BAB 29 - Manusia atau.....

Start from the beginning
                                    

‘’Macam mana cikgu tahu? Kan dalam kotak tu kosong?’’ Huda masih tidak berpuas hati memberanikan diri untuk bertanya lagi.

‘’Kamu boleh tanya Sabrina. Dia nampak semuanya.’’ Terkejut mereka mendengar pendedahan cikgu Nazir. Sabrina yang masih menunduk tidak memberikan sebarang reaksi.

‘’Sabrina, betul ke apa yang cikgu Nazir cakap tu? ‘’Syazrin menghampiri Sabrina. Dia mahukan kepastian. Syak wasangka dirinya  terhadap Sabrina hampir semuanya benar belaka. Ini bermakna Sabrina boleh melihat hantu atau mahluk ghaib  atau bahasa mudahnya Sabrina adalah orang terpilih untuk dibuka hijabnya melihat dunia sebelah. Deria keenam!

‘’Jadi cikgu, apa kita nak buat sekarang ni?’’ risau sungguh cikgu Jamal.

‘’Kita tunggu pengetua sampai dahulu. Sementara tu, kita bertawakal dan berserah kepada Allah.’’ Jelas cikgu Nazir.

Keadaan di dalam dewan kian sunyi kerana ramai pelajar yang sudah tidur. Ada yang terbaring, ada yang tidur sambil duduk, bersadar pada kawan dan pelbagai lagi. Mungkin kerana  terlalu penat. Mahu atau tidak mereka terpaksa juga tidur di dalam dewan beramai-ramai buat sementara waktu. Pelajar lelaki dan perempuan dipisahkan dengan beberapa buah meja pingpong yang menjadi penghadang.

‘’Tapi pengetua sepatutnya dah sampai. Bukannya jauh angat rumah pengetua dari sini. 20 minit perjalanan sudah sampai. Mustahil jalan sesak jam 2 pagi begini.’’ Ujar cikgu Jamal. Dia tahu sangat dengan keadaan trafik disini.

‘’Habis tu, apa cadangan cikgu Jamal? cikgu nak buat apa?’’ Soal cikgu Nazir.

‘’Saya....hurm....Saya pun tak tahu. Rasanya cikgu yang lebih tahu.’’ Jujur cikgu Jamal menyatakan.

‘’Saya juga buntu, saya fikir buat masa sekarang eloklah semuanya dikumpulkan di dalam dewan sahaja.’’

‘’Bagaimana dengan mereka yang berada di surau?’’

‘’Itu pun kita bawa ke sini juga. Lagipun keadaan mereka sudah pulih. Andai semuanya berada di dalam dewan, mudahlah untuk kita memantau.’’

‘Kalau begitu, biar saya ke surau untuk bawa mereka semua ke sini.’’ Pelawa cikgu Jamal. baginya, keadaan di dalam dewan eloklah diserahkan kepada cikgu Nazir sahaja. Walaupun dia lebih tua daripada cikgu Nazir, namun dalam hal ini cikgu Nazir nampaknya lebh berpengalaman berbanding usianya.

‘’Baiklah cikgu. Hati-hati. Kalau dengar apa-apa yang mencurigakan, jangan toleh. Dan lagi satu, sentiasa jaga jarak antara satu sama lain. Jangan terlalu jauh.’’ pesan cikgu Nazir. Cikgu Jamal mengangguk. Dia paham maksud di sebalik semua pesanan itu.

Cikgu Jamal bangkit lalu berjalan turun pentas. Dia berhenti dia tempat berkumpul pelajar lelaki. Beberapa orang pelajar lelaki bertubuh besar,, mungkin pelajar tingkatan empat yang belum tidur di ajak bersama sebagai langkah keselamatan.

Dan kepada para pelajar yang mengikutinya itu, dia tidak perlu beritahu apa-apa di sebalik segala yang terjadi. Bimbang pula nanti mereka akan ketakutan. Baginya buat masa ini tidak tahu adalah lebih baik daripada tahu.

Cikgu Nazir melemparkan padangannya ke arah sebelah pintu belakang di sebelah kiri. Tiada apa-apa di situ melainkan beberapa sususan meja dan kerusi serta almari barang. Kemudian pandangannya beralih semula ke arah Sabrina yang masih lagi merenung lantai. Kelakuan Sabrina itu sudah tidak menghairankan lagi. Sabrina adalah golongan terpilih. Bukan mudah sebenarnya memiliki apa yang dimiliki oleh Sabrina sama ada secara sukarela atau keterpaksaan.

