..." pandanganku semakin lama semakin kabur dan aku tertidur. Memandangkan kelasku harini Sejarah dan ianya dua masa terakhir lenalah aku tidur dibelakang.

Aku mengemas beg sekolahku dan beredar keluar kelas selepas memgucapkan terima kasih pada Pn. Azmilla. Aku melihat ketua pengawas yang sentiasa disanjung oleh warga sekolah segar selepas kelas tamat. Nampaknya, tanpa En. Yarha kelas bosan dan pembelajaran menjadi bosan. Cikgu kaki tu baik cepat tau!

---------
Pemandu Qaira yang bernama Pak Mat telah sampai untuk menjemputnya dan Iman. Qaira mengambil tempat disebelah tempat pemandu. Iman duduk dibelakang silang kaki seperti perempuan. Euww...

Qaira mendengar radio ERA fm yang sedang berkumandang lagu Justin Bieber Sorry. Qaira juga tidak terlepas menyanyikannya.

Isn't to late to say sorry
Coz Im just miss than your body

Qaira menyanyi rancak lagu itu. Tiba-tiba di radio yang sama setelah habis lagu itu lagu comeback winter album speacial EXO berkumandang. Lagu Sing For You.

Hampir menjerit Qaira kerana excited.

"Lalalala" sambil Iman menghiraukan lagu itu tangannya juga kedepan ingin menukar siaran radio.

the way you cry,
The way you smile,

Qaira memukul tangan Iman yang gatal nak tukar siaran radio itu sambil menyanyi line Baekhyun. Dia menjeling tajam Iman.

Iman membalas jelingan adiknya itu.

Pak Mat hanya menggeleng. Pening dia tengok adik beradik itu.

"Bang bang bang!" radio itu memutarkan pula lagu Bang Bang Bang dari kumpulan Korea terkenal, BigBang.

Iman sangat menyukai lagu ini, Qaira juga sama tetapi tidak segila Iman. Qaira sengaja mahu mengacau Iman dengan mengacah untuk menukar siaran radio.

"Bosanlah lagu ni 😏" dia hampir menekan butang untuk station radio lain.
"Jangan!!!" Qaira hanya gelak melihat abangnya itu.

Lagu Bang Bang Bang lagu yang terakhir mengakhiri perjalanannya untuk pulang ke rumah.

Married To Mr. SeniorWhere stories live. Discover now