7

9.5K 89 22
                                    


"Tayar motor pecah ni dek, takpa saya tolong ye. Kat depan sana sikit ada workshop tapi kena jalan sikitlah", Seri bersuara. Helmet full facenya dikepit di ketiak. Bunga mengangguk laju.

"Cantiknyaa helmet abang!", kata Bunga. Matanya membesar memandang Seri yang sedang bercangkung bertentangannya. Seri bangun dan mengangkat kening. Rambutnya disisir kebelakang. Dia tersenyum.

"Helmet pinjam je ni. Kawan saya punya. Nak cepat. Nak beli sabun. Tu yang ambik je helmet apa ada. Gila apa bawak ex5 pakai full face. Hahahaha", Seri menunjukkan plastik pink berisi dua botol sabun pencuci kereta berwarna biru. Bunga mengangguk laju lagi. Mukanya merona merah. Dinda mengangkat kening. Dia pelik melihat Bunga yang tergedik-gedik macam kena tungau. Dia menarik tangan Bunga yang asyik memandang Seri.

"Ishh kau ni kenapa, aku nak cakap dengan abang tu la!", marah Bunga. Dinda memandang wajah Bunga sambil membuat muka seposen.

"Yang kau tergedik-gedik ni kenapa? Sangap?", marah Dinda pula. Bunga mengangkat bahu dan menjeling Dinda. Bunga mendekati Seri.

"Abang.... panaslah. Jom la kita pergi bengkel abang cakap tu. Saya tak boleh kena panas. Nanti gelap", kata Bunga. Dia memeluk lengan Seri. Seri mengangguk perlahan.

"Tapi..", ayat Seri terputus.

"Tapi apa abang?", Dinda bersuara. Bunga mencerlung ke arah Dinda. Riak mukanya seakan mahu berkata, "berani kau bercakap dengan pakwe aku?"

"Tapi.. adik rambut merah ni kenalah lepas tangan saya dulu. Macamana saya nak tolak motor. Adik berdua tolak motor korang, saya tolak motor saya, kita jalan sama-sama", kata Seri. Bunga segera melepaskan pelukannya dan tersengih malu. Dinda mengangkat ibu jari kepada Bunga. Bunga membalas dengan jari tengah.

"Tapi kan abang, kan jauh. Motor abang elok je kan, abang naik jela motor, kitorang boleh tolak", kata Dinda. Bunga memandang Dinda lagi. Mahu sahaja Bunga mengarate tengkuk Dinda seperti yang dia lakukan kepada lelaki Nepal tadi.

"Takkan saya nak tinggalkan dua awek lawa ni tolak motor berdua . Takpa lagi pun tak jauh mana. Saya pun nak exercise sikit. Nak jadi sado", kata Seri. Bunga memegang pipinya yang semakin panas dan merah. Setiap perkataan yang keluar dari mulut Seri seakan racun kepadanya. Comel.

"Adik rambut merah okay?", soal Seri apabila melihat Bunga yang semakin merah wajahnya. Bunga memgangguk laju. Dia segera mendekati Seri supaya dapat berjalan beriringan dengannya.

"Dinda, kau tolaklah motor tu, aku penat. Aku nak jalan dengan abang hensem ni", kata Bunga. Dinda mencebik. Meluat. Seri memandang Dinda yang mencuka.

"Boleh ke tolak motor tu?" , soal Seri kepada Dinda. Dinda terkejut lalu mengangguk. Caring semacam pulak bakal pakwe Bunga ni dengan aku. Bunga menjeling kearah Dinda.

"Boleh je tu bang, dah biar dia", kata Bunga. Dia melajukan langkahnya ke depan. Seri hanya menggeleng kepala.

--

"Dah siap dah Seri", Apeh mengelap tangannya pada seluar. Seri mengangguk dan mengeluarkan dompetnya.

"Eh takpayah bayarlah. Bukan motor kau pun kan. Motor awek berdua yang gebu ni kan? Takpa, abang belanja okay?, kata Apeh. Matanya dikenyitkan kearah Bunga dan Dinda. Bunga membuat aksi seperti mahu muntah sebelum memeluk lengan Seri. Apeh hanya menggeleng kepala.

"Awek sangkut ke Seri, untunglah hensem. Takde batang pun awek sangkut", Apeh bersuara. Bunga memandang Apeh. Kemudian dia memandang Seri.

"Takk..takde batang apa jadah?", soal Dinda. Apeh tersenyum.

"La taktau ke?"

Dinda dan Bunga menggeleng.

"Seri ni perempuanlah! Apa yang korang ada dia ada!", kata Apeh. Dia ketawa besar. Dinda dan Bunga memandang Seri serentak. Seri hanya mengangguk dan mengangkat bahunya sebelum dia turut sama gelak. Dia berlalu pergi meninggalkan Dinda dan Bunga.

"Saya bukan abang, tapi kakak. Bukan taknak bagitahu tadi, tapi kesian pulak dekat adik rambut merah. Nanti heart broken pulak", kata Seri sebelum dia ke carwash tempat kerjanya yang hanya bersebelahan dengan bengkel Apeh.

"Perempuan..-?"

--

SISIWhere stories live. Discover now