Syazrin, Huda dan Jiha bercakap-cakap sesama mereka dalam nada yang perlahan. Pastinya ianya berkisar berkenaan apa yang sedang di alami oleh mereka beberapa detik ini. Perihal kotak di hadapan mereka yang tidak lagi berani untuk di sentuh, Sabrina dan juga cikgu Nazir. Ya, seperti juga Sabrina, cikgu Nazir juga seolah-olah menyimpan rahsia yang sengaja tidak diberitahu. Apa dan mengapa itu hanya boleh di jawab oleh tuan badan sendiri iaitu cikgu Nazir.

‘’Sabrina, apa yang ada kat sana?’’ soal cikgu Nazir perlahan yang perasan sesekali Sabrina akan memandang ke arah pintu di bahagian belakang dewan sebelah kiri.

‘’Perempuan.’’

‘’Dia buat apa?’’

‘’Dia tak buat apa-apa. Cuma berdiri saja dan memandang ke arah sini. Ke arah kita.’’ Tenang sahaja Sabrina memberitahu.

‘’Kamu nampak mukanya?’’

‘’Dia tak ada muka.’’ Tersentak cikgu Nazir mendengarnya.

‘’Hurmm...kamu tahu apa dia nak?’’

Sabrina geleng kepala. Cikgu Nazir hampa. Bukanlah niat mereka mahu menurut segala kemahuan makhluk alam sebelah tersebut. Tetapi dia mahu tahu, apa sebenarnya yang mengganggu ‘mereka’.

Selain daripada kotak tu, pasti ada sesuatu perkara lain yang menyebabkan ‘mereka’ berasa tidak tenang.

Cikgu Nazir mengeluarkan telefon bimbitnya. Kecewa dia apabila telefonnya mula memberikan isyarat bateri lemah. Mungkin akibat menggunakan flash sewaktu mencari kotak tersebut di khemah tadi telah memakan tenaga yang banyak.

Bertambah kecewa cikgu Nazir apabila tiada sebarang liputan rangkaian. Hairan. Tadi semuanya ada dan elok sahaja, tapi sekarang liputan telefon bimbit juga sudah tiada.

‘’Cikgu..’’ panggil Sabrina perlahan. Antara dengar atau tidak dengar sahaja suaranya.

‘’Ada apa Sabrina?’’

‘’Ada orang datang.’’

‘’Hah? Sapa yang datang?’’ melilau pandangan cikgu Nazir ke serata ruangan dewan. Tetapi dia hampa. Tiada kelihatan sebarang kelibat orang yang baru masuk ke dalam dewan. Yang ada hanyalah para pelajar yang kebanyakkan sudah lena tidur dengan pelbagai gaya. Ada yang baring di atas lantai, bersandar pada bahu kawan atau pun tidur beribakan paha kawan. Manakala guru-guru pula ada yang terlelap di bahagian tepi dewan. Selebihnya masih berjaga memantau keadaan di dalam dewan.

‘’Tak ada sapa pun.’’ beritahu cikgu Nazir.

‘’Ada.’’ Balas Sabrina. Serentak dengan itu, mereka dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat pada pintu dewan di sebelah kanan bahagian belakang pentas. Serta merta pandangan mereka berlima terkalih ke arah bunyi tersebut.

Tuk ! Tuk !

Sekali lagi kedengaran bunyi ketukan pada pintu. Dan kemudian suasana kembali sunyi. Tiada siapa yang berani bangun untuk membuka pintu tersebut. Syazrin, Jiha dan Huda sudah berpeluk antara satu sama lain.

Siapa pula yang datang ni? Kalau orang tak apa lah. Tapi kalau bukan orang, macam mana nanti? cikgu Nazir masih ragu-ragu untuk bangun dan membuka pintu. Apatah lagi pintu tersebut hanya beberapa meter sahaja daripada mereka.

Krekkkkkk....

Sekali lagi mereka dikejutkan kali ini dengan bunyi engsel pintu bergesel. Perlahan –lahan daun pintu bergerak hingga terbuka luas. Ditengah-tengah ruangan pintu, jelas kelihatan berdirinya satu bentuk tubuh seakan-akan manusia yang sedang  memandang terus ke arah mereka berlima.

Syazrin, Jiha dan Huda sudah tidak mengangkat muka lagi. Mereka terus memeluk antara satu sama lain. Terkumat kamit bibir cikgu Nazir melafazkan istigfar dan kalimah suci. Apa pula yang mendatang kali ini?

Siapakah dia? manusia atau sebaliknya?

*****
Memo penulis : Saat paling 'bahagia' buat seorang penulis adalah ketika sudah siap menaip dan lupa save atau autosave-kan.

Perasaan tu, hanya mereka yang pernah alami saja faham bagaimana rasanya.

Apa-apa pun thanks untuk view yang ke 10k. Huhu.. thanks support cerita ni. Penulis akan giatkan lagi usaha menulis. Huhu.

BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]Where stories live. Discover now