-24-

4.4K 141 1
                                    

Sebulan kemudian...

REENA mengemas barang-barangnya seusai solat subuh.Hari itu dia akan pergi ke Pulau Pangkor setelah 'dipaksa' oleh mamanya dek kerana dia selalu kelihatan muram dan tidak fokus ketika melakukan sesuatu kerja.Reena memasukkan semua pakaiannya yang telah dilipat ke dalam luggage.Dia menutup zip luggagenya dan meletakkannya di sebelah almari.

Reena turun ke bawah dan menyediakan sarapan.Ketika ingin mengambil garam,tangannya tersentuh kuali yang panas.Reena mengaduh kesakitan.Dia membasuh tangannya dan mengambil peti keselamatan.Ketika sedang mengubati tangannya dia teringat semula memorinya bersama Ryan.Ketika Ryan mengubati tangannya yang melecur.Reena menarik nafas dalam dan mengemas ubat di atas meja dan dimasukkan ke dalam peti keselamatan.Reena meneruskan kerjanya.Dia hanya membuat nasi goreng sahaja sebagai alas perut sebelum bertolak ke Pulau Pangkor.Seusai makan,Reena membasuh pinggan dan berlalu ke atas untuk mengambil beg tangannya serta luggage.Dia turun semula dan mengambil kunci keretanya.Dia keluar dan menutup pintu lalu memboloskan dirinya ke dalam kereta.Dia membaca doa dan bertolak.

"UMI cepatlah nanti kita lambat sampai.."jerit Iman dari bawah.

Kelihatan Umi turun dari tingkat atas.Iman tersenyum ke arah ibu angkatnya itu.

"Hish kamu ni Iman..tak reti lah nak menyabar..tak lari mana pun pulau tu Iman oiii.."kata Umi Warida.

Iman tersengih dan menggaru kepalanya yang tidak gatal."Alah mana boleh sabar Umi.."balas Iman.

"Kenapa pula?"tanya Umi Warida.

"Iyalah mestilah tak boleh sabar..Iman kan nak bercuti dengan buah hati Iman ni..mesti seronok.."kata Iman dan tergelak kecil.

"Ish kamu ni..kalau tak menyakat Umi ni sehari tak tenang hidup kamu ni yee.."kata Umi Warida.

"Eh dahlah Umi..jom kita bertolak..nanti jem susah nanti.."kata Iman.

"Iyalah..iyalah..jom.."balas Umi Warida.

Mereka memasuki kereta dan bertolak.Di dalam kereta,senyuman Iman tidak lekang dari bibirnya.Umi yang duduk di sebelah anaknya itu hanya tersenyum gembira.Tidak pernah dia melihat anaknya itu sebegitu.

"Haih Iman..Umi tengok bukan main bahagia lagi kamu ni..ada apa-apa ke yang kamu simpan tak bagitahu Umi ni?"Umi memulakan bicaranya.

"Mana adalah Umi..Umi pun tahu kan Iman mana pernah berahsia dengan Umi.."balas Iman.

Umi Warida hanya tersenyum.Dia tahu Iman bukanlah seorang yang suka berahsia.Iman bersikap terbuka dan tidak mudah marah.Dia juga merupakan seorang yang baik hati serta menghormati orang lain.Umi bersyukur mendapat seorang anak yang baik walaupun Iman hanyalah anak angkatnya.Umi melontarkan pandangannya ke luar tingkap.Matanya yang tadi segar menjadi berat.Tidak lama selepas itu Umi tertidur.

Setelah beberapa jam perjalanan mereka akhirnya sampai di Pulau Pangkor.Iman keluar dari kereta dan meregangkan badannya.Dia berasa sungguh penat selepas beberapa jam memandu dari Kuala Lumpur.Iman membuka bonet kereta dan mengeluarkan barang-barang.Mereka menuju ke hotel untuk check in.Sementara menunggu Iman menguruskan hal tersebut Umi duduk di kerusi yang disediakan.Umi melihat seorang wanita muda yang duduk termenung di hadapannya.Umi menegur wanita itu.

"Assalamualaikum.."ucap Umi Warida.

Reena yang mendengar orang memberikan salam kepadanya terpinga-pinga.Dia melihat seorang wanita tua di hadapannya yang tersenyum manis.Reena membalas senyumannya dan menjawab salam wanita tua itu."Waalaikumsalam.."

"Maaflah Umi mengganggu..Umi cuma risau tengok anak ni termenung aje dari tadi..anak ni kenapa?Ada masalah ke?"tanya Umi.

Reena hanya memberikan senyuman kelat dan menggelengkan kepala.Wanita tua yang menggelar dirinya Umi itu sungguh prihatin sekali.Kedengaran seseorang memanggil Umi dari jauh.

HatiWhere stories live. Discover now